Melissa meletakkan beg diatas kerusi bersebelahan dengan Adryan. Bukan meletakkan beg sebenarnya tetapi lebih kepada menghempuk beg.
BUK!
Dia terus menyandarkan tubuh dengan rengusan nafas yang kasar. Adryan yang terkejut kerana hentakkan beg tadi tidak langsung diendahkan oleh Melissa. Kau nak sakit jantung ke apa ke , lantak kau! Aku malas nak ambik tau.
"Kau apahal ni? Terhempuk-hempuk beg. Kalau aku sakit jantung tadi macam mana?" Dengan geram Adryan memarahi Melissa.
"Kau diam jap boleh tak? Aku tengah stress ni. Sebelum kau yang aku carutkan baik duduk diam-diam" Adryan terus membuat gaya men'zip' mulut. Mood akak harini tak baik nampaknya.
"Kau tak nak cerita ke apa yang buat kau stress?" Seperti biasa. Adryan adalah seorang yang prihatin.
Tanpa menunggu lama , Melissa mula menumpahkan teh.
"Aku stress tau tak sekarang ni. Parents aku tula , dahla balik dengan takde rasa bersalah , lepastu boleh pulak anggap aku maid diorang. Haih , aku ni banyak lagi benda nak buat tau , bukan nak bersihkan bilik diorang macam makcik sapu sampah! Nak masak makanan diorang macam chef 5 bintang! Nak berus kasut macam tukang dobi!" Rungut Melissa geram dengan tangan yang berterbangan ke kiri dan ke kanan. Semangat pidato!
"Lah , kau kan boleh upah maid"
"Memangla boleh tapi masalahnya aku dah cakap tapi diorang TAKNAK! DIORANG TAKNAK! geram kau tau tak geram?" Bukan geram je masalahnya , bengang , bangang , bengong , bengap semua masuk sekali. Tak fahamla aku.
"Tanda-tanda kau bakal jadi kuli ni" Usik Adryan.
"Not funny Adryan. Aku takde masa nak jadi kuli manusia sekarang ni!"
Dahla suruh aku sapu sampah , kotla nak suruh pakai vacum. Zaman bila pakai penyapu? Aku nak pakai vakum tak kasi bhai , tak KASI. Apa masalahnya kalau maid yang buat? Apa masalahnya kalau aku pakai vakum? Aku upah maid mahal-mahal boleh diorang cakap 'buang duit je tu semua tu' Oh mulut ni terasa ringan nak mencarut.
Aku bukan marah tau diorang mintak tolong , tapi kalau setiap minit nak terjerit nama aku siapa je tak marah? aku dah serupa maid terkejar sana sini. Kejap dengar 'Mel! Hantar air!' , 'Mel! Ni sini lap!' , lepastu itu ini. Tak , aku sampai homework tak siap tau sebab ni semua ni seharian kena mop lantai bagai kau ingat nak buat kenduri ke?!
Tak menyabar betulla. Aku dahla nak study lagi , nak homework lagi , stress tau tak?! Pelik-pelik betulla manusia zaman sekarang. Nak kata lahir tahun 2000 , takpun. Dah tua bangka pun tak reti pakai otak.
Cuba kalau aku tanya satu soalan kat diorang? Mau jawab 'Mummy busyla' 'Daddy busyla'. Padahal soalan dia , 'barang ni nak letak mana?' je , Soalan seenang ABC tu pun tak nak jawabkan! Tu aku belum tanya nombor ic aku.
"Sudahla! Stress aku!" Melissa terus meletakkan kepala diatas meja. Kepala sudah mula berdenyut-denyut. Anda ingat saya ada masa untuk sakit kepala?
"Alololo , cayang aku ni stress ke hm? Nak aku tolong apa apa tak?" Adryan menggosok kepala Melissa perlahan. Cuba mengurangkan stress kawan baiknya sorang tu.
"Tolong diam jap" Gosokkan pada rambut Melissa terus terhenti.
"Lah" Hampeh , baru aku nak sweet dah kena reject. Takpela , tau sangat yang Melissa tengah bad mood. Tak pasal dia pulak yang kena nanti.
Melissa meramas-ramas tepi dahi dengan menggunakan kedua-dua belah ibu jarinya. Ya Allah , panadol ade tak? Aku pening kepala tahap dewa dah ni.
"Adryan! Bak pandol!" Sedikit kuat Melissa berkata. Buat macam kelas ada diorang dua je , padahal ramai dah orang. Takpe , abang aku punya sekolah sebabtu aku tak kalut.
YOU ARE READING
MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )
Ficção Adolescente1 ☕︎ 𝒖𝒏𝒅𝒆𝒓 𝒔𝒂𝒘𝒊𝒕-𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒄𝒆 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔'𝒔 ☕︎ || 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐂𝐀𝐒𝐒𝐀𝐍𝐃𝐑𝐀 ♡︎ 𝐀𝐃𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐑𝐈𝐂 || ' you are the most beautiful dreams I ever had when I fall asleep ' Melissa Cassandra - Gadis yang nakal dan sangat ter...