"Macam mana dengan tangan kau?"
Punggung dihenyakan di sofa panjang yang berhadapan dengan anak lelakinya itu. Mata terarah pada bahu kiri yang masih berbalut .
"Dah nak baik tapi perempuan gila tu pergi tumbuk terus berdarah balik" Kyle berdecit kegeraman.
Tengku Shahrin tertawa sinis. Makin naik lemak budak perempuan tu.
"Perempuan tu liat betul nak mati. Aku nak dia mati sebelum semua harta jatuh dekat tangan dia. Aku ingat duduk kampung tu otak kampung la ni bijak jugak otak dia boleh tahu semua helah kita." Terimbau wajah beku milik anak saudaranya yang satu itu. Muka tak nampak naif langsung malah nampak lebih bijak dengan helah yang dia cuba untuk mainkan.
"Dia ada tanya Kyle pasal mama." Kyle Jeda seketika dan memandang muka tua Tengku Shahrin. "Dia ada syak something, pa."
Mereka sama -sama terdiam. Mulut Tengku Azila terlampau lancang sehinggakan dia hilang sabar dan terbunuh isterinya sendiri. Dia tidak pernah suka akan wanita itu tapi kerana dia mandul jadi dia terpaksa menjadikan wanita itu isterinya semata-mata ingin menjaga maruah sendiri. Memandangkan wanita itu sungguh mencintainya. Wanita bodoh.
Semua terjadi luar dari kawalannya. Kyle menjadi saksi dia membunuh tapi itu perkara biasa bagi mereka . Sudah ramai yang mati ditangan mereka berdua jadi tidak perlu ditakutkan. Tak sangka ada orang boleh teka tentang kematian isterinya itu.
"Budak tu memang patut mati! Makin lama dia hidup makin banyak akal dia. Lingkup hidup aku." Dia menggeleng kepala sambil memicit pelepis serabut.
"Kyle rasa Kyle ada plan." Kyle tarik senyum riang .Dia yakin dia akan berjaya.
"Kau punya plan lah rosak perniagaan aku ! Lingkup business aku sebab plan bodoh kau. Sama -sama bodoh dengan perempuan polis tu."
Kyle terdiam. Dendamnya makin meruap apabila denyutan lukanya kian sakit. Sebab polis tak guna yang tembak dia, merana tanganya dan rosak business haram bapanya. Polis itu bergitu wanted dalam kalangan gangster kerana dia sudah banyak menumpaskan banyak kongsi gelab dalam negara .
Sudah ramai yang mereka bayar untuk mencari identiti polis yang digelar 'glacies' itu. Tapi usaha tidak pernah membuahkan hasil kerana semua penyiasat yang mereka bayar tidak pernah berhasil menjumpai identiti sebenar polis itu.
"Aku rasa polis tengah siasat lagi kes kita ni jadi aku nak kau suruh budak -budak tu cuti dulu sementara kita tengah plan nak hapuskan sepupu kau tu. Aku nak plan kalini boleh buat dia mampus terus." Kyle mengangguk setuju.
"Kau dah makan ubat?" Tiba-tiba Tengku Shahrin teringat akan sakit anaknya . Rasanya sudah lama dia tidak nampak Kyle mengamuk atau bercakap seorang diri seperti selalu semasa dia melawat anak lelakinya dulu di Perth.
"Baru teringat anak sakit? Tchh sudahlah layan perempuan lagi bagus dari duduk dengan papa. Cau." dengan siulan bahagianya Kyle keluar dari bilik pejabat papanya. Kunci kereta diambil dan bergerak menuju club malam terdekat.
Medyna mengacau teh di dalam teko dengan perasaan geram. Kalau boleh nak je dia tuang satu bekas gula dalam teko tu bagi manis sikit mulut makcik yang suka main tuduh tu. Harith yang sedari tadi berada di belakang Medyna sudah menutup mulut tahan gelak. Muncung mulut sedepa si isteri apabila melihat tetamu yang datang tadi.
Air pun disuruh berulang kali baru bangun nak buat kalau tidak memang tetamu mereka makan angin je. Muka memang tak boleh nak neutral kan dah walaupun depan tetamu automatik ketat muka dan bertambah pekat bila tetamu yang tak diundang datang ke rumah mereka.
"Kalau ye pun marah jangan kacau air tu laju sangat. Tak pasal -pasal dengan sudu tu boleh lebur sebab yang tukang kacau dia muka panas sangat." Harith melepaskan tawanya perlahan. Ye la kalau kuat takut nanti dengar tetamu.
"Mulut kau diam. Tengah panas ni." Medyna menjeling tajam. Teko yang siap dengan air teh di letakan diatas dulang bersama beberapa cawan dan sepinggan kuih yang mereka beli sewaktu pulang dari sekolah tadi. Sudah la tak sempat mandi lagi dah kena masuk dapur. Prff buat air je pun.
Harith terus mengangkat dulang itu dibawa ke ruang tamu. Dulang diletakan di atas meja berhadapan mereka. "Maaf ada ni je. Kami baru balik dari camp tak sempat Medyn ni nak masak lagi. Kuih memang kami beli masa nak balik tadi." Harith menggaru kepala yang tidak gatal. Sofa dua tempat duduk disebelah kiri dia duduk dan diikuti Medyna disebelahnya.
"Terima kasih buat susah -susah ja. Ni pun dah banyak siap dengan kuih lagi ni." Pakcik Halim senyum ke arah dua anak muda dihdapannya itu.
"Kamu berdua memang tinggal sendiri ke?" Tanya Cik Nab basi -basi .Dia sebenarnya malu hendak memohon maaf kepada Medyna dan Harith di atas keterlanjuran dia bercakap haritu.
Harith mengagguk seraya tersenyum. "Kami kalau tidak tinggal di asrama tapi Medyn ada masalah kesihatan sikit jadi saya kena selalu tengok -tengokkan dia sebabtu lah kami tinggal sendiri. Mama papa saya pun tak kisah ye lah nak ajar berdikari. Sampai bila kan nak susahkan mommy daddy " Cerita Harith lancar. Tersengih dia di hujung ayat.
Medyna disebelah masih diam tidak berminat untuk turut berbual.
"Rumah sendiri ke rumah parents ni ? Ye lah tak kan budak tak sampai 18 tahun boleh duduk rumah besar macam ni kan? Mak bapak kamu orang kaya ke? Untung kan jadi anak orang kaya kahwin pun parents tanggung so tak kisah sangatlah kawin muda. Ye tak?" Pak Cik Halim terus menyiku bahu si isteri. Baru semalam dia tazkirah tentang mulut becok harini buat balik perangai.
"Maaf makcik Nab ni memang macam ni" Pakcik Halim senyum serba salah sambil menyispi air teh buatan Medyna.
Harith menjeling Medyna dengan anak matanya mahu melihat wajah kemerahan Medyna. Sudah pasti berganda makian sedang Medyna beri.
"Ehh tak apa pakcik saya okey je. Medyn pun okey. Ni rumah papa saya dulu tapi sebab papa saya nak jual jadi saya beli tapi tak mampu lah nak bayar terus. Hujung minggu saya kerja jadi chef dekat restoran dari tengahari sampai pukul 9.00 malam. Pagi selepas subuh tu saya jadi cleaner dekat balai polis Bukitt Aman tu. Gaji dapat bayar duit rumah sikit -sikit dekat papa. Alhamdulillah cukup nak sara Medyn. Lagipun Medyn pun kerja hujung minggu. Tak lah terbeban sangat. Cari kesenangan dari titik peluh sendiri .Papa pun tak ajar anak suka meminta -minta jadi dah terbiasa nak apa -apa cari sendiri." Terang Harith panjang lebar.
Medyna disebelah tidak dihiraukan. Mesti pelbagai soalan akan muncul pada mulut Medyna tentang pekerjaannya sebab dia tidak pernah menceritakan hal kerjanya pada Medyna. Ye lah Medyna anak orang kaya kalau dicerita mesti malu sebab lelaki hanya cleaner.
CikNab terdiam seketika. Berdas-das dia kena balik.
"Bagus Harith ni ye. Dah pndai cari duit sendiri. Orang besar kamu ni masih duduk bawah ketiak mak lagi tapi kamu dah kerja macam -macam dah. Ni Medyn mesti terasa dengan isteri pakcik ni kan sebab tu diam je? Pakcik minta maaf sangat -sangat sebab mulut Makcik Nab ni memang susah nak control sikit." Kata Pakcik Halim ikhlas.
Baru Medyna ingin membuka mulut Harith mencantas percakapannya. "Saya pun nak minta maaf sebab kami timbulkan fitnah. Medyn dia pendiam orangnya "
"Takpe pakcik saya maafkan. Makcik Nab saya minta maaf ya? sebab saya terkurang ajar dengan makcik haritu. Saya tak sengaja." Medyna memandang Makcik Nab lama dalam hati sudah menyumpah diri sendiri kerana dia tidak maki makcik itu pakai mulut pedasnya perkataan maaf yang keluar .
Makcik Nab pandang Medyna serba salah . Memang tidak dinafikan lagi dia yang salah kerana mulutnya terlampau lancang menuduh sesuka hati. "Tak perlu minta maaf dengan makcik sebab makcik yang menyerang tanpa unsul periksa." Ciknab terus menuju ke arah Medyna dan memeluk gadis itu erat.
Medyna yang kekok menguis Hairh meminta bantuan tapi hanya diendahkan. Akhirnya dia hanya merelakan.
Update tanda aktif🤍Like la banyak sikit baru semangat nak update. Doakan saya dapat keputusan cemerlang ye untuk SPM❤️ Enjoyyy!
YOU ARE READING
You're My First
Teen Fiction! WARNING ! *! This Story contain a SELF HARM / FAMILY PROBLEM / MENTALHEALTH ISSUE *! Terdapat banyak ciri -ciri negetif di dalam cerita ini dan mengandungi konflik yang berat. *! Hanya rekaan semata -mata dari imaginasi penulis. ...