BAB 27

185 10 0
                                    

Medyna hanya diam sambil memerhati kereta yang melintasi kereta milik Ahnaf. Telinganya sayup -sayup dapat mendengar bunyi sesuatu tapi masih kurang jelas. Matanya sebuk mencari arah punca bunyi itu .Bunyi yang bergitu perlahan membuatkan Harith dan Ahnaf mungkin tidak perasan. 

"Sofea , tengah buat apa tu?" Soal Harith pelik apabila melihat Medyna yang seakan tercari -cari sesuatu. 

Tiba -tiba Ahnaf membawa kereta sedikit laju  membuatkan Medyna dibelakang jatuh terbaring diatas tempat kaki." Aduhh." Kepala yang terhantuk dengan seat pemandu digosok perlahan. Sakit.

"Sorry. Ada kereta tiba -tiba brek mengejut dekat belakang tadi ." Ujar Ahnaf memohon maaf. Matanya masih fokus terhadap pemanduannya .Hatinya bagai dijentik perasaan tidak enak. 

Mata Medyna yang tadinya tertutup dibuka perlahan .Terbuntang matanya melihat sebuah objek separa besar di hadapannya. Bawah tempat duduk pemandu yang agak disorok dibawah pelapit kaki. Bagaikan waktu terhenti .Jelas dihadapan matanya sebuah objek dengan kiraan masa. 

"AHNAF ! a timer bomb in 20 seconds will explode !Stop the car now !" Jerit Medyna lantang. Lantas bangun menghentak kuat seat pemandu .

Ahanaf yang mendapat arahan secara tiba -tiba itu terus menekan brek kereta dengan kuat. Seakan brek tidak berfungsi apabila dia telah menekan beberapa kali tapi kereta yang dinaiki mereka masih dibawa dengan kelajuan yang sama. Brek kereta telah dipotong ! Nyawa mereka bertiga dalam bahaya .

 Harith berdecit perlahan ." Tak ada masa ! Lompat keluar dari kereta Sekarang!" Tali pinggang keselamatan dibuka laju dan terus membuka pintu .Kelajuan kereta yang masih laju tidak dihiraukan lagi .

Ahnaf menekan butang kecemasan bewarna merah sebelum kereta yang dipandunya dibawa laju ke bahu jalan dan terus melompat keluar dari kereta dan dalam kiraan lima saat kereta yang dinaiki mereka bertiga meletup dengan kuatnya menyebabkan ada beberapa kenderaan terdekat terkena tempias api letupan.

Medyna yang terlebih dahulu melompat keluar dari kereta tercampak agak jauh dari letupan. Hentakkan dikepalanya agak kuat menyebabkan matanya tidak mampu untuk membuka. Pandangan terakhir dia nampak ialah Harith melompat keluar dari kereta sebelum pandanganya kelam.

                                                                                         *********

"KES LETUPAN SEBUAH KERETA DI JALAN RAYA MENUJU IBU KOTA MASIH DALAM SIASATAN POLIS. TIGA ORANG MANGSA MASIH BELUM SEDARKAN DIRI." sebelum televisyen dihadapan ditutup. 

Syafiq berlegar -legar di hadapan wad kecemasan. Berita mengejut yang didengarinya di televisyen membuatkan dirinya hampir jatuh. Kemalangan melibatkan tiga nyawa .Dua lelaki dan satu perempuan. Letupan tragis melibatkan beberapa lagi kenderaan lain turut terkena tempias dan ada yang kehilangan nyawa. 

Pintu bilik kecemasan dikuak dari arah dalam. Seorang lelaki keluar masih berpakaian baju istimewa bilik bedah. Syafiq terus berlari anak mendapatkan lelaki itu .

"Waris mangsa?" Soal lelaki itu

"Saya adik ketiga -tiga mangsa." Balas Syafiq.

Doktor lelaki itu mengangguk ." Saya ada berita baik dan berita kurang baik. Berita baiknya ketiga -tiga mangsa selamat dan berita buruknya .." Terus tubuh doktor lelaki itu terdorong ke belakang apabila Syafiq bertinda agrasif menolak doktor lelaki itu kuat ke arah dinding. 

"Kau boleh tak straight to the point ! Aku tak ada masa nak dengar kau berfalsafah depan aku." Jerkah Syafiq berang. Tanganya diangkat tinggi ingin menumbuk wajah dihadapannya .

Puan Liz yang baru tiba di hospital disapa dengan wajah bengis Syafiq yang mahu melayangkan penumbuknya .

"Ya Allah Syafiq, sabar nak." Peluk seseorang dari arah belakang membuatkan Syafiq menjatuhkan kembali tangannya .

You're My FirstWhere stories live. Discover now