Empat orang gadis melintas kawasan koridor tingkat dua bangunan sekolah untuk masuk ke dalam kelas 5 Alpa .
Reysha yang sedari tadi menahan kantuk terus tertidur selepas meletakan kepala di atas meja . Semalam mereka menonton movie bersama sampai pukul 4 pagi baru masing -masing tidur tidak sedarkan diri kerana terlampau mengantuk .
Medyna yang melihat hanya menggeleng kepala. Dilihat dua orang lagi rakannya tetapi masih sama mereka tidur dengan beralaskan meja sekolah. Dia bangun untuk keluar dari kelas apabila melihat Harith tiba di dalamnya . Dia tidak mahu bertembung dengan lelaki itu . Mungkin malu?
"Kenapa kau tak datang semalam?" Soal Syafiq dingin apabila Medyna tiba di di belakan cafe sekolah .
"Tak lapar. Penat." Balas Medyna selamba . Organizer ubat diberi kembali pada Syafiq .
"Aku bagi kau kebebasan bukan untuk kau dapat makan ubat sambil lewa ." Syafiq memandang muka Medyna dengan muka yang tegas.
Medyna mengeluh ."Semalam diarang buat movie night aku terpaksa tak pergi dekat kau bukan aku tak nak .Sapa ja tak nak sihat ." Medyna terus berlalu pergi .Dia tidak mahu mengkeruhkan keadaan .
Medyna menggunakan laluan belakang bangunan sekolah untuk melengahkan masa .Dia perlu mencari ketenangan . Tiba -tiba tanganya ditarik kuat sehingga mendorongnya masuk ke salah sebuah stor .
"Argh !" Medyna terus merentap tangannya dan menumbuk gerangan yang menarik tangan itu .
"Sakitlah pandai ."Rungut lelaki itu . Lampu dinyalakan .Terlopong mulut Medyna melihat tempat itu . Tempat yang telah diubah suai sebagai bilik gaming semasa .
Wajah Harith yang menahan sakit itu Medyna pandang tak puas hati ."Kenapa kau tarik aku?" Tanya Medyna dingin .
"Saja , aku bosan .Kawan -kawan aku tengah bertugas." Kata Harith bersahaja dan melabuhkan badan pada sofa yang disediakan .
Medyna mengecilkan matanya .Asal lelaki ni . Dia terus mengambil langkah untuk keluar dari bilik itu . Dengan cepat Harith menarik tangan Medyna .
"Aku dah ulang banyak kali JANGAN SENTUH AKU !" Medyna menekankan ayatnya supaya dapat masuk ke dalam telinga Harith . Lelaki itu sejak lahir pekak ke apa? Tak cukup dengan penumbuknya ka.
"Kesah pulak aku . Aku ada benda nak tanya kau ." Harith memandang muka dingin Medyna .
Medyna mengangkat keningnya menandakan 'apa?' .
"Duduk lah dulu .Lambat lagi waktu kelas." Medyna mengeluh dan duduk di salah satu kerusi gaming yang ada . Entah kenapa dia tertarik dengan soalan yang bakal diajukan oleh Harith .
"Kau pernah join MMA kat UK tahun lepas ke?" Soal Harith musykil .Dia pernah ternampak muka gadis itu dilaman web .Medyna adalah wanita pertama dapat melakukan ujian dalam masa yang singkat. Tapi sayang tak sampai 2 jam berita itu keluar di laman web tiba -tiba hilang seperti ada orang memadamnya .
Medyna memandang Harith tajam "Kau dapat mana berita ni?" Bukankah cerita tentangnya telah dipadam selepas tak sampai 3 jam berita itu disiarkan ? Ada lagi kah web yang menceritakan tentang dirinya .Tak guna .
Harith tarik senyuman sinis. "Aku antara orang yang sempat tengok . Asal kau tak masuk agency khas?" Soal Harith .Matanya tajam memandang muka Medyna itu .
Muka yang sangat mirip dengan orang yang berada dalam kisah silamnya .
"Bukan urusan kau dan tu bukan aku.Aku tak pernah pergi sekolah sebelum ni ." Balas Medyna . Matanya bak helang itu membalas renungan mata Harith . Dia tak boleh takut .
Seakan tersedar Medyna melarikan matanya .Medyna mengucap panjang .Penzinaan mata menatap mata lelaki bukan muhrim .
"Sejak aku tau pasal budak perempuan peserta MMA , aku selalu cuba untuk kaji tentang dia . Tapi usaha aku macam gagal." Keluh Harith .
Medyna mendiam .
"Aku musykil dengan berita tu .Sebab video yang dia tayang tu tunjuk perempuan tu betul -betul kuat sedangkan fitrah seorang perempuan adalah lembut ." Harith menyatakan teorinya.
"Stupid teori." Medyna tersenyum sinis. Medyna terus keluar dari bilik itu .Dia tidak mahu apa sahaja cerita tentangnya dibangkitkan . Kelas dituju .
"Medyn ,sampai mana dah berangan awak tu ?" Soal Cikgu Zack .
Medyna tersentak . Cepat- cepat dia menggeleng kepala. Syafiq yang berada di meja sebelahnya dijeling . Muka bersalah dilihat muak . Asal semua orang nak berbuat baik dengan dirinya ?
"Sekali lagi saya nampak awak berangan ,awak boleh bawak meja awak duduk luar kelas. "Amarah diberikan kepada Medyna .
Medyna hanya diam dan mengangguk.
Tiba- tiba kerusinya ditendang dari belakang .
Medyna memusing kepalanya melihat Harith .
"Balik nanti ikut aku ." Kata Harith perlahan .
Medyna hanya membuat pekak dan pusing semula kepala menghadap hadapan .
Sekali lagi kerusinya ditendang . Medyna hanya buat tak tahu . Dia cuba mengawal kemarahannya. Tapi kerusinya ditendang lagi -lagi dan lagi oleh Harith .
Medyna hilang sabar dan menghentak pennya kuat di atas meja membuatkan semua memandang dirinya termasuk cikgu Zack .
"Yes Medyn , awak ada tak faham kat mana -mana ka?"
"CIkgu saya tak nampak " Kata Medyna dingin .
Cikgu Zack memandang anak muridnya pelik . Tempat duduk Medyna bukan dibelakang sekali malah ditengah -tengah tapi kenapa gadis muda itu tidak nampak ."Awak boleh pindah duduk di tempat Nik seketika sebab dia tak masuk kelas harini." Cadang Cikgu Zack .
Medyna mengangkat buku dan alat tulisnya pergi ke meja hadapan sekali itu . Terlepas dari gangguan lelaki gila.
Syafiq yang melihat Medyna diganggu itu tidak senang hati .Medyna adalah seorang permepuan yang cepat marah .Apa lagi lelaki itu mahu sakitkan hati kakaknya itu . Syafiq mengeluh sendiri. Dia tiada lagi idea untuk melindungi Medyna.
"Kenapa kau kena kacau Medyn hah?" Soal Syafiq tak puas hati pada Harith . Lepas sahaja subjek Sains dengan cikgu Zack Syafiq terus bangun menyerang Harith .
"Woo kau asal ? Tak ada kena mengena dengan kau kan? so jangan sebuk." Harith menayang senyuman sinis .
Syafiq berang dan terus menarik colar baju Harith membuatkan kelas kelihatan sedikit kecoh. "Bila aku kata jangan kacau maksudnya jangan kacau .Aku tak suka bergaduh dengan orang. Jangan jadikan kau orang first aku buat musuh dalam sekolah ni." Syafiq terus menolak Harith menjauhinya .
"Dasar lelaki gila." Perli Medyna kuat sampai didengari kedua lelaki itu .
"Kau dah kenapa? Suka tengok orang bergaduh?" Tanya Harith kasar pada Medyna .
Medyna membuat pekak dan kembali menulis notanya . Seakan Harith mahu mencari gaduh dengan Medyna ,Syafiq pantas menolaknya jauh.
"Kau jangan cari pasal, Harith Farhan."
YOU ARE READING
You're My First
Teen Fiction! WARNING ! *! This Story contain a SELF HARM / FAMILY PROBLEM / MENTALHEALTH ISSUE *! Terdapat banyak ciri -ciri negetif di dalam cerita ini dan mengandungi konflik yang berat. *! Hanya rekaan semata -mata dari imaginasi penulis. ...