Puisi : Bertepuk Sebelah Tangan

40 8 13
                                    

Cinta sekadar bertepuk sebelah tangan,
Kau datang sekadar memberi harapan,
Yang meniti dibibir kita adalah kawan,
Aku tahu ucapanmu itu bukan gurauan,
Rupanya aku tempat menghilangkan bosan,
Hatiku remuk bagai hilang arah tujuan,

Mengapa engkau lakukan sebegini ?
Layananmu itu membuatku terjatuh hati,
Aku setia disini, sedangkan kau pergi,
Yang tinggal cumalah diri sendiri,

Jangan permainkan perasaan orang setia,
Sekali kecewa tiada peluang kedua,
Niat yang datang kau ubah jadi lara,
Sehingga membunuh cinta di dada,
Rantaian raga berubah menjadi nista,
Namun aku hanya bicara tanpa suara,

Di saat mekarnya bunga kiambang,
Mengapa ada tangan yang cuba memetik,
Kiambang cantikku kini telah hilang,
Airmata kesedihan pun mula menitik,

Jika rupa yang kau pandang,
Aku sedia untuk menghilang,
Jika harta yang kau cari,
Aku sedia untuk pergi,
Jika sayang yang kau mahu,
Akanku serahkan sepenuh cintaku,

Pintu maaf dihati sentiasa terbuka,
Harapanku jangan ulanginya semula,
Hargai apa yang ada didepan mata,
Pasti engkau tidakkan sengsara,
Semoga bahagia dengan dia disana.




Sastera MelayuWhere stories live. Discover now