BAB 31

204 10 0
                                    

Medyna yang tertidur kepenatan dengan keadaan duduk dan kepala diletakan di atas sofa berbantalkan lengan diperhati lama. Wajah bersih milik gadis itu dielus perlahan. Cantik. Bulu mata yang lentik dan kening yang cantik tanpa perlu lukis disentuh penuh minat .Kini bergerak ke bibir munggil bewarna kemerahan  .Muka yang cukup sempurna dipandang . Bertapa untungnya dia sebagai lelaki memperolehi Medyna .

Medyna mengerlipkan matanya beberapa kali .Wajah diangkat memandang gerangan yang masih merenungnya .Mata yang kabur kian jelas. Tidurnya terganggu kerana mukanya bagai disentuh seseorang. 

"Morning princess." Sapa Harith ceria dengan sengihan di bibir.

"Dah pukul berapa ?" Tanya Medyna dengan suara yang masih serak. Badannya diregangkan .Sakit tidur dengan keadaan duduk, lenguh satu badan. 

"8 malam." Jawab Harith slamba.

Terbuntang mata Medyna. "8 malam?! Ya Allah lamanya Sofea tidur nasib cuti." Ayat terakhir diperlahankan. Malu jika didengari Harith.

"Sofea tak perlu masak harini. Han dah order makanan and dah sampai pun. Pergi mandi pastu tukar baju .Han tunggu kat bawah." Pipi Medyna ditepuk beberapa kali sebelum Harith bangun menggunakan tongkatnya untuk keluar dari bilik. Memberikan Medyna privasi untuk menukar pakaian.

Tidak tunggu lama .Tuala yang masih elok terlipat di dalam almari diambil dan dibawa masuk ke dalam bilik air. Tudungnya dibuka perlahan. Satu keluhan terbit dibibir Medyna . Wajahnya takut diangkat memandang cermin ,dia takut dengan kenyataan . Mampukah Harith menerimanya dengan kecacatannya? Medyna mengetap rahang dan menutup matannya . 

Suara merasuki akal warasnya  melakukan sesuatu diluar kawalan.

Selesai mandi membersihkan badan Medyna terus bergerak ke arah pintu.Pintu bilik ditutup rapat. Tangga dituruni dengan malas. Sampai sahaja di meja makan Medyna terlopong melihat makanan yang terhidang. Banyak gila !

"Sapa nak makan semua ni?" Tanya Medyna setelah duduk dkerusi berhadapan Harith .

"Siapa lagi kalau bukan kita berdua ,sayang. " 

"Makan sampai habis ek. Selagi tak habis Harith Farhan tak boleh bergerak kemana -mana pun." Arah Medyna .Wajah bersahaja Harith dijeling . 

"Baik, boss." Harith mengangkat tangannya dan diletakan di tepi kepala gaya seorang askar menerima arahan .

10 minit pertama mereka makan tanpa sebarang perbualan. Harith yang sudah bosan dengan keadaan yang bergitu sunyi itu berdehem kuat.

Medyna mengangkat wajah memandang Harith. Keningnya diangkat sebelah.

"Nak tanya Han apa -apa tak? Han bosanlah asyik diam je." Harith medengus perlahan. Air fresh orange diteguknya perlahan.

"MC sampai jumaat ja. Lepastu masuk balik sekolah. Tak sukalah jaga gate belakang sorang -sorang." Rungut Medyna. Spegetti di dalam mulutnya dikunyah perlahan penuh nikmat. 

Harith ketawa kecil. "Rindulah tu abang pengawas hot teman . " Usik Harith beserta sengihan nakal.

"Mangkuk ada tak? Nak muntah lah. Jangan perasan." Medyna menarik muka .

"Whatever lah sayang. Lepasni Han ada suprise nak bagi dekat Sofea so makan cepat." 

Medyna mengerutkan dahinya tanda tidak faham dan kemudian hanya membiarkan sahaja tanpa membalas. Makan tak boleh bercakap. Uhuk. 

Selesai membasuh pinggan dia dan Harith, terus tangannya ditarik dengan lembut oleh Harith. Tersentak Medyna secara tiba -tiba tangannya ditarik.

"Nak pergi mana ni. Sekejaplah orang nak lap pinggan baru lepas basuh tu ." Medyna menarik tangannya dengan perlahan dari genggaman tangan sasa Harith itu. Tarik kuat -kuat takut jatuh pulak pakcik tu sebab tak seimbang dengan kaki sebelah bersimen.

You're My FirstWhere stories live. Discover now