Wajah pucat Medyna yang sedang terbaring diatas katil hospital dipandang kesian .Tangan putih pucat disentuh perlahan . Dia terpaksa kerana keadaan .
Ketika Medyna berlari ke arah dapur Syafiq telah memberinya satu picagari dimana itu adalah picagari yang sama semasa Medyna hilang kawalan ingin terjun dari jambatan tempoh hari. Mereka yang berada dimeja makan turut lari kearah dapur apabila mendengar jeritan Medyna . Tindakan drastiknya keluar dari rumah berlari ke arah pintu dapur untuk menyelamatkan Medyna berhasil . Dia telah diterangkan oleh doktor Jannah bahawa dose ubat yang disuntik sangatlah tinggi menyebabkan mangsa akan jatuh pengsan setelah beberapa minit ubat itu disuntik.
Picagari itu hanya digunakan oleh para doktor dimana jika keadaan persakit diluar kawalan tapi Syafiq diberi kepercayaan oleh doktor Jannah untuk memegangnya kerana seakan tahu Medyna mungkin akan berada diluar kawalan bila- bila masa sahaja.
"Assalamualaikum" Sapa Syafiq .
"Waalaikumsalam"
"Macam mana dengan keadaan Medyn ?" Soal Syafiq risau .Sempat matanya melirik kearah Medyna yang terdampar diatas katil hospital itu .
"Dia tak sedar lagi .Doktor Jannah kata mungkin dalam beberapa jam lagi baru sedar." Terang Harith .
"Aku dah sedar." Suara serak Medyna menyentakkan kedua lelaki itu. Serta merta mereka berlari ke arah Medyna
"Aku panggil doktor ye?" Belum sempat button di kepala katil ditekan ,tangannya di tolak oleh seseorang .
"Tak payah .Aku tak sedar berapa hari?" Wajah Syafiq dan Harith dipandang silih berganti .
"Dua hari ." Jawab Harith .
"Mana ibu?" Soal Medyna lagi .
"Erm daddy dah suruh ibu balik tengah hari tadi ." Jawapan Syafiq mengundang senyuman sinis di wajah Medyna .
Pintu yang dikuak mengalih pandangan mereka bertiga. Doktor Jannah datang bersama satu buku rekod kesihatan Medyna.
"Sofea awak dah sedar?" Satu senyuman dihadiahkan pada Medyna . Medyna tidak membalas malah memandang kearah lain .
Seakan faham dengan situasi itu Harith dan Syafiq meminta diri untuk keluar.
"Sofea awak dah tak nak tengok muka saya ya? Setiap kali kita jumpa mesti awak tengok tempat lain . Muka saya buruk ke?" Doktor Jannah duduk dihujung katil milik Medyna dengan senyuman yang tidak lekang dibibir. Tidak penatkah dokor muda itu senyum sepanjang masa? Menjadi persoalan dalam diri Medyna .
"Straight to the point doc .Berapa lama aku kena duduk dalam ward ?" Tanya Medyna kasar.
"Saya faham awak tak suka duduk di sini kan? Yang saya pasti sampai keadaan awak stabil baru awak boleh keluar."
"Kenapa kau nak kurung aku dekat sini? Memang aku dah tak boleh pergi sekolah macam orang lain?" Soal Medyna pada doktor Jannah .Matanya tajam memandang wajah doktor muda itu meminta jawapan.
"Saya percaya awak akan sembuh .Insyaallah lepas awak sihat awak boleh masuk sekolah kembali . Saya dengar orang tu dah kahwin? Tak jemput pun." Kaki Medyna tampar perlahan.
"Kesian kan dekat suami aku second day kahwin bini dah masuk hospital mental ." Medyna ketawa besar .
"Jangan ketawa macam tu .Saya tahu awak nak tutup luka disini." Dada Medyna disentuh. Ketika itu Medyna terus berhenti ketawa .Ya dia terlampau sakit .Sakit yang tak boleh diungkapkan .Siapa sahaja yang sanggup menjaga dan mengawal emosinya ?
Walaupun dengan mata kasar Syafiq selalu mengambil berat dengannya tapi siapa tahu di belakang Syafiq mengeluh penat menjaga? Mungkin juga Harith akan pergi meninggalkannya jika dia sudah penat melayan perasaan yang selalu berbolak balik ini ? Sampai bila lelaki itu akan bertahan?
YOU ARE READING
You're My First
Teen Fiction! WARNING ! *! This Story contain a SELF HARM / FAMILY PROBLEM / MENTALHEALTH ISSUE *! Terdapat banyak ciri -ciri negetif di dalam cerita ini dan mengandungi konflik yang berat. *! Hanya rekaan semata -mata dari imaginasi penulis. ...