Harini merupakan satu hari yang sangat meletihkan bagi Melissa dan Adryan kerana dalam masa sepanjang hampir beberapa minggu itu boleh dikatakan hampir setiap hari jadual mereka penuh dengan kelas tambahan.
Al maklumla PT3 lagi 2 , 3 bulan je. Balik pun hari-hari pukul 5-6 petang serupa budak kafa. Malam sambung lagi , sampai 10-11 malam. Nasibla , memasing.
Melissa yang baru keluar daripada kelas tambahan mengangakan mulutnya luas. Tangan kiri spontan naik menutup mulut yang sudah terbuka gara-gara ngantuk yang menguasai mata. Ngantuk gila.
Dahla harini subject sains weh. Dia repeat balik semua chapter form 2. Mana tak penatnya satu buku tebal-setebal alam tu. Even tak tebal sangat tapi tebal la jugak untuk budak macam dia. Dahla chapter yang serupa fizik tu , urgh.
Adryan yang disebelah dia turut menguap dua , tiga kali. Jangkitan menguap. Longlai sahaja kaki masing-masing berjalan menuruni anak-anak tangga koridor.
" penatla , weh "
Melissa terasa bagai pasrah , lalu melabuhkan punggungnya pada anak-anak tangga yang kebih kurang 3 ke 4 akhir. Muka dia memang pasrah.
Dia memang tak cukup tidur sejak semenjak ni , sebab stay up punya pasal. Gatal nak stay up sampai 3 , 4 pagi. Studyla katakan. Re-cover balik chapter yang tak faham tu.
Bila dia study , Adryan pun akan ditarik study bersama. Lantakla dia ngantuk ke , mesti oncall fon tu tak letak. Kadang-kadang dia yang tertidur awal dalam meneman Adryan. Semua homework dan chapter yang tak faham mesti mereka akan bincang sekali.
Kelemahan mereka berdua adalah math dan science. Yang lain semua ok kecuali yang dua tu. Yang paling parah bila , topik form 3 mereka boleh hadam tapi yang form sebelumnya macam nak hauk. Pening otak.
Melissa menepuk bahu Adryan perlahan lalu meletakkan kepala disitu. Nasibla takde orang nak lalu dah. Mereka memang plan nak urun paling last.
"Aku pun penat do. Dia punya penat tu lain macam"
"Kau bayangla , ni baru PT3 belum SPM lagi. Kalau SPM aku rasa memang penat berlipat ganda la" rungut Adryan pula.
"psst , Adryan" Melissa berbisik.
"ape?"
"Kau penatkan?" Adryan terus menganggukkan kepalanya.
"Jom main kejar-kejar" serentak kedua-dua belah mata Adryan membulat.
"Kau jangan tibe sangat , Mel. Aku dahla penat ni. Malam nanti nak stay up dengan kau lagi." Adryan berkata dengan malasnya. Orang tengah penat , dia boleh ajak main kejar-kejar. Demam ke ape?
"Alah , selama ni kau kejar hati aku tak penat pun. Ni baru kejar aku. Come on" pujuk Melissa.
"Memangla tak penat nak kejar hati kau , sebab aku tak kejar lagipun boleh dapat"
"Hek eleh"
"Jomla. Aku bosan plus penat ni , tapi aku more to bosan" Melissa terus membuat muka comel. Kedua-dua belah tangan yang memegang lengan Adryan digoyangkan beberapa kali.
"Hangguk kau la , aku balik ngan bonda aku la gile. Nanti dia nampak aku lari macam orang gile takke kena soal jawab free?"
"Ala , bonda kau nak tanya biar jela. Bakal mak mertua aku nak tanyakan. Nanti kau jawabla 'ni bakal menantu bonda ajak main kejar-kejar sebab dia cakap tak bestla Adryan asyik kejar hati dia je tapi orang dia tak kejar'." Selamba Melissa memberi idea.
Adryan hanya membuat wajah redho. Kalau dengan Melissa dia memang tak boleh tolakla.
"Ish , dahla cepat. Aku kira sampai 3 je." Melissa terus tersenyum lebar. Yeay!
"Siapa kalah kena belanja air starbuck 2 minggu"
"Kalau aku menang kau kena dengar cakap aku seminggu" Melissa terus merapatkan keningnya dengan muka tidak puas hati.
"Mana aci!" Yela , takkanla aku kena jadi orang suruhan si Adryan seminggu? Bruh , takkanla? No , no , I'm not okay dengan permintaan tu.
"Aci tak aci. Kau kalah , kau kena jadi jin aku seminggu" Adryan tetap mahu membuli Melissa.
Melissa mendengus kasar. Menyesal pulak aku ajak , nak tarik balik macam penakut sangat pulak.
"Kau kalah , kau kena buat benda yang sama"
"Ok , let's see sayang"
"Let's see"
Adryan terus memulakan kiraan.
"One"
Melissa yang mendengar kiraan bermula terus lintang pukang melarikan diri. Dia sudah buat satu cadangan yang bernas lagi cerdik. Kau tunggu , Adryan.
"Two"
Kelibat Melissa yang sudah menjauh membuatkan Adryan berjalan-jalan ke arah yang Melissa pergi.
"Three!"
TAP! TAP! TAP!
Laju kaki Adryan berlari untuk mengejar Melissa. Melissa yang berada dihadapan Adryan sudah mula gelabah apabila mendengar bunyi tapak kaki yang kuat dibelakang.
"Oh gosh , Adryan kalau laju tak sah"
Dia membuat keputusan untuk berlari ke luar sekolah. Main cara kotor? Yes.
"Where's froy?" Matanya mula meliar mencari kereta yang selalu digunakan Froy untuk mengambil dia.
Cermin tingkap gelap , kereta Mercedes warna hitam. Nombor plat dia tak berapa ingat sebab selalu Froy akan tunggu dia diluar tapi ni muka pun tak nampak masalahnya!
"Oh no dia dah kat pagar" Melissa sudah kalut.
Sebuah kereta berwarna hitam seperti kereta yang dibawa Froy terus ditangkapnya. Melissa mula berlari ke arah kereta itu dengan selajunya. Tidak kira dengan panggilan Adryan yang memanggil dia.
Pintu kereta di bahagian pemandu terus dibuka. Kalau si Froy tu tak duduk kat luar tunggu dia means dia akan ke tandas atau mana-mana.
PAP!
Pintu ditutup rapat. Enjin kereta yang tidak ditutup memudahkan Melissa untuk melarikan diri. Nasibla dia memang telah diajar bawak kereta dan ketinggian dia takdela terbantut sangat untuk tekan pedal minyak.
Sebenarnya , dia telah mengupah seorang guru pemandu untuk mengajar dia. Baru je belajar awal tahun tu. Disebabkan dia jenis cepat belajar , sebabtu boleh terus bawak kereta.
Tapi jangan sampai kantoi dengan JPJ la. Kalau ada roadblock tu memang , mati la aku.
Nafas yang naik turun , cuba ditenangkan. Bayangan Adryan yang berkata sesuatu tidak dipedulikan Melissa. Dia tak nak kalah.
Kedua-dua belah tangan naik memegang stereng untuk memulakan pelarian. Melissa terus menarik nafas lega apabila dia kereta yang dibawa sudah menjauhi perkarangan sekolah.
Fuh!
Baru Melissa mahu membelok , satu suara menegur dia.
"Pak lah , just go straight to our home. Saya nak masak nanti. Dato' tengah on the way balik"
Melissa sudah tercengang. Serta merta stereng yang tadi di sengetkan ke kiri di betulkan semula. Tidak jadi membelok apabila suara seorang wanita menyapa telinga dia. Aku tak silap dengarkan?
"Pak lah?"
YOU ARE READING
MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )
Novela Juvenil1 ☕︎ 𝒖𝒏𝒅𝒆𝒓 𝒔𝒂𝒘𝒊𝒕-𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒄𝒆 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔'𝒔 ☕︎ || 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐂𝐀𝐒𝐒𝐀𝐍𝐃𝐑𝐀 ♡︎ 𝐀𝐃𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐑𝐈𝐂 || ' you are the most beautiful dreams I ever had when I fall asleep ' Melissa Cassandra - Gadis yang nakal dan sangat ter...