Puisi : Berundur Kerna Sayang

55 9 2
                                    

Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan?
Setelah percintaan dihujani halangan,
Sia-sialah aku berkorban sepanjang perjalanan,
Andai dirimu tak mampu aku halalkan,

Pernah jua kuterluka dihiris belati tajam,
Walaupun rasa pedih makin kian menjunam,
Tapi kini aku luka diselimuti sayap malam,
Walaupun tak berdarah bisa buat aku muram,

Sembunyikan tawa dalam tangisan airmata,
Sekuntum bunga impian dari jejak duka,
Bertamu di ruang rindu untuk seketika,
Cuma mampu lepaskanmu kerana terpaksa,
Demi melihatmu bahagia dengan si dia,

Kasih sayangmu cuma palsuan,
Terlepas kesabaran dari ketenangan,
Penghargaan tiada kau sisipkan,
Kau tercipta bukan untuk Ku,
Aku tercipta bukan untuk Mu,
Berundur diri kerna sayang,
Kini yang tinggal cuma bayang.

Sastera MelayuWhere stories live. Discover now