Cahaya putih menyapa mata Medyna . Matanya ditutup semula , dia tahu dia dimana .Cukup bau yang dihidunya menyatakan dimana keberadaanya sekarang.
"Sofea awak dah bangun?" Tanya doktor Jannah.
"Asal kau ada dekat sini? " Tanya Medyna terkejut .
Doktor Jannah senyum sendiri . "Saya kan misteri , mana ada awak disitu ada saya ." Kata doktor Jannah bergurau .
Medyna membuat roller eyes . Menyampah .
"By the way awak jangan risau family awak tak tahu pon awak masuk hospital ni kecuali Syafiq ." Jelas doktor Jannah .
Medyna mengangguk tanda faham . Baguslah tu .
"Apa awak buat semalam? " Tanya doktor Jannah .
"Aku buat apa?" Duga Medyna terhadap doktor muda itu .
"Sebab luka pada leher awak tu hampir buat awak hilang nyawa tau .Saya dengar luka tu sikit ja mula -mula kenapa pagi tadi jadi teruk?" Doktor Jannah cuba memerangkap Medyna dengan soalan supaya Medyna menceritakan semua yang berlaku pada dirinya.
"Jangkitan kuman ." Jawab Medyna bersahaja. Dia tak boleh menceritakannya.
"Kuman tu boleh berjangkit dengan bergitu cepat ek? sampai luka tu boleh double . Saya kena rekod ni." Doktor Jannah mengeluarkan buku nota kecil untuk menulis.
"Jangan kenakan aku boleh tak?" Soal Medyna tak puas hati .
Doktor jannah tarik senyuman "Awak tahu kalau luka awak tu kena nadi awak boleh meninggal? Luka kedua awak tu teruk tau sebab di tidak menggunakan benda tumpul tapi menggunakan pisau , betul?" Doktor Jannah mengeluarkan fakta yang mampu membuatkan Medyna terdiam .
"Macam mana kau tahu?" Terkeluar soalan itu dari mulut Medyna .
Doktor Jannah menggeleng kepala perlahan . Baginya Medyna adalah pesakitnya yang comel tapi penuh dengan luka yang berdarah . Walaupun gadis dihadapannya itu kelihatan bengis ,dingin dan kurang ajar tapi di sudut lain gadis itu cuma mahukan sesuatu yang boleh membuatnya keluar dari dunia yang dia telah bina secara tidak langsung.
Doktor Jannah duduk di atas katil persakit itu . Kaki Medyna yang ditutup dengan selimut diusap perlahan .
"Awak antara pesakit saya yang special tau. Nak tahu kenapa?"
Medyna mengalihkan pandangan pada tingkap bilik .Dia tak mahu bertembung mata dengan doktor Jannah . Hatinya akan jadi tidak senang seakan dijentik dengan perasaan aneh.
"Sebab awak tak pernah tunjuk sisi gelab awak pada saya dan juga keluarga awak .Awak bersembunyi disebalik nama Medyn untuk menunjukkan sisi baru awak yang 100 % berbeza dari diri awak yang sebenar . Awak menyorok disebalik kenyataan yang besar .Awak tak rasa ka benda tu hebat ? Kekuatan awak sampai tak ada langsung orang tahu awak dibelenggu dalam kesakitan sampai luka luaran timbul . " Doktor Jannah berhenti untuk melihat riaksi Medyna .
Tapi wajah Medyna masih sama kelihatan kosong .
"Awak masuk untuk belajar mixed martial art untuk jadi diri awak yang baru dimana orang akan nampak awak lebih kuat dengan kekuatan fizikal yang awak ada, Sofea. Tapi hakikat awak adalah seorang perempuan ,seorang perempuan yang mempunyai hati yang lembut dan senang untuk menangis . Menangislah kalau itu sahaja jalan untuk awak keluar dari dunia awak .Saya ada dengan awak adalah sebagai seorang penyelamat untuk bantu diri awak keluar dari kegelapan awak. ." Medyna sebak . Hatinya sayu mengenangkan dirinya sendiri.
Doktor Jannah memegang tangan Medyna . Mata Medyna masih tidak lepas melihat tingkap yang berada di dalam wad itu ."Awak boleh keluar petang nanti , saya balik dulu ya? Ubat awak jangan skip . Nanti jangan lupa appoinment dengan saya kalau awak tak datang saya jadi hantu cari awak. Bye Sofea. " Doktor Jannah terus keluar dari wad yang menempatkan Medyna . Air mata yang ditahan oleh Medyna keluar.
YOU ARE READING
You're My First
Teen Fiction! WARNING ! *! This Story contain a SELF HARM / FAMILY PROBLEM / MENTALHEALTH ISSUE *! Terdapat banyak ciri -ciri negetif di dalam cerita ini dan mengandungi konflik yang berat. *! Hanya rekaan semata -mata dari imaginasi penulis. ...