"i think i got you , loser"
Mendatar suara Melissa kedengaran dicorong telinga para pelajar 3 Star. Gadis yang berdiri dihadapan Melissa sudah mula tidak keruan kerana perbuatannya sudah terkantoi begitu sahaja.
"Tengku Aqilah Tengku Akhtar." Nama itu disebut Melissa kuat. Oh ya dialah penolong ketua kelasnya. Siapa ingat Aqilah?
Melissa terus menarik kolar kemeja yang dipakai Tengku Aqilah kasar menghadap wajahnya.
"so do you want to play , Tengku Aqilah?" ujar Melissa dengan nada teruja dan menakutkan. Mulutnya menayangkan senyuman lebar kepada Tengku Aqilah.
Semakin lebar senyuman Melissa apabila Tengku Aqilah menggelengkan kepalanya dengan wajah ketakutan. Pelajar lain turut meneguk liur mereka.
"Why Aqilah? menyesal ke hm?" jari Melissa naik bermain main di wajah Tengku Aqilah.
Melissa memutarkan Tengku Aqilah membelakanginya. Wajahnya didekatkan dengan telinga Tengku Aqilah.
"Kau tau kan aku tak sebodoh yang kau sangka kan , Tengku Aqilah?" Bisik Melissa.
"Kau beruntung sebab aku tak rasa nak dengar orang terbunuh harini" sekali lagi bunyi bisikan kedengaran di telinga Tengku Aqilah.
Melissa mula menayangkan senyuman yang sukar ditafsirkan dan ia membuatkan hampir kesemua pelajar kelas 3 Star meneguk liur mereka. Tengku Aqilah pula sudah mula menggigil ketakutan.
"Kalau kau takut , yeah you should Tengku Aqilah cause being my enemy doesn't mean your life gonna be easy like writing your name in my death book." Ujar Melissa sambil memandang tajam ke dalam anak mata Tengku Aqilah.
"I know everything about you , Tengku Aqilah. Aku tak sabar nak main dengan kau. I love to hear your voice screaming and say I'm sorry , I'm sorry with your crying face. Auw , mesti comel kan? Mesti sebijik dengan anjing" Melissa membuat suara teruja yang kedengaran menyeramkan di telinga Tengku Aqilah. Lagaknya sudah seperti seorang psycho.
"MELISSA CASSANDRA!"
Suara seseorang yang kuat memanggil berjaya menghentikan suasana tanah perkuburan yang dihuni oleh para pelajar 3 Star.
Wajah PK HEM dan beberapa orang guru membuatkan Melissa tersenyum ke arah Tengku Aqilah.
"your heroes is coming , darling" hujung dagu Tengku Aqilah dicuitnya sedikit.
"Melissa Cassandra! Bilik Disiplin now. Also you and Adryan Elric , follow us"
Melissa terus berjalan dengan selamba sambil kedua - dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket. Wajah Adryan dipandang lalu memberi isyarat supaya memegang tangannya.
Adryan yang memahami isyarat itu hanya pasrah lalu memegang lengan Melissa bagaikan seorang gadis memeluk lengan boyfriendnya. takkanla dia nak bantah? Melissa pun dah serupa macam harimau nak telan singa , kang tak pasal dia pulak yang kena tempias.
Sepanjang perjalanan ke bilik disiplin , tiada seorang pun daripada mereka membuka mulut atau cuba menerangkan apa - apa. Hanya bunyi tapak kaki sahaja kedengaran menghiasi koridor yang dilalui.
......
"Boleh kamu terangkan dekat saya , apa sebenarnya yang berlaku tadi? And betul ke apa yang saya dengar tentang gosip itu semua?" Pertanyaan Cikgu Jamal dibalas dengan bunyian kipas untuk beberapa minit.
Melissa yang sedari tadi mendiamkan dirinya memandang satu persatu wajah yang ada di dalam bilik disiplin itu. Daripada wajah Adryan , Tengku Aqilah sehinggalah wajah Cikgu Jamal dipandangnya bagai menganalisis sesuatu.
"Cikgu nak dengar daripada pihak saya dan Adryan atau daripada Tengku Aqilah?" Soal Melissa sambil sebelah tangannya diletakkan di dalam poket manakala sebelah lagi dilepaskan.
"Saya nak dengar daripada kamu dulu , Melissa. Tolong terangkan dekat saya" Melissa terus menganggukkan kepalanya.
Posisi berdirinya terus diubah. Kedua - dua belah tangannya disilangkan ke dada. Wajahnya yang sememangnya dingin berubah menjadi serius.
"Ok sebelum saya terangkan , saya nak tanya cikgu satu soalan" Wajah Cikgu Jamal di pandangnya.
"Jujur dengan saya , cikgu percaya ke saya , Melissa Cassandra lakukan semua perbuatan terkutuk dan tak senonoh tu? I know you know me well , Cikgu Jamal" Kening Melissa terus diangkat sambil mendekati whiteboard yang ada di dalam bilik disiplin itu.
"Sejujurnya , saya tak percaya tapi jika ada bukti tidak mustahil ia boleh mengubah pandangan saya" Mendengar apa yang dikatakan Cikgu Jamal membuatkan kepala Melissa sedikit bergerak ke atas dan ke bawah. Pen Marker berwarna hitam diambil.
"Jadi mengikut apa yang diuar - uarkan oleh Tengku Aqilah Tengku Akhtar , Tengku Aqilah mendakwa saya dan Adryan Elric melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya di dalam kelas pada awal pagi tadi , betul?"
"ya betul" balas Cikgu Jamal.
Melissa terus membuka pen marker ditangannya lalu menuliskan sesuatu pada whiteboard.
"Pertama , seperti yang semua pelajar Skylight Highschool dan juga para guru tahu , Melissa Cassandra adalah salah seorang daripada pelajar yang datang paling awal ke sekolah dan tidak pernah sekalipun mendapat rekod buruk dalam kehadiran betul?"
Saksi Melissa datang awal ke sekolah :
- Pengawal keselamatan
- beberapa orang pelajar
- CCTV
- GuruSoalan Melissa hanya dibalas anggukkan daripada Cikgu Jamal.
"So can you please tell me , adakah logik kalau benda yang kebiasaannya saya lakukan yang selama ni tidak menimbulkan sebarang fitnah tiba tiba boleh menjadi cerita yang tidak enak didengari oleh para pelajar serta warga sekolah?" Soal Melissa lagi. Kalini kedua - dua belah tangan Melissa diletakkan pada meja kayu berwarna coklat dihadapannya.
"Tapi kita ada bukti" balas Cikgu Jamal.
Melissa terus memetik jarinya. Whiteboard terus diconteng dan dibulatkan besar.
Bukti kejadian :
- sekeping gambar"Bukti hanya menunjukkan saya dan Adryan Elric sedang tidur. Adakah bukti ni cukup untuk menunjukkan saya dan tertuduh bersalah? Tidak bukan?" Soalan kali ini langsung tidak dibalas oleh sesiapa.
Melissa kembali menyambung hujahnya sambil tangan yang bermain - main pada whiteboard menulis sesuatu.
Kenapa baju sekolah Melissa dan Adryan tidak berkedut?
"Kedua , Kalau betulla saya dan Adryan ada buat benda sebegitu kenapa baju kami masih bersih daripada sebarang kesan kotoran yang sepatutnya melekat dekat baju uniform ni?"
Melissa terus menayangkan senyuman sinis apabila matanya bertembung dengan Tengku Aqilah.
Adryan yang hanya mendiamkan dirinya kerana terpaku dengan kepetahan Melissa yang sangatlah menakjubkan baginya. Dia sendiri tidak terfikir akan bukti - bukti itu.
....
YOU ARE READING
MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )
Novela Juvenil1 ☕︎ 𝒖𝒏𝒅𝒆𝒓 𝒔𝒂𝒘𝒊𝒕-𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒄𝒆 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔'𝒔 ☕︎ || 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐂𝐀𝐒𝐒𝐀𝐍𝐃𝐑𝐀 ♡︎ 𝐀𝐃𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐑𝐈𝐂 || ' you are the most beautiful dreams I ever had when I fall asleep ' Melissa Cassandra - Gadis yang nakal dan sangat ter...