BAB 15

213 8 0
                                    

'I can't do this anymore doc .I'm sorry .' Pesanan ringkas dihantar kepada doktor Jannah . 

Sekarang dia berada di tengah -tengah jambatan Pulau Pinang . ya ,Jauh dia memandu . Dia nak mati dekat dengan ibu . Ibu yang tak pernah mengeluh menjaganya dari kecil.

Ibu maafkan Sofea. 

Pintu kereta dibuka dan Medyna menghampiri tebing Jambatan itu . Tiada kereta waktu itu kerana hari telah larut malam . Suara -suara di dalam kepala Medyna akhirnya dapat mempengaruhi kesedaran Medyna . Air matanya masih tidak berhenti mengalir. Dia sudah penat dengan semuanya. Dengan perlahan Medyna memanjat tebing jambatan dan berdiri di atasnya . Matanya ditutup rapat . Masalah akan berakhir Medyna . Terjun sahaja .

 Angin malam yang sepoi -sepoi bahasa menghempap wajahnya . Tanganya di angkat . Dia sudah bersedia untuk terjun . Semua tidak perlu lagi risau dengannya selepas ini .

Saat Medyna hendak terjun badannya ditolak ketepi oleh seseorang . Medyna membuka matanya . Harith dan Syafiq .

"KENAPA KAU TOLAK AKU?! AKU NAK MATI LAH ! " marah Medyna pada Harith . Badan Harith ditumbuk kuat banyak kali dan dia kembali ke tebing untuk terjun semula .

"Baby please jangan." Syafiq memujuk .

"AKU MENYUSAHKAN JA HIDUP . HIDUP MEMALUKAN KELUARGA DARI DULU .AKU LEMAH .TAK GUNA AKU HIDUP . KAU TAK PATUT ADA KEMBAR MACAM AKU .LIFE KAU AKAN LAGI SENANG MASA AKU MATI NANTI " Luah Medyna air matanya menitis kesal . Tudung yang dipakai sudah senget dan kelihatan anak rambut yang keluar .

Dengan perlahan Syafiq pergi ke belakang Medyna dan merangkut lehernya dengan kuat . Leher Medyna ditarik dan picagari di dalam poketnya dikeluarkan lalu disuntik ke leher Medyna dengan laju .

"Sampai hati kau buat aku macam ni." Medyna jatuh terduduk .Kakinya sudah mula lemah dan badannya kian lesu. Tidak sampai 2 minit Medyna jatuh terbaring .

Dalam hati Syafiq mengucapakan syukur .Doktor Jannah yang menghubunginya memberitahu Medyna mungkin hilang kawalan ketika itu syukur dalam kereta Syafiq ada trace yang dipasang kalau berlakunya kecurian . Sebelum dia datang menjejak Medyna sempat dia berjumpa dengan doktor Jannah dan doktor Jannah memberinya picagari jika terjadi perkara diluar kawalan . 

"Buka pintu ." Arah Syafiq pada Harith .

Harith juga mengikutinya menjejak Medyna kerana dia rasa bergitu bersalah denga Medyna . Ini semua salah dirinya yang dibelenggu perasaan marah . Nasi sudah menjadi bubur dan semua telah terjadi . Keputusan juga telah dibuat .Dia hanya menurut .

Medyna diletakan ditempat duduk belakang. "Kereta kau kejap lagi along datang ambil . Kau drive ." Arah Syafiq lagi . 

Harith tak banyak cakap terus memandu kereta balik semula ke Kuala Lumpur dan Medyna harus mendapat rawatan dengan segera. 

Sudah tiga hari dari kejadiaan itu Medyna dimasukan ke wad psikiatri bagi lebih senang doktor Jannah memantau keadaannya dan sudah dua kali juga Medyna telah membuat cubaan bunuh diri semasa di dalam wad itu . Medyna masih termenung seorang diri di dalam bilik wad sendiri . Jiwanya seakan -akan kosong. Tidak tahu perasaan yang harus digambarkan .

Daddynya langsung tidak datang melawat dengan alasan outstation luar kawasan. Syafiq sudah balik ke asrama semalam dan dia digantung sekolah selama dua minggu . 'malang nasib kau Medyna' disis Medyna.

"Assalamualaikum Sofea, keadaan awak macam mana sekarang okey?" Doktor Jannah duduk berhadapan Medyna . Muka bersih Medyna ditilik . Comel! 

Medyna membisu . 

"Awak dah tak nak kawan dengan saya ke ? Sedih nya." Dotor Jannah membuat mimik muka ingin menangis .

"Kenapa kau tak biar ja aku terjun waktu tu ?" Tanya Medyna senada . Matanya merenung doktor Jannah.

You're My FirstWhere stories live. Discover now