Puisi : Aku dan Hidup

49 5 1
                                    

Aku melihat langit,
Meluahkan rasa yang perit,
Terbuku di dasar hati terlalu sakit,
Sehingga ku tak mampu ungkap walau sedikit,

Benarlah dunia penuh helah,
Satu persatu nyata buat aku tabah,
Hatta aku tahu diri ini terlalu lemah,
Berhadapan dengan sang ujian terlihat susah,

Aku cuba bangun dalam tangis,
Mencari hati yang mungkin terguris,
Demi menggapai impian yang manis
Aku cuba senyum dengan segaris,

Hadap ia sampai lelah,
Sungguh aku hampir mahu mengalah,
Tapi kerna tak mahu impian punah,
Bangkit aku tunjukkan hati yang tabah,

Yang dijunjung tak kelangit,
Yang dipijak tak ketanah,
Yang jatuh mencuba bangkit,
Yang terbang tak hilang arah.

Sastera MelayuWhere stories live. Discover now