BAB 41

178 8 2
                                    

Harith menghempas badannya ke atas katil. Hari yang memenatkan keluhnya perlahan. Dari pagi dia tidak rehat ulang alik dari hospital ke rumah tambahan risau akan Medyna yang menghilang sejak dia balik dari sekolah semalam.

Mata ditutup rapat. Terbuai dengan urutan dikepala. Dia tahu siapa yang mengurutnya. Bibir melakarkan senyum manis. Selalu sahaja gadis itu menghilangkan diri secara tiba -tiba. Mereka jarang duduk bersama seperti seorang suami dan isteri.

"Mandi dulu Han. Dah nak maghrib ni." Medyna mengusap rahang Harith lembut. Rahang bersih tiada janggut malahan kumis -kumis. Harith selalu shave katanya kalau ada janggut tak boleh jadi opah Korea and dah tak hensem. Macam -macam.

"5 sminute please. I'm tired." Sengaja dilemah -lemahkan suara ingin bermanja . Eheks.

"No, dear. Nak Sofea mandikan?" Terus segar mata Harith. Dia terus duduk berhadapan Medyna dengan riak teruja dan tidak percaya. Peluang apakah?

"Nak ! Nak!" Jawab Harith riang persis kanak -kanak dapat gula -gula. Medyna menepuk kuat lengan Harith. Kalau nak menggatal laju je eh. 

"Jom cepat."

Selesai sahaja meng'amin kan doa yang dibaca Harith terus dia bangun melipat sejadah. Bibir dimuncungkan sedepa, Merajuk! Kaki dihentak -hentak kuat supaya dapat menarik perhatian Harith semasa dia ingin menyimpan telekung.

Harith tarik sengihan. Kopiah yang dipakai diletakan di meja tepi katil. Sengaja dia biarkan Medyna protes merajuk. Tak sengaja tertarik sekali mandi tadi. Highlightkan tidak sengaja TERtarik. 

"Minah merajuk ke tu? Muncung sedepa mintak putera raja yang lagi hensem ni cium ker?" Usik Harith. 

Medyna menjeling tajam. Kau panggil aku minah?! Kaki dihentak -hentak kuat hingga ke katil. Medyna menghenyakkan punggungnya kuat . Kepala dihempas di atas bantal. Selimut ditarik membungkus diri.

Harith ketawa. Kenapa comel sangat ni? Bini siapalah tu.

"Sayang bangun meh. Duduk bawah ketiak abang." Harith menarik selimut bagi menampakan wajah Medyna.

"Tak kuasa aku." Balas Medyna . Sengaja dibuat riak ingin muntah. Padahal wangi je ketiak Harith tiap malam menempel.

"Sayang bangun ,Han nak cuci luka kat tangan tu." Medyna terdiam. Lupa tentang luka torehan ditanganya. Tak sangka dia boleh lupa tentang luka itu. Medyna menyandar di kepala katil dan memberikan tangannya pada Harith.

Tangan kanan Medyna ditarik lembut. Balutan bendage yang sudah penuh dengan darah dibuka perlahan tanpa rasa jijik. Harith tahan kesian melihat teruk kesan luka itu. Sudah tidak nampak seperti tangan manusia. Tertutup kulit mulus gadis itu dengan parut yang memenuhi.

"Kalau geli it's okey Sofea boleh buat sendiri." Medyna tarik kembali tangannya apabila melihat wajah tidak sanggup Harith tapi belum sempat dia menarik Harith lebih pantas memegang dengan lebih kemas.

"Han nak cuci." Antiseptic dituangkan di atas kapas bersih dan menyapu dengan berhati -hati di atas luka Medyna. Medyna berdecit perlahan . Pedih gila! 

"Tahan sikit. Kalau tak cuci bersih -bersih nanti lambat sembuh. Tengok muka hensem Han insyaallah terus tak sakit" Harith mengenyip sebelah matanya sambil tangan lincah merawat luka Medyna.

"Ya Allah perasan gila." Medyna berdecit geram.

"I'm sad. Orang sepatutnya membahagiakan Sofea tak dapat halang Sofea buat luka ni." Harith mengeluh kehampaan. Perasaan yang terbuku dihati dapat diluahkan juga.

Medyna diam tidak tahu membalas. 

"You look fine but your ayes can't lie. I miss the old Sofea." Medyna mengangkat wajah memandang Harith.

You're My FirstWhere stories live. Discover now