Dua cawan coffee diletakan di atas meja kecil di balkoni biliknya dan kerusi disebelah Harith diduduki .
"Thanks." Ucap Harith dan menghadiahkan senyuman kecil .Phone miliknya dimatikan dan berpaling ke arah Medyna .
Medyna hanya mengagguk ." Erm so nak tahu pasal apa?" Tanya Medyna .
"Kita mula balik dari mula boleh? Macam baru kenal .Kita lupakan apa yang pernah jadi antara kita?" Harith memandang Medyna dalam. Mengharapkan perubahan. Dia sudah menyesal dengan semua yang terjadi.
Medyna tersenyum sinis "Lupakan yang kau panggil aku perempuan murahan dua kali lepastu cakap aku tak ada maruah tu? Ouh herm boleh kot sebab memang betul."Kata Medyna kasar. Jangan harap dia akan mengubah panggilan antara mereka secara drastik ,hatinya mungkin masih sakit dengan kata -kata yang pernah dilontarkan Harith . Medyna menjeling Harith disebelah , kelihatan muka terkedu dengan bidasan Medyna .
"I'm sorry sebab cakap main lepas ja waktu tu ."
"Suka hatilah .Cepatlah kata nak kenal tapi buang masa dengan minta maaf." Sindir Medyna.
"Okey . Hai nama saya Harith Farhan Dato' Hakim .Berumur 17 tahun dan bersekolah di TSM Highschool . Hobi main bola sepak lepastu cita -cita jadi suami yang terbaik untuk Sofea Medyna. Last sekali ,dah ada isteri." Haith memandang Medyna dengan pandangan mengusik. Mata kanan dikenyip menambahkan rasa.Gituu.
Medyna hanya membuat roller eyes tanda menyampah ." Nama aku Tengku Sofea Medyna Austin binti Tengku Shah Austin . Dari nama kau dah tahu aku keturunan Austin yang tak pernah diiktiraf dalam family tu. Itu sahaja ."
Harith hanya diam .Disebalik kata -kata Medyna kedengaran suara hampa ." Now cerita apa patut Medyn cerita dekat Han. I am not a good advisor but Insyaallah I'll be a good listener for you. " Kepala Medyna yang masih berbalut tudung diusap perlahan tapi cepat ditepis Medyna .
"Jangan sentuh , aku tak selesa."
"I'm sorry. Now cerita ." Harith menarik tangannya kembali .
Dengan itu Medyna membuka semua cerita kisah hidupnya dari kecil sehingga dia meningkat remaja pada Harith .Cerita dimana dia mula bertemu dengan keluarga kandungnya dan bagaimana perasaannya menghidapi penyakit mental itu tapi sedikit pun kisah dia di Perth dahulu dia tidak menceritakan .Biarlah kisah hitam itu disimpan dengan rapi terlebih dahulu.
Harith mendengar dengan tekun dan tidak lepas matanya memandang wajah mulus milik Medyna. Tidak disangka Medyna bergitu muda untuk menerima ujian yang seberat itu. Walaupun luaran sering dilihat dingin ,beku dan sombong tapi siapa tahu disebalik semua itu dia menyembunyi keadaan yang sangat berat untuk ditanggung .
"Kenapa tengok macam tu?" Soal Medyna pelik. Mata coklat gelap milik Harith dipandang sekejap sebelum dia melarikan matanya kearah lain . Mata dimana sering melukai perasaannya dengan kata -kata cemuhan dan pandangan menjengkelkan.
"Macam mana Sofea boleh cerita tanpa menangis sedangkan benda itu menyakitkan?" Tangan Medyna ditarik perlahan dan diletakan diatas ribanya .Matanya cuba mencari mata Medyna .
Medyna tersentak .Selepas kejadian itu tiada siapa yang memanggilnya dengan gelaran 'Sofea' kerana baginya nama itu lemah dah hanya doktor Jannah dan ibu Liz yang memanggilnya dengan gelaran itu kerana dikatakan nama itu lembut sama dengan hatinya . Medyna merentap tangannya yang dipegang Harith kuat .
"Don't call me Sofea. Please" Bantah Medyna dingin. Walaupun sebelum ni ada juga Harith memanggilnya dengan felaran Sofea dia hanya mengabaikan kerana mencari waktu yang sesuai untuk membantah.
"Why ? " Soal Harith ingin tahu.
Mata Medyna tajam memandang Harith . "Sofea seorang yang lemah dan tersangatlah suci .Aku Medyna !Dua personaliti yang berbeza. Aku nak tidur ." Medyna terus bangun menuju kearah meja solek mengambil ubat tidurnya .Setelah ubat ditelan Medyna kembali kearah katil membaringkan badannya tanpa memandang Harith diluar. Hatinya panas .
YOU ARE READING
You're My First
Teen Fiction! WARNING ! *! This Story contain a SELF HARM / FAMILY PROBLEM / MENTALHEALTH ISSUE *! Terdapat banyak ciri -ciri negetif di dalam cerita ini dan mengandungi konflik yang berat. *! Hanya rekaan semata -mata dari imaginasi penulis. ...