Pantun : Permata Negara

198 15 10
                                    

Bendahara jera zamrud dikimbah,
Sabdanya burhan dalam purwakanti,
Jaminan negara pencetus muhibah,
Mutu asuhan lambang kualiti.

Mahligai dewata tenunan mori,
Tilikan khasah hadir syafakat,
Falsafah permata hayati teori,
Minda diasah serlahan bakat.

Ukiran lingga pada tungkahan,
Karyawan amil memukul tangsa,
Insan berharga anugerah tuhan,
Menjadi kamil harapan bangsa.

Temenggung bersiah wabak keridas,
Sumpahan marga keadaan genting,
Turutan sahsiah potensi cerdas,
Kolaborasi keluarga teras penting.

Sastera MelayuWhere stories live. Discover now