Penampilannya dicermin diperhati dalam .Seluar slack hitam berserta baju hitam dipadankan dengan jacket kulit hitam menyerlahkan kulih putih pucat milik Medyna.Satu senyuman sinis terbit dibibir munggil milik Medyna .Akhirnya dia dapat keluar dari hospital gila itu.
Mata Medyna beralih pada doktor Jannah yang masih terbaring di atas katil hotel itu dpandang simpati. 'I'm sorry doktor but you can't know about this .' Ubat tidur miliknya dijeling .Dia berjaya memasukan ubat tidur itu ke dalam minuman doktor Jannah semalam .Dose ubat yang agak tinggi membuatkan doktor Jannah masih belum sedarkan diri .Itu membuatkan kerja Medyna untuk keluar tanpa pengawasan doktor Jannah lebih mudah .
Petang semalam juga mereka berangkat ke Perth diikuti doktor Jannah .Kenapa doktor Jannah mengikuti mereka? Itu adalah syaratnya jika Medyna ingin keluar dari hospital itu dia harus ikut bersama bagi mengawasi tingkah laku Medyna kerana Medyna masih dalam pengawasan doktor.
Pintu bilik hotel dikuak perlahan .
"Dia macam mana?" Soal Ahnaf mendatar.
"Tidur .Jom."
"Wait, are you serious want to go?"
"Aku nak tengok dari jauh je. Jom, kau drive."
Kereta yang dipandu Ahnaf berhenti dibawah sepohon pokok besar berhampiran dengan sebuah rumah banglo dua tingkat .Jelas kelihatan ada sebiji kereta mewah berhadapan banglo itu .
"Siapa jemput dia?" Soal Medyna .Matanya masih tertancap pada kereta Range Rover warna hitam yang terletak berhadapan dengan banglo itu menantikan gerangan yang akan keluar .
"His Dad ."
Serentak dengan itu ada seorang lelaki bersuit membuka pintu kereta Range Rover .Medyna menerbit senyum sinis. Gotcha rahsia dah terbongkar ! Sorak Medyna dalam hati.
Ahnaf membuat muka terkejut .Seakan tidak percaya siapa yang berada dihadapan mereka. "Tu bukan.."
"Haah dia lah .Aku dah agak jantan tak guna tu anak dia ." Kata Medyna dingin. Tangannya dikepal penumbuk saat dua orng lelaki itu berpelukan .Emosinya cuba dikawal sehabis baik supaya tidak terjadinya perkara- perkara yang tak diingini .
"But apa yang ada dalam maklumat dia lain and macam mana kau boleh tahu ?"
"I'm not stupid .Aku tengok tanda lahir kat leher dia aku dah dapat agak dia siapa . " Kata Medyna mendatar .
"Lepas ni mereka akan balik Malaysia tapi bila aku tak tahu. "
"Okey .Awasi dia .Aku tahu dendam dia makin membuak bila keluar ni tambah pulak dengan bapak dia yang sama -sama gila tu. Jom balik aku penat." Medyna mengalihkan pandangan ke tepi .
Ahnaf hanya akur dengan arahan Medyna. Kereta dipandu menjauhi kawasan banglo itu .
Kenapa dia perlu hidup bergini ? Hidup dalam hasrat dengki manusia.
*********
"Malam ni I ada buat party untuk sambut my birthday . Jom?" Ajak Kyle.
"Er why malam? I tak keluar malam ." Medyna menayangkan muka bersalah .Bukan dia tidak sudi untuk pergi tetapi Syafiq tidak ada bersama kerana dia menyertai Art and Craft festival selama seminggu .
Kyle membuat mimik muka sedih. "You tak sudi datang parti I? Ala ramai ja kawan kita join .Jom la babe. Bosan la you ni. "
Medyna diam sejenak memikirkan adakah dia patut pergi atau menolak. Wajah muram Kyle dipandang kasihan. Kyle sahaja kawannya yang paling rapat dan fasih berbahasa Melayu selain Syafiq .
YOU ARE READING
You're My First
Teen Fiction! WARNING ! *! This Story contain a SELF HARM / FAMILY PROBLEM / MENTALHEALTH ISSUE *! Terdapat banyak ciri -ciri negetif di dalam cerita ini dan mengandungi konflik yang berat. *! Hanya rekaan semata -mata dari imaginasi penulis. ...