Bab 40

178 6 0
                                    

*TRIGGER WARNING !!!S*LF H*RM!  S**C*D* ATT*MT!!!*


You can skip this chapter if you feel triggered ! HAPPY READING!







"Kakak." Panggil Linda lemah .

Medyna memandang ke arah tempat dimana letaknya bom. Linda disitu! Medyna berlari ke arahnya. 

"Linda berjaya akak." Linda tersenyum kecil dan terus pengsan. Medyna melihat kearah tempat yang ditunjuk Linda. Medyna tergamam . Linda memotong wayar yang betul untuk ketiga-tiga timer bom itu. 

Terus Medyna mengendong tubuh Linda keluar dari gudang itu dengan segera. Sampai sahaja dipintu gudang .

POM!

Gudang itu terbakar dijilat api yang marak. Tubuh kecil Linda masih didakap erat. Linda mungkin sudah berusia sebelas atau dua belas tahun kerana disitu linda yang paling matang walaupun bertubuh gernit. Badan Linda ditutup dengan serpihan kain yang dijumpai. 

Terlampau mengaibkan untuk gadis sebesar itu.

"Glacies kau selamat!" Ahnaf terus berlari ke arahnya membawa kain dan beberapa peralatan mencuci luka dari tempat Medic.

Kain ditangan Ahnaf ditarik membungkus tubuh Linda. "Aku bawa balik budak ni." Kata Medyna tegas.

"Tak perlu . Mereka perlu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya." Tegah Ahnaf.

"Hantar dia ke hospital. Nanti aku ikut." Medyna membawa Linda hingga ke dalam ambulans. Tubuh Linda diberikan kepada seorang ahli medic perempuan.

"Tangan kau luka." Ujar Ahnaf.

"Bukan urusan kau. Aku nak balik rehat." Medyna terus pergi dari situ. Entah kenapa hatinya mengelegak waktu itu. Perasaan ingin mengamuk. Dia perlu lari dari pandangan orang luar.

Sampai sahaja di bilik hotel Medyna menutup pintu dengan kuat. Dia menumbuk dinding berulang kali melepaskan amarah yang datang secara tiba -tiba.

'Kau gagal jejak lelaki tu ,Medyn. Kau Gagal'

'Mati! Mati! Mati! Tak dapat kepuasan pun kau kerja selamatkan orang kalau hati kau tidak puas. Lepaskan semuanya.'

"Arghhh!!" Medyna menjerit kuat dan menumbuk cermin bilik hingga pecah. 

Baju anti peluru direntap kasar untuk dibuka. Pelitup muka dan tudung dibuka kasar. Medyna jatuh terduduk dibawah. Serpihan kaca dihadapannya dipandang lama. Dia sedang berlawan dengan suara hatinya ketika itu.

Medyna merengus kasar dan mengambil serpihan kaca cermin itu. Baju lengan panjang diselak menampakan lengannya yang sudah buruk dengan parut yang banyak disitu.

Medyna membenamkan serpihan kaca tersebut ke dalam kulit tangannya. Darah yang mengalir dari tanganya membuatkan dirinya tenang. Hatinya kosong. Medyna mencarik kuat serpihan kaca itu berulang kali pada lenganya sehingga dia puas.

Darah yang ada ditangan didekatkan pada bibir dan dijilat sekali. Darah pendosa yang inginkan kematian dengan cara tidak sepatutnya dan itu adalah Dia .

Medyna termenung sehingga tidak sedar hari sudah pagi. Kaca itu dibaling jauh. Sudah cukup luka yang dia lakukan.

Medyna membalut luka tersebut menggunakan bandage yang sentiasa ada didalam beg sandangnya. Medyna membuka pintu bilik. Terpanpam wajah tidak beriak Master di hadapan pintu. 

You're My FirstWhere stories live. Discover now