BAB 47

229 6 0
                                    

Sudah dua hari dari kes dia menumbuk kaca notice board. Pandangan pelajar sekolah itu pada dia tak usah dicakap mereka memandang Medyna dengan pandangan lelaki gatal. Prinsip utamanya selagi tiada yang kacau dia akan berdiam diri. Rakan -rakannya tidak lagi bercakap seolah mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

Bagus la tu. Baru dia nampak mana satu kawan dan mana satu lawan. Waktu susah seorang pun tak ada. Keputusan untuk tidak mempunyai rakan rapat atau lebih dikenali sebagai 'bff' memang amat tepat. 

Hari ini dia ditugaskan untuk meronda kawasan belakang jadi selepas meletakan beg sekolah di dalam kelas Medyna terus menuju ke kantin membeli air kotak milo untuk menjadi alas perut sebelum makan ubat dan kemudian pergi bertugas. 

Kawasan belakang bangunan kelas memang agak menyeramkan. Hanya cleaner sekolah sahaja banyak lalu lalang disitu untuk tugas mencuci. Medyna bersiul menyanyikan lagu . Harith ada perjumpaan dengan guru pengawas bersama beberapa orang pengawas yang lain mengenai iklan murahan itu. 

Telinganya peka dengan keadaan sekeliling. Bunyi derapan kasut menghampiri dirinya dari belakang. Bukan satu malah rasa lebih dari seorang. Medyna lekas memalingkan wajahnya kebelakang tepat tujuh orang lelaki dibelakang. 

'Tch, bodoh aku pakai kain harini. ' Kutuk Medyna dalam hati. 

"Kau orang siapa ? Bukan budak sekolah ni kan?" Muka bergitu asing bagi Medyna. Walaupun dia malas ambil tahu tentang pelajar disekolah itu tapi dia yang mencerap pelajar yang berkebolehan masuk ke dalam sekolah. Muka nampak samseng. Guard tak jaga pagar? Sekolah ni dikawal ketat. Tak pernah lagi ada lubang kes fly. Jadi dari mana mereka semua ini datang? Itu menjadi perseolan dalam kepala Medyna.

"Ni la perempuan viral buat khidmat ehem kan?" Seorang lelaki membuat langkah berani menginjak kehadapan menghampiri Medyna.

Medyna kebelakang setapak. Dia boleh lawan tapi dia sedang pakai kain. Agak rumit untuk dia berlawan semula. 

"Keluar, ni bukan tempat korang." Arah Medyna tegas. 

Mereka pandang sesama sendiri sebelum hilaian tawa meletus dari bibir masing -masing. 

"Aduhh ni abang tak kuat. Sayang garang sangat ." Lelaki yang bermisai itu mula ingin menyentuh muka Medyna tapi cepat ditepis.

"Kau salah orang , bastard." Medyna memulas tangan lelaki bermisai itu dengan kuat kebelakang dan menendang perut lelaki itu sehingga dia jatuh kebawah. Kaki memijak kuat kepala lelaki itu. 

"Nak rasa lagi tak yang lain? Adik sudi bagi rasa dengan besar hati." Kata Medyna mengejek. 

Lelaki berkulit sawo matang datang ke depan berhadapan dengan Medyna .Tudung yang dipakai Medyna ditarik ingin dibuka secara paksa tapi sempat Medyna menendang lelaki itu. 

"Aku tak suka orang sentuh tudung aku!" Medyna menolak kuat lelaki itu kedinding. Pipi lelaki itu ditumbuk melepaskan geram berulang kali. Tangan yang masih luka berbalut diabakan sakitnya. Dia paling pantang orang cabar melalui auratnya. 

"Mati! Mati!"  Yang lain sudah lari meninggalkan lelaki berkulit sawo matang itu sahaja dibelasah Medyna.

"Ya Allah Miss! Mati dia nanti. Mengucap Miss." Fateh menarik kuat lengan Medyna yang berlapit baju sekolah menjauhi lelaki itu. Muka Medyna penuh darah kesan percikan dari tumbukan bertubi-tubi di muka lelaki berkulit sawo matang yang cuba mencabar dirinya. 

Anis mengesan nadi. Resah mukanya apabila mendapati degupan jantung amat lemah. "Fateh call ambulans !" Medyna yang baru sedar akan tingkah lakunya sudah menggigil ketakutan. Tangan dilekapkan pada telinga. Dia hampir membunuh.

"Miss jangan risau. Kami tahu miss luar kawalan. Tak ada siapa perasan sekarang ni. Nanti ambulans datang miss ikut sekali rawat tangan miss yang luka tu. Jangan risau kami back-up miss." Anis cuba menenangkan Medyna walaupun dalam hatinya sudah tidak keruan memikirkan nasib mereka jika lelaki itu mati.


Kecoh satu sekolah apabila mendapati ada ambulas yang masuk tapi tiada siapa yang tahu siapa yang sakit atau dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans tersebut.

"Siapa yang tak hadir hari ni?" Tanya Cikgu Zack .

"Medyn." Jawab Jamal iaitu rakan sekelas mereka. 

Harith mengerutkan dahi. Dia datang bersama Medyna pagi tadi tak mungkin Medyna tak datang. Wajah Syafiq dipandang meminta kepastian tapi masih sama dengan riaknya tidak tahu.

"Cigu dia datang. Saya nampak dia pagi tadi dan ni beg dia ada." Jawab Reysha yakin. Mereka ada bertembung pagi sebelum Medyna keluar dari kelas.

Cikgu Zack mendapat panggilan telefon dari seseorang. Harith hanya memerhati gerak geri guru lelaki itu. 

"Takpa .Dia cuti harini. Nanti Harith kamu hantar beg dia masuk bilik pengetua ya?" 

Mereka terdiam.

"Mesti tengah layan jantan tu cikgu. Satu sekolah dah tau sevice murah dia tu." kutuk seseorang.

Kyle yang menjadi perhatian angkat bahu "Betul kan? Sekarang perempuan tudung labuh bukan boleh percaya pun." Dia menambah bara dalam hati Harith dan Syafiq. Merah mereka menahan marah yang meruap. 

"Jangan tuduh sebarangan. Boleh jatuh fitnah. Buka buku sekarang." Cikgu Zack memberhentikan. Kalau dibiarkan ada jugak yang bertumbuk nanti. 

Bunyi sahaja loceng waktu rehat semua pelajar berpusu -pusu menuju ke cafe sekolah. Kyle dengan senang hati ingin keluar dari kelas tapi dihalang oleh dua orang dihadapan pintu.

"Wow abang long turun kawasan. Wassup cousin." Kyle menghulurkan tangan ingin bersalam tapi hanya diendahkan dua lelaki itu.

"Okey okey cousin belagak." 

"Mana Medyn?" Tanya Harith dengan tegas.

Kyle mengerutkan kening seketika sebelum satu senyuman sinis terbit dibibir merah merkah milik lelaki itu. "Tengah kena ngap kot ." Tangan dimasukan ke dalam poket seluar dan dia bersandar di tepi pintu. Layan drama jap.

"Apa maksud kau?" Tanya Syafiq pula.

"Tadi ada lima orang lelaki ikut dia bertugas belakang bangunan .Ops terlepas." Serta merta satu tumbukan melayang pada muka Kyle.

Syafiq sudah berlari menuju ke pejabat. 

"Jadi apa -apa dengan isteri aku .Sumpah aku bunuh kau."

Pintu bilik pengetua dikuak kasar. Dua orang pelajar yang sedang menunggu kena hukuman rotan itu memandang sama ke arah pintu. 

"Ada apa Syafiq? Harith?" Mata Syafiq digerakan ke arah dua orang pelajar lelaki itu. Puan Rahmah yang mengerti menyuruh kedua lelaki itu pulang ke kelas semula sementara dia sedang ada urusan bersama Syafiq dan Harith.

"Medyna." 


Medyna yang baru tiba di rumah selepas memberi keterangan di balai polis. Dapur dituju ingin meneguk air kerana dia kehausan selepas seharian diluar. 

"Eherm" 

'Mati aku' Wajah tampan dua lelaki berhadapan dengannya. 

"Aku tak rasa nak cerita sekarang. Harap korang faham. Aku penat." Medyna terus menapak ke arah tangga memasuki bilik tidur.

"Kita tak cakap apa -apa lagi pun." Kata Syafiq kegeraman.

"Biarlah dia rest dulu. Lagipun kita tahu cerita sebenar dah cuma bukan dari mulut dia je. Aku masuk bilik dulu nak tidur. Ngantuk layan kau." Bahu Syafiq ditepuk perlahan sebelum mengikuti langkah Medyna masuk ke dalam bilik. 

Selepas mendengar keterangan Puan Rahmah masing -masing berasa lega kerana Medyna tidak diapa -apakan oleh lelaki -lelaki itu. Jadi Syafiq mengikutinya balik kerumah ingin bersama menunggu Medyna pulang dan mendengar penjelasan dari mulut Medyna sendiri. Dari balik hingga ke malam mereka bermain game mengisi masa lapang bersama. With brother-in-law .


l dont know why tapi story ni makin merepek.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 15, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

You're My FirstWhere stories live. Discover now