"You look too happy today , Dato'"
Teguran sinis daripada Datuk Seri Qyler menyebabkan satu senyuman dingin terlakar pada bibir Dato' Hafiz.
"Apa yang kau buat kat sini , Qay? Lama tak nampak" tenang sahaja dia membalas.
"Selagi tak menyusahkan kau , tak perlu kot tahu"
Melissa sudah tidak senang duduk. Asal ni? Baba dengan bonda pun macam tegang je. Sepanjang dia mengenali Dato' Hafiz dan Datin Naisa belum pernah mereka membuat wajah dingin sebegitu.
Seram.
Di wajah kedua-dua lelaki setengah abad itu terlakar senyuman sinis. Mata mereka langsung tidak berkelip memandang satu sama lain. Seperti terlalu banyak rahsia antara mereka.
"Bahagia nampak" giliran Datuk Seri Qyler pula memerli. Gaya dengan kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket dan mulut tersenyum menampakkan gigi putih yang cantik tersusun.
Dato' Hafiz tidak kalah juga dengan lagak mengangkat kedua-dua belah kening sambil hujung bibir yang terangkat.
"Lagi bahagia daripada kau , for sure." Mendatar bunyi suara Baba Adryan membalas.
"Yakin ke bahagia kau tu kekal lama?" Soal Datin Seri Mariliya pula.
"Belum cuba , belum tahu" Dato' Hafiz masih tenang. Pergelangan tangan isterinya disentuh lembut lalu diusap beberapa kali.
Jika tadi Datuk Seri Qyler yang kedepan menghadap Dato' Hafiz , kini giliran Datin Seri Mariliya pula mendekati dia.
Dengan tangan yang bersarung glove hitam , dia menghulurkan jari untuk menyentuh pipi Datin Naisa. Dato' Hafiz terus menepis tangan yang hendak menyentuh isterinya.
"Kau dah kenapa nak sentuh-sentuh isteri aku?!" Dia mula berang. Datin Seri Mariliya hanya tergelak sinis.
"Bini kau ni dah lama takde orang sondol ke? Suci betul aku nampak" perlian itu membuatkan Melissa membulatkan mata tidak percaya.
"Jangan libatkan isteri aku"
"Tak boleh ke? Bukan ni ke pelacur kelas bawahan yang layan Datuk-datuk dulu? Best dapat isteri bekas orang?"
"MUMMY!" Melissa yang sedari tadi hanya diam sudah tidak tahan dengan perlian dan sindiran yang dilontarkan oleh mummy dan daddynya sendiri.
"Oi , oi datin sri. Ni bonda saya tau , mulut tolong cakap bagi baik sikit. Saya tak nak kurang ajar" Adryan turut bersuara unuk mempertahankan bondanya.
Bestie goals. Kau mula , aku sambung. Kau tak mula , takpe bagi aku kumpul confident dulu untuk take over tempat kau.
Wajah Datin Seri Mariliya sudah menunjukkan tanda tidak puas hati.
"Mak kau ni jalang kau tau tak? Entah kau ni anak haram ke anak luar nikah dia! Si suami pun sama je! Berulit dengan anak dara orang!"
"MUMMY!" Hanya itulah tugas dia. Kalau nak cakap lebih-lebih sampai tengking tu kita biar Adryan buat , sebab kalau aku yang cakap nanti terus jatuh jadi anak derhaka.
Disebabkan Adryan bukan anak mak aku , so dipersilakanla.
"Datin jangan sampai , saya hilang sabar. Saya hormat datin as orang yang melahirkan Melissa tapi kalau dah perangai melampau mengalahkan kucing yang nak terberanak baik blahla!" Adryan sudah tidak boleh menahan sabar dengan sindiran yang dilontarkan kepada bondanya.
Daripada tadi , dia diam je. Ni sekarang bila dia dah bukak mulut jangan harapla nak diam balik!
"KURANG AJAR!"
"SIAPA YANG MULA?! YOU START IT RIGHT? ASAL? KOYAK KE? INGAT AKU LEMBIK SANGAT TAK BOLEH BALAS APA YANG KAU CAKAP?!" Suara Adryan sudah mula meninggi.
"sudahla , ryan" pujuk bonda.
Adryan masih tidak puas melepaskan amarah dia. Tanpa mengisahkan pujukan Datin Naisa dia kembali membuka mulutnya.
"Kalau perangai macamni baik masuk tadika la. Dah tua bangka pun still serupa budak darjah satu. Jangan sampai , saya hantar balik datin pergi dalam perut mak datin tau. Biar bijak sikit. Ni dulu lahir mesti keluar lutut dulu. Maklumla , otak tersangkut kat lutut." Mendatar suara Adryan memerli. Malas nak tengking-tengking. Sakit tekak nanti.
"KAU , JANTAN ANAK HARAM. BAIK KAU DIAMLA , SIAL! DASAR ANAK PELACUR!"
"DADDY!"
"Koyak" sekali lagi kuat Adryan memerli. Dia memang tak kisah dah.
"Melissa , jom balik!" Pergelangan tangan Melissa ditarik Datuk Seri Qyler kuat.
"Mummy! Daddy! At least say sorry to them!" Melissa mencuba nasib memujuk mummy dan daddynya. Tuhan je tahu betapa bergetar bibir dia ketika itu.
"AKU KATA BALIK , MELISSA CASSANDRA! PEKAK DAH KE?! NAK JADI SUNDAL JUGAK?" Melissa mula mengaduh apabila terasa kepalanya ditunjal beberapa kali.
"QYLER! SHE'S YOUR DAUGHTER! BEHAVELA SIKIT" Tegur Dato' Hafiz. Mungkin tidak sanggup melihat orang yang sudah dianggap seperti anak sendiri diperlaku sebegitu kasar.
"Anak aku suka hati aku! Kau jangan masuk campur urusan aku , dasar murahan! Laki bini sama je. Tu pun sama , anak haram!"
"DADDY STOP IT!"
"PANG!" Semua disana terdiam. Mulut Adryan sudah ternganga diikuti Datin Naisa kerana terkejut dengan bunyi tamparan yang deras tadi.
Melissa sudah terjatuh ke lantai kerana tidak dapat mengimbangkan badan dengan daya yang kuat mengenai kulit wajahnya tadi. Jarinya terus menyentuh hujung bibir yang terasa seperti cairan mengalih.
Ini mesti semua gara-gara tamparan Daddy yang masih bersarung cincin perak di jari. Bekas cincin dia terlalu pedih ya.
"KAU TAK BALIK DALAM MASA 5 MINIT , AKU TAK TERAGAK-AGAK NAK BUAT LEBIH!" Melissa ditinggalkan dengan pipi yang jelas terlekat kesan tamparan. Mummy dan daddynya berlalu pergi.
Setelah beberapa saat selepas pemergian mereka , Melissa berdiri dan terus berlari ke dalam dakapan Datin Naisa.
"Bonda!" Cairan jernih Melissa mula bertakung ditubir mata.
"Mel sayang" Datin Naisa turut sebak melihat wajah Melissa yang sudah luka dan merah itu.
"I'm so sorry , bonda. Mel minta maaf baba. Ni semua salah Mel , I'm so sorry" Air mata yang hanya bertakung ditubir tadi terus jatuh membasahi pipi yang terasa pijar.
Wajah Bonda , Baba dan Adryan dipandang silih berganti.
"Ni bukan salah Mel , sayang, bonda faham" pipi Melissa diusap Datin Naisa lembut. Air mata yang mengalir disapu.
"Baba pun faham , Mel. Takpe , kitaorang still sayangkan Mel tau? Kitaorang still anggap Mel macam family kitaorang. So jangan nangis-nangis ek" pujukan Dato' Hafiz sedikit sebanyak membuatkan hati Melissa senang.
"Adryan aku minta maaf" tubuh Adryan pula didakap dia. Belakang tubuh Melissa diusap dan ditepuk-tepuk oleh Adryan.
"Kau tak salah , Mel. Kau tak salah"
"Aku sayang kau"
"Aku pun sa..."
"MELISSA CASSANDRA QYLER LEE!!" Suara jerkahan kembali bergema direstoran itu. Nasibla , mereka telah menyewa kesemua dalam luar restoran ni , jadi tiada orang yang ada berdekatan mereka. Semua telah dikosongkan.
"AKU CAKAP BALIKKAN?!" Rambut Melissa digenggam dan ditarik kasar.
"Auch! Lepasla!" Melissa cuba meronta-ronta.
"PANG!" sekali lagi pipinya ditampar. Melissa terus terdiam. Sakit. Pedih. Perit. Itulah yang dirasakan sehingga mulutnya terasa sakit untuk dibuka.
"Jangan halang aku kalau taknak dia ni mati!"
...
YOU ARE READING
MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )
Dla nastolatków1 ☕︎ 𝒖𝒏𝒅𝒆𝒓 𝒔𝒂𝒘𝒊𝒕-𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒄𝒆 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔'𝒔 ☕︎ || 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐂𝐀𝐒𝐒𝐀𝐍𝐃𝐑𝐀 ♡︎ 𝐀𝐃𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐑𝐈𝐂 || ' you are the most beautiful dreams I ever had when I fall asleep ' Melissa Cassandra - Gadis yang nakal dan sangat ter...