BAB 28

179 6 0
                                    

Wad yang menempatkan Harith dan Ahnaf dimasukinya perlahan. Pintu ditutup rapat. Wajah pucat Harith dipandang pilu. Perasaan sedih kian menjentik hatinya . Mata yang tertutup rapat menghalang alis mata hazel yang sentiasa membuatkan dia lemas dalam pandang redup milik lelaki itu .

Tangannya yang masih terketar -ketar menyentuh permukaan kulit telapak tangan Harith . Pegangan tangan yang selalu dia elak. Tangan digenggam kuat .Kecerderaan Harith tidak seteruk dirinya tapi tidur lelaki itu lama . Dia rindu pandangan redup milik Harith. Kata -kata manis milik Harith yang sentiasa menggoncang tembok egonya .

"Tak perlu risau dia, dia akan sedar.Kau cuma perlu banyak berdoa." Medyna memanlingkan wajah ke arah suara itu .Tangan Harith dilepaskan .Kerusi roda yang dinaikinya dikawal perlahan menuju kearah katil sebelah kanan  Harith .

"Kau macam mana? Tangan terseliuh hurm?" Medyna memandang tangan Ahnaf yang dibaluti bandage putih .

"Sikit je .Dah sebati rasa sakit ni." Segelas air kosong diteguk perlahan. 

"Poyo ja mamat ni." Medyna mencebik .

Mata Ahnaf kembali pada wajah pucat milik Medyna. "Good try nak sorokan jahitan dekat kepala kau. Aku dah nampak .Tak payah cover guna tudung sangat." Ahnaf membahas dengan satu jelingan.

"Well ,aku pun dah sebati dengan rasa sakit Inspektor Ahnaf. Don't worry adikmu kuat ." Medyna ketawa sinis.

"Dah. Master ada jumpa dengan kau or dia call tanya pasal kes bom tu? " Tanya Ahnaf serius. Soal kerja dia adalah seorang lelaki yang sangat tegas dan perfectionist.

"Dia datang waktu aku baru sedar tadi .Wajah dia terlampau menggerunkan untuk aku hadap lama -lama. Bengis tidak boleh bawak bincang dho. Kes tu melibatkan kematian orang awam. Kes bahaya." Cerita Medyna .Sesekali dia menjeling Harith dikatil sebelah takut terjaga dan mendengar perbincangan mereka.

Ahnaf diam sekejap memikirkan sesuatu. Belum sempat dia mula berbicara tolakkan pintu mengejutkan mereka.

"Ehh mama, papa. "Medyna terus menolak kerusi rodanya ke arah Ibu bapa mertuanya .Tangan keduanya disalam mesra.

"Kakak cantik lupa Hani." Wajah ingin menangis Hani membuatkan Medyna menarik senyuman kecil.

"Kakak cantik tak lupa la baby girl ni. Sini." Medyna mendepa tangannya mengamit Hani duduk di atas ribanya. Lantas itu Hani terus melompat naik keatas Medyna. Sakit dibahagian perut atas luka kemalangan tambahan lagi lompatan Hani yang sangat kuat menyebabkan dia berdecit perlahan. Dia masih mempunyai deria sakit walaupun cuba dikawal selama ini.

"Ya Allah Hani! Kakak canti Hani tu tengah sakit sayang. Turun. Meh mama dukung." Datin Farhah dengan laju menarik tangan kecil milik anak perempuannya itu turun dari riba Medyna apabila melihat wajah menahan kesakitan diwajah Medyna.

Medyna garu kepala. "Maafkan Medyn .Kalau Medyna tak berkeras ajak Harith temankan Medyn balik mesti dia selamat. Medyn sudah selamat tapi dia masih terbaring tak sedarkan diri. " Medyna menundukan wajah nya tak berani menatap wajah tua ibu bapa mertuanya .

"Kami tak salahkan Medyna . Harith cedera kecil sahaja Ubat bius dan ubat tidur yang disuntik buat dia tak sedarkan diri. Jangan risau dan jangan salahkan Medyna . Bukan Medyna yang rancang kes letupan tu." Pujuk Dato' Hakim. Kepala Medyna diusap penuh kasih.

"Medyna tak rehat sayang ? Kamu juga terlibat dalam accident tu .Rehatkan badan. Mama teman Harith malam ni." Datin Farhah menarik senyuman manis. Gadis dihadapannya adalah anak kecil yang dibesarkan dengan cemuhan dan kutukan orang sekeliling .

"Medyna okey.." Kepala yang tiba -tiba sakit teramat sangat dicengkam  kuat. Tangan yang rasa ada cairan dilihat . Darah! 

"Medyn okey .Don't worry." Kepanya memberat .Badan tidak dapat diseimbangkan lagi . Wajah cemas Datin Farha menjadi tatapan terakhirnya.

                                                                                             *******

"What you had done ,Tengku Medyna? Kau bahayakan nyawa kau lagi." Syafiq mencerlung tajam Medyna yang baru sedar dari ubat bius yang telah disuntik sewaktu jahitan dikepala gadis itu terbuka.

"Chill. Aku tak ada masa nak dengar kau membebel." Medyna menutup telinga dengan kedua -dua belah tangannya . Syafiq membuatkan dia lagi stress. 

"Ikut suka kau lah. Aku nak pergi solat dekat surau bawah. " Syafiq terus keluar .Hatinya yang panas membara harus dijirus dengan air whuduk.

Medyna bangun berdiri. Hanya tinggal dia berseorangan di dalam wad VVIP itu. Tingkap bilik dituju perlahan. Mungkin ditingkat 5 apabila melihat jarak ketinggian bahan biliknya .

'Mummy ,daddy' nama yang selalu dia nantikan berada disampinnya saat dia ditahan di wad. 

"Miss." 

"Anis. Duduk lah." Medyna mengamit Anis duduk di sofa yang telah disediakan.

"Miss okey? Maaf saya baru lepas uruskan yang lain balik ." 

"Aku okey . Berita kes letupan tu kau dah tarik balik?" 

"Dah miss. Semua media yang keluarkan berita tentang itu semua kami dah bayar untuk tarik balik berita mereka ." Terang Anis serious.

"Good job. Aku ada lagi satu kerja untuk kau ." Medyna memeluk tubuh .

"Apa?" 

Beg pakaian Medyna dikemas dengan rapinya . Kerja yang baru Anis dapat adalah kerja gila yang pernah dia dapat sepanjang bekerja dibawah Medyna selama hampir setahun.

"Ready?" Soal Medyna tenang. Mask yang sentiasa dipakai di wajahnya dirapikan. Tangan Anis ditarik mengikutinya 

Langkah dibawa merapati pintu .Pintu dikuak perlahan memerhati siapa yang lalu lalang dihadapan wad tersebut .Kaki menapak perlahan kearah tangga kecemasan yang berada berhadapan bilik wadnya .Lantas pintu tangga kecermasan ditarik kuat dan mereka berlari turun dengan laju. 

"Miss !Kepala miss masih belum sembuh. Jangan terlalu aktif."  Pesan Anis risau. Medyna menghiraukan dan terus berlari dengan laju menuruni anak tangga ke aras bawah.

"Fateh tunggu dekat jalan belakang." Medyna memandang setiap penjuru hospital jika ada CCTV yang merakam perlarian mereka. 

Sampai sahaja jalan belakang yang dimaksudkan Medyna . Sebuah kereta Mitsubishi Evo 10 hitam dituju.

" Miss." Fateh menunduk sedikit kepalanya.

"Tak ada masa dah .Cepat sebelum ada orang perasan aku hilang." Kereta yang dipandu Fateh meluncur laju membelah jalan raya.

"Balik rumah miss ?" Soal Anis selepas lama berdiam diri.

"Apartment. " Jawab Medyna sepatah. Pandangan dibuang ke arah tingkap. 

Tindakan kurang bernas dilakukan adalah untuk melarikan diri dari bau hospital. Hospital yang sudah dijadikan rumah keduanya kebelakangan ini membuatkan dirinya diruntun perasaan bosan. Kecederaannya boleh diubati oleh Anis yang juga seorang ahli medic dalam polis .Jadi dia tidak perlu risau jika apa -apa terjadi pada dirinya. Klau betul -betul hendak mati baru dia akan datang semula ke hospital. 









You're My FirstWhere stories live. Discover now