BAB 34

169 8 0
                                    

Pintu dikuak kasar oleh Medyna. Kakinya laju melangkah ke arah ruang tamu rumah agam itu. Syafiq dan Harith dibelakangnya tidak diendahkan. Perhitungan penting antara dia dan daddynya perlu diselesaikan segera.

 Fail ditangannya dihempas kuat ke atas meja berhadapan Tenku Shah.  Wajah Tengku Shah dipandang tajam.

"Daddy, apa semua ni?" Tanya Medyna dengan nada yang tertahan.

Tengku Shah angkat kening. Majalah yang dipegang diletak kembali di atas meja. 

"What?" Tanya Tengku Shah senada.

"Daddy dah gila ke? Kenapa masukkan jantan tu dalam sekolah Medyn!" Tanya Medyna keras.

"Medyna perlahankan suara. I'm your dad." 

"Apa jadi ni ?Medyn? Harith? Syafiq?" Dari dapur dia mendengar kekecohan  satu persatu wajah anaknya dipandang

 Tengku Melisa mengambil tempat disebelah suaminya. Wajah Medyna dan suaminya dipandang silih-berganti dan kedua-dua berwajah bengis ketika itu.Dalam hati sudah berdoa supaya tiada perkara buruk yang akan berlaku.

"Medyn tak nak kurang ajar dengan daddy dan tak nak selfish tapi dalam keadaan sekarang Medyn kena selfish. Sekolah tu hak milik Medyn, Medyn yang uruskan semua hal tanpa bantuan sesiapa pun. Sikit pun duit daddy Medyn tak mintak. So daddy tak ada hak nak masukan sesiapa pun dalam sekolah tu." Bentak Medyna 

Tengku Shah tarik senyum sinis .Tak sangka anak perempuannya itu datang semata-mata tentang itu. Tengku Shah menghadiahkan tepukan gemuruh buat si anak. 

"Serious Medyn sebab ni ja you nak marah daddy macam ni? You ungkit semua? oh my god daughter. Well Kyle tu cousin you kan. Dia dah sihat jadi tak salah daddy nak rapatkan balik hubungan korang bertiga. Benda yang dah lepas biarlah lepas. Kita buka buku baru?"

Medyna mengetap gigi kuat. Seakan tidak percaya apa yang dikatakan oleh daddynya sebentar tadi. Dia hampir mati disebabkan lelaki gila itu! Senang -senang daddynya suruh dia berdamai? 

"Abang?" 

"Daddy?"

Panggil Syafiq dan Tengku Melisa serentak. Mereka tidak salah dengar kan? Masing-masing terpana.

"Sia -sia je lah daddy bayar beribu dekat doktor suruh pulihkan Medyn kalau daddy sendiri nak Medyn mati dekat tangan jantan gila tu!  Arghh daddy nak Medyn mati ke hah?!" Suaranya naik seoktaf. Dia tidak mampu lagi mengawal luka dihati ketika itu.

"Dia dah pulihkan?! Daddy tak kira dia mesti duduk di sekolah tu sampai habis SPM. Daddy tak nak keruhkan lagi hubungan daddy dengan uncle you. Daddy malas nak bertekak dengan you. Naik atas rest .Malam ni family uncle Shahrin nak datang. Jangan berani -berani nak balik." Tengku Shah terus melangkah pergi dari situ. 

"Argh, daddy kejam! Daddy sengaja nak seksa anak daddy sendiri. Daddy dah tahu jantan tak guna tu hampir bunuh Medyn tapi daddy tak ambil tindakan langsung! " Bergema kuat suara Medyna.

 Syafiq dan Harith yang menjadi pemerhati juga telan air liur tidak mahu masuk campur. Selagi Tengku Shah masih waras tidak naik tangan pada Medyna mereka hanya membiarkan. Jarang sekali Medyna memberontak marah. Selalunya dia akan diam dan simpan segalanya terkunci di dalam hati.

Tengku Shah meneruskan langkahnya. Wajah si anak tidak dipandang. Kata -katanya juga tidak dibalas. Anaknya mugkin dalam keadaan tertekan. Sejujurnya dia tak nak bergaduh dengan anak perempuannya itu. Tapi ego seorang ayah menafikan semua itu. 

"Ouh sebelum telupa, Harith bawak isteri kamu naik atas .Jangan sesiapa berani nak keluar. Ini arahan bukan permintaan. " 

                                                                                  *********

You're My FirstWhere stories live. Discover now