BAB 4

307 10 0
                                    

Sudah empat hari Medyna berada di rumah ibu Liz dan selama empat hari dia tidak tidur.Pintu kamar Medyna  diketuk dari luar menyentak Medyna yang sedang termenung di tepi katil. Kaca yang terbenam dalam kulit lengan gebu milik Medyna dicampak ke tepi. Tangan yang berdarah dibiar darahnya menitis.

"Sofea sayang , dah bangun ke ?"soal Ibu Liz. Ibu Liz cuba membuka pintu tetapi gagal .'Semakin hari semakin pelik perangai Sofea' itu yang dirasai oleh Ibu Liz sendiri. pintu diketuk lagi dengan sedikit kuat.

"Dah " Kata Medyna senada.

sejujurnya dia penat ketika itu. Dia takut untuk tidur dan mengambil keputusan untuk tidak tidur sepanjang dia berada di rumah ibu Liz pada waktu malam. Dia tiada pilihan lain dari mencederakan diri sendiri untuk kekal terjaga pada waktu malam. Adakah ini salah dirinya? Tidak . Ini cuma altenetif untuk kekal terjaga.

"Buka pintu sayang ,ibu risau dengan Sofea ." Ibu Liz setia mengetuk pintu bilik anaknya itu.

Medyna hanya diam. Kaca yang pecah dibaling masuk ke dalam tong sampah . Darah yang tumpah dilap menggunakan tisu dan tangannya yang tidak berhenti menghasilkan darah dibasuh dahulu dan dibalut dengan perca kain yang ada di dalam almarinya.

Sakit ditangannya tidak dirasai ketika dia sedang cuba untuk membalut itu. Dia tidak mampu berlawan dengan suara di dalam mindanya dan ketakutan yang dihadapi .Mata yang sembab dipandang lama kemudian disapu dengan bedak supaya tidak kelihatan .

"Ibu." Panggilku apabila tiba di dapur.

"Sofea okey sayang ?" Ibu Liz menarik  tangan Medyna lembut supaya duduk di meja makan.

Medyna hanya diam menahan sakit luka ditangannya yang berdenyut -denyut sedari tadi.

"Okey." Dengan terpaksa Medyna menayangkan senyuman kecil.

Ibu Liz terdiam .Dia tahu ada benda yang disorokkan oleh anaknya itu. "Sayang dah makan ubat pagi ni?" Dia cuba mengorek.

Medyna diam seketika . Matanya cuba dilarikan dari memandang anak mata ibunya ."Dah . Erm Sofea lapar la." Dia memegang perutnya dan terus mengambil sebiji karipap untuk dimakan. Walaupun dia tiada selera untuk makan.

"Tadi doktor Jannah call ibu. " Ibu Liz jeda sebentar untuk melihat riaksi anaknya itu.

Medyna hanya diam tanpa riaksi.

"Dia cakap Medyna tak pergi appointment dah seminggu . Syafiq call ibu selalu cari Sofea sebab Sofea datsng sini tak bawa semua ubat ." Air mata yang ditahan hampir jatuh . Perlahan -lahan tanganya memegang sebelah tangan Medyna. Baju lengan panjang milik anaknya disingsin ke atas menampakakn kain balutan yang kian bertukar menjadi warna merah  ditangan gebu milik anaknya itu.

Medya hanya terkaku.

 "ALLAH !" Ibu Liz menyentuh tangan anaknya  yang dibaluti kain.Kain itu sudah kelihatan warna merah kerana dipenuhi dengan darah .Air mata yang ditahan tumpah membasahi pipi. 

"Ibu tak marah Sofea tapi kita kena pergi klinik .Luka ni dalam." Pujuk Ibu Liz .Air matanya masih mengalir . Dia tidak mampu mengawal kecewanya pada waktu itu.

Sama sekali dia tidak menyalahkan Medyna  kerana mencederakan diri sendiri .Tapi hati ibu mana tak sedih melihat keadaan anaknya bergitu dan beberapa hari ini anaknya itu cuba menyembunyikan masalah tidurnya bagi berada bersamanya dan tidak membuat dirinya risau.

"Ibu jangan nangis . Sofea minta maaf ." Pipi ibunya disentuh. Didalam hati dia mengutuk dirinya sendiri kerana membiarkan ibunya menangis sebab kerja bodoh yang dia lakukan itu .Hatinya sakit melihat ibunya menangis tapi air matanya sedikit pun tidak tumpah. Dia cuba mengawal air matanya supaya kelihatan kuat .

You're My FirstWhere stories live. Discover now