"MELISSA CASSANDRA!!"
Melissa yang sedang tertidur terus mencelikkan mata apabila kedengaran namanya dipanggil kuat. Ya Allah , makhluk tuhan mana yang buat bising ni? Aku nak tidur pun tak senangla!
Kerana malas yang menguasai tubuh , Melissa kembali memejamkan mata tanpa rasa mahu melihat siapakah gerangan yang memanggil. Lantakla kau ni makhluk apa pun yang aku tau aku ngantuk. Aku nak tido.
Bunyi jeritan yang memanggil namanya sekali lagi kedengaran kuat. Melissa menghela nafasnya dengan malas lalu selimut ditarik menutupi wajahnya. Memang sekarang ni musim orang menjerit ke? Tak cukup ke pagi-pagi buta tadi Adryan dah menjerit kat aku , takkanla ni nak menjerit lagi?
Dahla dia terpaksa tidur pukul 5.30 pagi sebab teman si Adryan tengok movie. Lepastu bila aku cakap aku ngantuk , dia pulak tak bagi tidur. Terpaksala aku jadi peneman tanpa rela dia. Tapi bila aku dah terlelap tu dia terus kejut suruh tidur dalam bilik. Pelik kadang-kadang.
So dia pun tidur jela atas katil. Mamat tu bukan sakit dah pun , bukan dia tak tau Adryan kena berapa rintik hujan je haritu. Sedar-sedar terus demam. Tu lah dulu orang suruh makan vitamin ikan tu dia pergi telan coklat forrero rocher bebanyak. Kan dah kena cenggitu.
Sekali lagi tido Melissa yang lena terganggu kerana satu bunyi yang sangat kuat. Bunyi macam nak runtuh bangunan.
"PRANG! PRANG! PRANG! WOIII ANAK DARA BANGUN LAMBAT APA NI WOI!" kuat suara Adryan memekik sambil tangan yang kuat mengetuk-ngetuk periuk menggunakan sudip.
Melissa yang memandang ke arah Adryan sedikit ternganga apabila jejaka itu sedang elok memakai apron bersama periuk dan sudip ditangan. Biul ke ape?
"Ha bagus , ternganga-nganga! Baik , kau bangun sekarang sebelum aku simbah kau!" Ugut Adryan garang.
Melissa yang masih terbaring membuat muka bengang. Matanya terkelip-kelip menatap wajah Adryan. Mak siapa ni tertinggal kat rumah aku? Takkanla mak Adryan kot.
"Terkebil-kebil! Kau bangun sekarang , Melissa!" Sekali lagi garang suara Adryan memarahi Melissa.
Melissa terus mengubah posisinya kepada duduk dengan malas. Rambut yang berserabai dibetulkan sedikit. Menyesal aku bagi dia tidur dekat rumah aku. Tak pasal kena macam ni.
"Kau bangun , pergi mandi lepastu jumpa aku kat dapur" kata Adryan lalu berjalan keluar daripada bilik Melissa.
Apabila melihat kelibat Adryan yang sudah mula menjauh , Melissa kembali membaringkan badannya. Selimut kembali ditarik ke atas. Oh , heaven. Lantak kaula nak cakap apa pun Adryan Aku ngantuk ni.
Baru beberapa minit dia melelapkan mata , suara Adryan kembali kedengaran dicorong telinga. Melissa merasakan tubuhnya bagai digoncang dengan kuat seperti ada gempa bumi. YA ALLAH , DIA NI TAK BOLEH KE BAGI AKU REHATKAN KEPALA OTAK AKU JAP?!
"KAU MEMANG TAK BOLEH NAMPAK AKU TIDUR KE , ADRYAN ELRIC?!"
"tidur apanya? Dah pukul 1 kau tau tak?!" Mata Melissa terus terbuka luas. Macam tak percaya pulak dia bangun lewat harini. Selalunya paling lewat pukul 10. Pelik...
"1 petang? Seriusla?"
"Asal? Kau plan nak bangun pukul 1 pagi ke?" perli Adryan panas.
Melissa hanya membuat eye rolling lalu merebahkan semula tubuhnya. Malas betul dia nak bangun daripada katil.
"Kau bangun sekarang sebelum aku heret kau pergi dapur!"
"Heretla. Aku malas nak bangun ni" Kata Melissa dengan pasrahnya lalu mengambil bantal dan menutup kedua-dua belah telinganya.
YOU ARE READING
MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )
Novela Juvenil1 ☕︎ 𝒖𝒏𝒅𝒆𝒓 𝒔𝒂𝒘𝒊𝒕-𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒄𝒆 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔'𝒔 ☕︎ || 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐂𝐀𝐒𝐒𝐀𝐍𝐃𝐑𝐀 ♡︎ 𝐀𝐃𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐑𝐈𝐂 || ' you are the most beautiful dreams I ever had when I fall asleep ' Melissa Cassandra - Gadis yang nakal dan sangat ter...