Semalaman Medyna memikirkan semua yang baru berlaku dalam hidupnya. Kepalanya serabut. Harith yang berdiri disisinya dijeling sekilas. Mereka perlu berbincang.
"Aku tak nak kahwin dan aku akan beritahu daddy yang kita tak akan berkahwin ." Lancar perkataan itu keluar dari mulut Medyna .
"Kenapa?"
"Aku tak pernah rasa nak bercinta tambahan pula kahwin." Kata Medyna nekad .
"Tapi kenapa Sofea? Mungkin berkahwin diusia yang muda sedikit menyusahkan tapi kita boleh cuba kan?"
"I'm sorry ,I can't. It's too hard,Harith." Medyna memandang Harith dengan pandangan penuh makna .
"Bagi Han peluang , tolong ." Rayu Harith .
"Aku tak baik ." Jujur Medyna.
"Han pun tak baik ,Sofea. Han boleh terima Sofea."
"Kalau aku kata kata -kata cemuhan dekat aku itu betul ? Kau masih nak perempuan yang macam aku?"
Harith terdiam seketika. "I'm sorry. Han tak ada niat nak cakap Sofea macam tu .Waktu tu Han terlampau ikutkan baran marah Han .Han terima Sofea."
"Kau yakin ke sepanjang tiga tahu aku dekat luar negara aku masih Sofea kau yang bertutup litup macam dekat kampung tu? Kau yakin aku pergi luar negara aku tak liar macam orang perempuan barat sana? Kau masih nakkan aku ?" Soal Medyna mendalam.
Medyna merenung sepasang mata Hazel milik Harith. Ingin menantikan jawapan jujur yang keluar dari bibir Harith sediri.
"Setiap orang mungkin ada kisah silam tersendiri .Han terima Sofea."
"Kalau aku kata orang yang ada depan kau ni perempuan kotor ,perempuan jijik dan pernah kena sentuh .Kau masih nakkan aku?"
Terpancar riak terkejut di wajah Harith tapi cepat -cepat dia neutral kan kembali wajahnya.
"Insya allah .Han terima Sofea. Han tak akan pandang masa silam Sofea. Han juga masih terima Sofea."
Syafiq terlebih dahulu berbincang dengannya Soal Medyna semasa dalam perjalanan membawa Medyna ke hospital tempoh hari. Syafiq kata ,Medyna adalah perempuan yang rosak .Medyna bukan lagi perempuan yang dia kenal semasa dia berpindah ke luar negara dahulu .
Dua hari dia rasa bergitu kecewa dengan tindakan Medyna dan Syafiq . Ingin sahaja dia membenci Sofea tapi hatinya bergitu sakit apabila menidakan perasaan cinta terhadap gadis itu. Hatinya cepat sahaja berasa sejuk apabila mengingati seraut wajah beku milik Medyna .
Medyna ketawa sinis .Hanya dari mulut semua manusia boleh mengatakan mereka menerima tapi hati? Siapa tahu.
"Bodoh"
"Akak cantik tak baik mencarut. Mama kata berdosa." Hani menutup mulut Medyna dengan tangan kecilnya .
"Hani , ambil telefon abang Han pergi main dekat sofa . Abang nak cakap dengan akak cantik sekejap." Harith menyerahkan telefon bimbitnya kepada Hani lantas mengangkat tubuh kecil milik Hani ke arah sofa.
"Why Harith? Why kau tak rasa jijik dengan aku? Aku terlampau hodoh untuk dijadikan isteri."
"Han mungkin terlalu budak untuk berbincang soal hati dan perasaan tapi dengan nama Allah Han terima kekurangan Sofea. "
Medyna mengalihkan pandangan ke arah tingkap ."Aku sendiri terlampau jijik dengan kisah silam aku .Macam mana kau boleh terima perempuan yang begitu teruk seperti aku ni? Usia baru setahun jagung tapi dah ada kisah silam yang menjengkelkan."
"Istikharah. Hati Han yakin untuk pilih Sofea lepas Han buat Istikharah ."
**************
YOU ARE READING
You're My First
Teen Fiction! WARNING ! *! This Story contain a SELF HARM / FAMILY PROBLEM / MENTALHEALTH ISSUE *! Terdapat banyak ciri -ciri negetif di dalam cerita ini dan mengandungi konflik yang berat. *! Hanya rekaan semata -mata dari imaginasi penulis. ...