Syafiq dan Harith yang masih berpakaian sekolah dihadapannya dipandang kosong .Mungkin Doktor Jannah yang menelefon mereka berdua supaya datang menjenguknya.
"Anything to explain? Sofea Medyna." Tanya Syafiq dingin.
Medyna diam .
"Macam mana boleh terlepas pergi Perth ? Cari apa dekat sana ?" Tanya Syafiq lagi. Kenapa gadis itu kembali lagi ke sana sedangkan tempat itu banyak meninggalkan kesan yang dalam padanya . Mungkin masih ada rahsia yang dirahsiakan oleh Medyna dari pengetahuannya ?
Harith merenung tajam Medyna yang sedang leka memintal tudung sarung yang dipakainya. Dia tak boleh terus memarahi tanpa bukti .
Syafiq mengeluh. Harith dipandang sekilas ." Maybe Harith nak ruang untuk bercakap dengan kau .Aku keluar dulu." Bahu Harith ditepuk perlahan sebelum keluar.
Harith menarik tangan Medyna mengikutinya ke arah sofa di penjuru bilik .Medyna hanya mengikuti tanpa suara. Mereka duduk bersebelahan .
"Sofea pergi mana?" Soal Harith senada.
"Somewhere."
"Keluar tanpa izin suami berdosa tahu? Nak masuk neraka ka?" Intonasi suara yang sama beserta pandangan tajam .
Medyna tersentap. Sebelum matanya dijegilkan besar. Dia guna kuasa?! Herh
"Sofea tak sihat lagi ,bahaya tahu tak ? Sofea bukan pergi dekat -dekat tau ,Sofea Keluar Negara." Perkataan keluar negara itu ditekan kuat bagi menyedari gadis itu.
"Orang bawak doktor tu sekali kan yang dia nak kecoh tu kenapa? Bukannya lari dari hospital ni." Kata Medyna bosan.
"Yang awak masukkan ubat tidur dalam minuman dia tu kenapa? Lepastu awak menghilang .Ubat awak pon tak makan malam tu kan?" Duga harith .
"Apa -apa je lah Harith .Aku penat lah .Aku baru ja sampai dah kena soal macam penjenayah. Aku nak tidur and kau dengan Syafiq boleh pergi balik sekolah .Hospital mental ni tak sesuai untuk orang yang sihat dan bijak macam korang, Sesuai untuk orang gila macam aku sahaja. " Kata Medyna kasar .Emosinya mungkin tak stabil .Perasaan sedih apabila Harith tidak memahaminya .
Apa yang kau nak? Kau harapkan Harith akan sokong tindakan luar kotak kau kan? Soal Medyna dalam hati .Tapi hampa dia seakan menyalahkannya .Tapi memang salah kau Medyna .Kau pergi sana tiba -tiba sahaja . Monolog Medyna sendiri.
"Han stay sini sampai Medyna boleh keluar."
Medyna tersentak. "Kau gila ke apa? Nak ponteng sekolah pastu tertinggal pelajaran sebab nak duduk dengan aku? Pentingkan pelajaran kau tu. Kau tu ketua pelajar tunjuk contoh.." Kata -kata Medyna terhenti saat tangan besar Harith menutup mulutnya .
"Diam sayang . Sejak bila jadi banyak cakap ni?" Harith ketawa kecil.
Muka Medyna memerah .Kenapa mukanya terasa panas secara tiba -tiba ?
"Wah dah pandai pakai blusher lah awak ni. " Pipi Medyna dicubit kuat.
"Auch ,sakit lah gila." Pipinya digosok perlahan. Medyna terus memeluk tubuh memandang ke arah lain. Merajuk!
Harith tersenyum kecil lalu duduk disebelah Medyna di atas katil wad itu.
"Ahad Sofea dah boleh keluar. Kita terus balik asrama ya? Sebab jumaat tu ada perkemahan untuk semua form 5. Awak wajib ikut ,sayang. Arahan suami tercinta." Kepalanya diletakan di atas bahu Medyna.
"Serious dah boleh keluar?" Tanya Medyna sedikit teruja.
"Ye sayang."
Medyna mencebik. "Don't call me sayang please. Nak muntah aku. Berat lah Harith kepala kau." Medyna cuba untuk menolak kepala Harith yang berada di bahunya tapi lelaki itu mengeras tidak mahu menginjak.
YOU ARE READING
You're My First
Teen Fiction! WARNING ! *! This Story contain a SELF HARM / FAMILY PROBLEM / MENTALHEALTH ISSUE *! Terdapat banyak ciri -ciri negetif di dalam cerita ini dan mengandungi konflik yang berat. *! Hanya rekaan semata -mata dari imaginasi penulis. ...