Puisi : Mengejar Cinta Hakiki

24 5 1
                                    

Redam malam berpahut rindu,
Magis terintis melapis kalbu,
Terjang usang diarus waktu,
Nikmat memikat tersayat syahdu,

Dalam nilam merejam restu,
Manis miris bergamis madu,
Halang hilang terlekang ramu,
Gurat makrifat berhayat satu,

Akidah keimanan menuju syurgawi,
Bukan cinta dengan manusia duniawi,
Hanya satu cinta yang pasti iaitu Ilahi,
Kerna keagungannya sungguh hakiki,
Takdir yang tertulis dicatat sejak azali,

Aku cuba mengejar keinginan,
Namun tersadai di bahu jalan,
Bersimpuh menanti hulur bantuan,
Tiada siapa endah dan kasihan,
Aku menadah tangan kepada Tuhan,
Ya Allah permudahkanlah urusan,
Kehidupan merupakan tempat persinggahan.

Sastera MelayuWhere stories live. Discover now