Pantun : Bangsa Membaca Bangsa Berjaya III

51 4 0
                                    

Ukiran nisan tungkahan ginding ,
Tersemat gemala dalam saharah ,
Takluk gagasan menara gading ,
Akrab susila martabat sejarah .

Kilauan intan milik dewata ,
Sayuan gendir dari betari ,
Sandaran watan uswah jelata ,
Takrifan takdir ilmiah lestari .

Tusukan belati ampuh jitu ,
Musuh merakah hilang kurnia ,
Landasan kualiti ilmu bermutu ,
Mengorak langkah menuju dunia .

Suntingan fatwa amalan qisas ,
Mufti bimbang melanggar rukhsah ,
Pancaran wibawa ungkapan asas ,
Intelek berkembang ilmu siasah .

Sastera MelayuWhere stories live. Discover now