"Kau nak lari mana perempuan?!" Jerit lelaki bertopeng badut itu. Ditangannya mengheret kapak yang besar dan tajam. Matanya tajam memerhati kawasan belakang bangunan itu. Target yang dicari hilang dari pandangan apabila dia cuba melepaskan diri darinya .
Aku yang berada di dalam tong sampah menutup mulut dan hidung menggunakan tangan ,bukan kerana busuk dengan bau dalam tong sampah ini tapi takut untuk keluarkan bunyi pernafasan yang aku hasilkan. Bau sampah yang berada di dalam tong sampah itu tidak menjadi masalah bagiku tetapi lelali bertopeng yang menyeramkan aku .
"Sayanggg keluarlah . I nak jumpa you . I rindu bau rambut you sayang. " Intonasi suara lelaki itu berubah menjadi lembut .Kedengaran tapak kasut menghampiri aku . Mata ku dipejam rapat. Tanganku yang terketar -ketar aku abaikan .Apa yang penting adalah keselamatan dirinya.
"WOI betina ! Kau keluar sekarang ! Tak ada orang akan selamatkan kau sekarang ini .Keluar . aaahh!" Jerit lelaki itu persis psycho. Kapak yang dipegangnya itu dihayunkan kearah tong sampah yang diduduki aku itu dengan kuat . sebahagian kapak itu menembusi tong sampah dan membelah sedikit kulit kepala Medyna .Darah yang mengalir seiring dengan peluh tidak dihiraukan perlahan -lahan aku merintih kesakitan.
Sakit yang tak terhingga membuakan aku memasukkan tudungku ke dalam mulut bagi tidak membuat sebarang bunyi .'Ya allah bantulah hambamu ini' doa ku di dalam hati. Air mata yang keluar aku lap perlahan.
"Aahhhh ! "
Aku terus terjaga dari mimpi ngeri itu. Ya allah. Peluh yang tidak berhenti mengalir membuatkan perasaan terlampau takut .Tangan Medyna lihat ketarnya lebih dari selalu .Phone yang berada dibawah bantal dikerling,. 8.10 pagi .
Ya allah , patutlah mimpi buruk . Medyna terus bergegas ke kamar mandi untuk membersihkan badan. Syafiq disebelahkan dipandang sekilas. Dia pon tidak terjaga untuk subuh.
Medyna menuruni tangga dengan berhati -hati menuju ke ruang makan .Kelihatan mommynya sedang menjamah nasi goreng yang dibuat oleh pebantu rumah . kerusi berhadapan mommynya ditarik dan dia melabuhkan punggung disitu.
"Eh baby, moring. awal bangun?" Selepas sedar kehadiran puterinya itu Tengku Melisa senyum kecil .
"Dah biasa .Mana yang lain." Nasi goreng yang dihidangkan di atas meja disendokan dan diletakkan ke dalam pinggannya. Air kopi yang berada di dalam teko dituangkan ke dalam cawan yang telah disediakan. Suapan pertama berjaya masuk ke dalam mulut .
"Daddy outstation harini, subuh tadi dah gerak pergi Perlis .Along dengan angah tu mesti tidur lagi . Syafiq tidur bilik baby?"
"Haah . Semalam Medyn takut sebab tu dia teman lepastu dia bawak segala ps5 dia main dalam bilik semalam .Tah tido pukul berapa dia tu. Habis sepah bilik Medyn. Subuh pon terlajak ." Cemberut muka Medyna menceritakan kepada mommynya menahan geram. Nasib dia yang suruh teman. Kalau tak dah lama dia bunuh adiknya itu.
"Tak habis -habis budak tu. Makan lah mommy dah nak pergi butik. Mommy pergi dulu ye .Jaga diri." Kepala Medyna diusap penuh kasih sayang .
"haa mommy boleh tak kejap lagi nak pergi mall nak beli barang asrama?" Medyna meminta izin kepada mommynya.
Tengku Merisa hanya mengagguk .Tangan yang dihulurkan disambut oleh Medyna .Dengan lembut Medyna mencium tangan mommynya itu.
"Morning baby ! " Sapa Syafiq dengan ceria apabila sampai ke meja makan .Apabila memandang muka selamba Medyna hatinya menjadi geram.
"Kau tak kejut aku subuh tadi kenapa ?"
Medyna menjeling Syafiq "Aku terlajak jugak." Matanya fokus memandang Syafiq yang berselera makan dengan penuh minat .
YOU ARE READING
You're My First
Teen Fiction! WARNING ! *! This Story contain a SELF HARM / FAMILY PROBLEM / MENTALHEALTH ISSUE *! Terdapat banyak ciri -ciri negetif di dalam cerita ini dan mengandungi konflik yang berat. *! Hanya rekaan semata -mata dari imaginasi penulis. ...