Pantun : Bangsa Membaca Bangsa Berjaya IV

43 4 0
                                    

Daeng ijtihad menghapus fitnah ,
Menjadi syuhada diri terhakis ,
Pemangkin jihad mencetus sakinah ,
Nirmala minda pidana ditangkis .

Asrar diari sepenuh tatapan ,
Timbul kesumat mengundang gerhana ,
Lambang jauhari rencana harapan ,
Gudang maklumat fikrah wahana .

Melawan masa untuk petisi ,
Secara kohor dimakan tandun ,
Aspirasi bangsa anjakan tradisi ,
Insan tersohor khazanah tamadun .

Sufi kesepian mencuba syairi ,
Wacana falah diatas astaka ,
Mustaid impian mapan mandiri ,
Agenda terserlah gempak pusaka .

Sastera MelayuWhere stories live. Discover now