Puisi : Hanya Engkau Sahabat

34 7 0
                                    

Bahtera persahabatan berlayar di lautan lepas,
Berawal ombak sehingga menjadi beliung,
Walaupun nakhoda diambang tumpas,
Namun sifat keakraban tidakkan tumbang,

Ayuh, kita bangkit semula dari kegagalan,
Kita perbaiki seluruh asbab kesilapan,
Kita buat supaya lahir sang kelebihan,

Curam berduri sanggup merintangi,
Bukau berlumpur sanggup merenangi,
Ganang berliku sanggup mendaki,
Tasik berdarah sanggup merempuhi,
Semuanya telah kita bersama lalui,
Usah hirau hujan datang melimpahi,
Ianya cuma singgah untuk cipta memori.

Diawali dengan sebuah perkenalan,
Rapat seindah dengan persahabatan,
Bertemu kerana pendidikan,
Berpisah kerana masa depan,
Aku takkan mensia-siakan engkau sahabat,
Aku akan menyimpan kenangan di lubang hati,
Terima kasih atas kebahagiaan ini.

Sastera MelayuWhere stories live. Discover now