"Mommy Medyn nak keluar ." Tangan Tengku Melissa di salam . Ya , sekarang dia berada dirumah keluarganya seperti perjanjian yang telah dibuat oleh mommynya untuk balik setiap hujung minggu di rumah .
"Sorang ?Tak ajak Syafiq?" Tanya Tengku Melisa aneh . Selalu mereka akan berkepit sahaja tapi sejak balik mereka seolah -olah sudah berenggang .
"Dia tidur." Medyna terus memasuki keretanya. Jam di tangan ditilik. Dia sudah lewat .Kereta Medyna meluncur laju membelah jalan raya yang sesak dengan kenderaan .
Sampai sahaja di salah sebuah cafe yang terletak di tengah -tengah pusat bandar Medyna mencari -cari kelibat seseorang .Ada seorang lelaki memakai topi mengangkat tangan apabila Medyna memandang kearahnya .Medyna membuka langkah ke meja lelaki itu dan duduk berhadapan dengan lelaki itu .
"Progress?" Tanya Medyna dingin .
" I don't think you'll like this ." Sampul surat coklat diserahkan pada Medyna.
Medyna mengangkat keningnya 'apa?'
"Profile of him." Balas lelaki itu .
Medyna membuka sampul surat itu dengan menggigil .Tak tahu perasaan apa yang ingin dia gambarkan saat itu. Satu persatu maklumat dibaca dengan terliti .
"Dia ada kena mengena dengan kes tu ke?" Soal Medyna pelik apabila membaca salah satu kertas yang menulis tentang maklumat lelaki itu .
"Yang tu aku tak berapa nak pasti tapi firasat aku kuat mengatakan ayah dia ada kena mengena dalam kes ni ." Kata lelaki itu serious .
Medyna berdecit perlahan. "Cari maklumat satu family dia .Jangan bagi satu maklumat pon tercicir. Aku tak rasa dia cuma nak jual ja ." Medyna berfikir sendri .
"Kau yakin kau nak handle kes ni sendiri tak nak bantuan? Kau masih dalam tempuh direhatkan." Tanya lelaki itu ingin kepastian . Bukan dia tidak tahu tentang tahap kesihatan Medyna yang makin merosot itu .Dia jadi sedikit risau apabila Medyna ingin memikul tugas seberat ini dengan kesihatan yang masih tadak stabil .
"Jangan risau sangat lah aku nak siasat ja bukan nak tangkap kan?"
"Last time kau kata kau nak siasat kau berkurung dalam bilik sebab trauma dengan kes -kes tu . ini lagi lah kes yang sangat berat and ada akan kaitan dengan kau . Kau tahu?" Terang lelaki itu panjang .
"Last case .Apa -apa nanti aku minta la bantuan. " Balas Medyna acuh tak acuh .Matanya masih lincah membaca maklumat yang tertera pada kertas itu .
"Jantan tu mungkin akan keluar beberapa bulan lagi ,Doctor yang rawat dia kata dia dah stabil ."
Medyna tergamam seketika .Maksudnya hidupnya selepas ini akan menjadi bahaya kembali walaupun berbeza negara. Tak mustahil dia akan kembali? "Safe the date .Aku nak tengok dia keluar dari hospital tu ." Mdyna tersenyum sinis . Tindakannya yang agak kurang bijak terlintas di dalam kepalanya . Dia nak tengok keadaan orang yang telah hancurkan hidupnya .
"Dude are crazy ?! No ,you can't." Tegah lelaki itu habis -habisan. Ini bukan cari jalan tapi cari mati .
Medyna tarik senyuman sinis ."I can go by my own .Bye ." Medyna terus melangkah keluar dari cafe yang menjadi tempat perbincangannya sebentar tadi .
Masuk sahaja di dalam kereta phone Medyna berbunyi . 'Doktor Jannah'
"Hello ,asal?" Tanya Medyna malas.
"Bila nak sampai ni? Appoinment awak pagi tadi tau. " Kedengaran suara lembut doktor Jannah menyapa telinga.
Medyna diam seketika ."On the way." Medyna terus memecutkan keretanya laju menuju hospital.
Kaca matanya dibuka dan diletakkan di seat sebelah . Mask hitam yang selalu bersamanya dipakai dan dirapikan menjadi kemas . Medyna berjalan memintasi beberapa orang di dalam hospital tiba -tiba matanya menangkap figura seseorang .Matanya dikecikkan dan HARITH ?! Dia buat apa kat sini ? Dia sakit ke? Medyna terus menyorok disebalik tiang yang ada mengharapkan Harith tidak nampak akan dirinya.
Semasa dirinya rasa seakan sudah selamat dia tidak sedar dia telah merempuah seorang budak perempuan yang datang ke tempat persembunyiannya .
"Argh ,kaki Hani ." Budak itu mengaduh kesakitan .
Medyna cemas .Kenapa tiba -tiba budak ni ada dekat dengan dia . Medyna menunduk melihat kaki budak perempuan itu . Budak perempuan itu mungkin pesakit di hospital itu kerana dia memakai baju hospital.
"Saya mintak maaf saya tak sengaja .Adik ada sakit mana -mana?" Soal Medyna .Tangannya cuba menyentuh kaki budak perempuan yang bernama Hani itu .
"Akak cantik boleh tak bawa Hani masuk bilik balik .Nanti abang sedar Hani tak ada dalam bilik dia marah ." Hani bersuara. Tangannya minta didukung ."Akak dukung boleh?" Hani senyum menampakkan gigi taringnya .
Di mata Medyna budak perempuan yang menggelar drinya Hani itu sangatlah comel . Dengan rasa janggal Medyna mendukung Hani masuk ke dalam wadnya kembali .Hani diletakan di atas katil . Muka Hani ni macam betul -betul familiar tapi di mana ya ? fikir Medyna.
Hani menyuakan tangannya ingin bersalaman ." Hani baru umur 5 tahun .Tapi Hani bosan lah sebab dekat hospital ni Hani tak ada kawan . Apa kata akak jadi kawan Hani boleh? " Hani membuat muka comelnya membuatkan Medyna tidak boleh tahan senyum .Dia akan kalah dengan budak -budak kerana mereka akan menggunakan kecomelannya .
"Akak tak tinggal dekat hospital ." Balas Medyna janggal . Kesian dia lihat muka bersungguh -sunguh melihat mlik Hani Hani .
Hani membuat muka pelik ." Minggu lepas bukan akak duduk dekat hospital ke? Hani pergi melawat akak . Waktu tu akak tidur. "Hani bercerita .
Medyn hanya mendengar . Jam tangan ditilik , dia sudah lambat nak berjumpa dengan doktor Jannah .
"Sorry Hani akak kena jumpa doktor sekarang ." Medyna terus menapak keluar dari wad Hani dan menuju bilik doktor Jannah .
Doktor Jannah yang berada di bilik fail menjenguk sedikit apabila pintu biliknya dimasuki seseorang ."Duduk Sofea." Doktor Jannah duduk kembali di hadapan Medyna dengan sebuah rekod kesihatan milik Medyna dan recorder.
Seperti biasa Medyna hanya mendiamkan diri semasa doktor Jannah mengajukan soalan .Bukan niatnya untuk tidak membalas tetapi mulutnya penat dengan penyataan yang sama setiap kali berjumpa doktor muda itu .
"Awak tak boleh diam macam ni Medyna .Awak tak nak sihat ke?" Bicara Doktor Jannah lembut .
"Bagitau aku bila ja aku sihat? Tak pernah kan so buang masa ja aku datang sini lepastu kena makan ubat semua tu." Kata Medyna sinis . Tangannya memeluk tubuh dan matanya tajam memandang doktor Jannah.
"Step by step la. Awak kan nak sihat . Sabar sikit mesti lepasni awak boleh sembuh sepenuhnya." Doktor Jannah tersenyum manis ." Awak boleh balik dulu tenangkan fikiran . Ubat jangan skip tau .Nanti ambil ubat dekat kaunter."
Medyna masih diam .
'Kau bodoh, kenapa kau makan ubat kalau kau tahu tu tak boleh sihatkan kau balik' 'Kau tak patut dengar cakap doktor gila tu ' 'Medyna kau kena kuat semangat ,lawan ' Suara yang bermain di dalam kepalanya bergaduh kembali membuatkan Medyna berasa amat marah .
"Buang masa."Pintu bilik doktor Jannah ditutup kasar . Medyna duduk di kerusi menunggu di kaunter .Dia lelah .Lelah dengan masalah yang dihadapi yang tak pernah habis .Patutkah dia ambil jalan untuk akhiri semua ini? Medyna terhenti dari berangannya saat namanya dipanggil untuk mengambil ubat di kaunter.
YOU ARE READING
You're My First
Teen Fiction! WARNING ! *! This Story contain a SELF HARM / FAMILY PROBLEM / MENTALHEALTH ISSUE *! Terdapat banyak ciri -ciri negetif di dalam cerita ini dan mengandungi konflik yang berat. *! Hanya rekaan semata -mata dari imaginasi penulis. ...