Pantun : Seni Mempertahankan Diri

274 21 0
                                    

Turunnya wahyu menjadi tegar,
Golongan hamba sering ditujah,
Amukan melayu bumi bergegar,
Pernah cuba mengganyang penjajah.

Panglima mencaci demi keamanan,
Menerusi lisan untuk dihormat,
Karamah suci jadi laziman,
Menjana insan unggul terhikmat.

Kesuma berboyong bertemu pendekar,
Memberi tekanan sang adipati,
Ilmu gayong amatlah sukar,
Seni turunan wali kesakti.

Majapahit berdaulat penuh langka,
Yakin ijtihad menggempur bani,
Seni silat gayong pusaka,
Naungan jihad hikmat nurani.

Cahaya kilat menyambar kayu,
Papan dipangkah terbiar lusuh,
Pencak silat warisan melayu,
Membuka langkah melawan musuh.

Sastera MelayuWhere stories live. Discover now