BAB 3

331 11 0
                                    

"Bertuah punya budak , tiba -tiba ja sampai kenapa ni?" Sapa tak terkejut pukul 2 pagi ada orang ketuk pintu. Mahu sahaja dia call polis pada waktu itu .

Medyna menayangkan muka tidak bersalah "Rindu ibu. Minggu depan maybe dah nak sekolah takut sebuk nak jumpa ." Kata Medyna bersahaja.

"Macam mana seronok balik Malaysia?" Soal Ibu Liz mengangkat -ngangkat keningnya mengusik.

"Bolehlah." 

"Ha ni Syafiq mana ? Kalau tidak berkepit ja kamu berdua tu. Gaduh ke?" Tanya Ibu Liz . Lama dia tidak berborak dengan anak nya yang sorang ini.

Medyna tersentak . Dia tinggal Syafiq di mall semalam ! Macam mana boleh lupa. Muka tidak bersalah ditayangkan bagi menutup kesalahannya .Dia tak nak rasa bersalah! " Kalau Syafiq call ke semua call ka jangan cakap Sofea ada dengan ibu tau ." Pesan Medyna pada ibunya.

"Kamu ada masalah ka? Bergaduh dengan along ,angah? "Ibu Liz tanya prihatin .

Medyna koyak senyuman kecil. "Sofea nak rest kejap  dengan ibu ." Tanganya tua milik ibu Liz dicium penuh kasih.

Ibu Liz hanya menggeleng . Tak semua orang boleh tengok sisi manja Sofea ini .Maksudnya Sofea Medyna . Sekarang susah untuk melihat dia mengoyak senyuman bahagia selepas peristiwa hitam yang telah meragut senyuman anaknya itu . 

"Malam ni ibu meniaga di pasar malam .Sofea sayang nak ikut ?" Tanya ibu Liz.

"Boleh juga .Lagipun Sofea dah lama tak teman ibu." Medyna memandang redup wajah ibu Liz . Terpancar senyuman kebahagian wanita separuh abad itu. Selama dia tiada siapalah yang menjaga ibu Liz .Haihh. Wanita yang dianggap ibu kandungnya dari kecil walaupun dia hanyalah anak angkat keluarga ini. 

"Keadaan Sofea okey ? " Ibu Liz menggenggam erat tangan Medyna . Terasa getaran yang ada di tangan anaknya .

"Alhamdulillah okey tapi tak boleh kawal lagi ketar ni ." Bukan tidak cuba untuk berhenti shaking tapi tak boleh . Medyna senyum kecil. 

"Ibu doakan anak manja ibu ni baik -baik sahaja . Sayang anak ibu." Kepala Medyna yang berada di atas ribanya dicium penuh kasih sayang. Tubuh Medyna juga dipeluk .

"Jom ." Medyna mengunci pintu rumah .Kunci yang berada ditangannya disimpan ke poket hadapan palazo hitamnya .Jangan ditanya mana dia dapat baju .Habis tengah hari tadi dia memborong baju yang murah -murah di pasaraya ditemani ibu tercinta .Eheks. 

Kunci kereta yang sentiasa di tangan ditekan . "Ibu naik dengan Sofea tau ! Van biar abang Asyraf yang bawa ." Aku menarik tangan ibu dan membuka pintu untuk dirinya . 

Ibu Liz hanya menggeleng "Ibu tak biasa naik kereta mahal. Takut ibu dengan enjin kereta kamu ni." Kata Ibu Liz.

"Untuk ibu Sofea janji Sofea tak bawa laju -laju. " Toyota GTR miliknya membelah jalan kampung . Rata -rata yang memerhati terkesima .Tidak pernah orang kampung sini membawa kereta mahal .

Apabila tiba keretanya diparking dekat sedikit dengan lot kedai ibu Liz .Mask hitam yang dpakai untuk menutup mulutnya ditarik ke atas kembali bagi menutupi sebahagian mukanya .Topi juga dipakai . 

"Dah macam perompak ibu tengok." Ibu Liz ketawa .

"Sofea nak rompak  kedai laksa ibu malam ni. Jom nak merompak." Sofea memegang tangan ibu Liz ke tapak gerai milik Ibunya. 

Rata -rata yang ada dipasar malam memandang kami pelik. Ada yang sedang mengutuk dan ada yang sedang mengambil video .Mungkin untuk masukan dalam group viral kampung ? Mungkin juga . 

"Dah nak pukul enam . Sofea tolong ibu sediakan tempat air boleh?" Tanya Ibu Liz .

Medyna hanya mengangguk dan pergi ke arah van untuk mengambil bekas untuk membancuh air ." Sofea dah besar sekarang .Sehat?" Tanya abang Asyraf ramah .

Aku bukan tidak mahu bercakap tapi dia tiada mood untuk bercakap dengan sesiapa sekarang ni. Hanya Ibu Liz sahaja . "Alhamdulillah." .

Tong Air yang telah dibasuh itu Medyna menuang air yang berada dalam satu botol besar dan Memasukkan satu botol air gula yang telah disediakan ke dalam bekas air itu. 

"Apa nama kembar Sofea tuh ? Syafiq ?Fiq ? dia tak datang harini? "Abang Asyaraf masih lagi cuba untuk berbual brsama dengannya . 

Medyna mengeluh disebalik mask hitam miliknya itu. Satu sendok besar sirap dituang ke dalam air tersebut ." Dia bercuti." Medyna cipta alasan. 

Medyna lihat dari ekor matanya yang Abang Asyraf mahu menanyakan lagi soalan tapi cepat -cepat Medyna mengelat ."Ibu ,Sofea pergi ambil plastik ais batu dulu tau. Lori dah ada depan tu," Aku terus bergegas ke arah lori ais. 

Ibu Liz yang memerhati situasi itu menggeleng kepala. "Janngan diambil hati dengan budak tu ,Asyraf . Dia sekarang kurang cakap dengan orang . Trauma" cerita Ibu Liz.

"Trauma kenapa makcik?" Soal Asyraf 

"Tak apalah . Biarkan dia ."Seakan tahu dia tersalah cakap cepat -cepat Ibu Liz cuba menyibukan diri. Ibu Liz sambung memotong bahan -bahan eksesori yang hendak diletakan bersama laksa .

Hari menginjak malam .Jam menunjukan angka sebelas. Peniaga -peniaga lain mula berkemas -kemas . Ada beberapa orang makcik -makcik yang dia amat kenali datang ke kedai Ibu Liz. 

"Liz ,kau datang dengan siapa tadi? Besaq eh kereta dia ."

"Satu kampung boleh dengar enjin kereta tu."

"Anak sapa pulak kau buat anak angkat ,Liz" Soal makcik -makcik itu sambil memerhati gerak geriku menyusung meja dan kerusi ke dalam van. 

Ibu Liz senyum kecil. "Korang tak balik lagi ka? Dah nak malam ni .Aku nak kemas -kemas dah." 

"Eleh kau ni ,berlagak .Mentang -mentang dapat rasa naik kereta mewah." Kata Makcik Ina ,mata nya tak lepas memandang Medyna .

Medyna yang tidak mahu ibunya di tuduh bukan -bukan lagi terus pergi ke arah ibunya ." Jom balik ibu." Medyna memeluk tangan ibunya .

"Lah ,kau ke Sofea .Kaya kau sekarang ye ?Duit jantan mana kau pakai beli kereta mahal tu. Kau kan baru 17 tahun ." Kata makcik Ina pedas. 

Mata aku memandang tepat kewajahnya .Mulut minta dicili makcik ni .Aku diam membisu bergitu juga ibu Liz .Masing -masing menanti tuduhan yang bakal diterima lagi.

"Kau nih Sofea tinggalkan mak kau ikut si anak Tengku tu kenapa ? Tak reti jaga maruah dia ke. Yelah walaupun sebagai anak angkat tapi kau kena bersyukur sebab ada orang nak jaga anak haram macam kau ni . Ingat tu .Mak kau ni tinggalah sebatang kara .Kau sedap dengan duit budak Tengku tu.Yang kau duduk Kolumpur tu entah jadi apa di sana." Sungguh pedas kata -kata yang dileparkan oleh makcik Milah .

perasaan geramku menebal .

Pang. 

Meja dihadapan kami aku ketuk kuat .Mata helang ku memandang susuk tubuh mereka bertiga ." Jangan sebuk tepi kain orang. Jaga anak perempuan mak cik sudah. Jom ibu. " Tangan ibunya ditarik lembut menuju ke arah kereta.

"Sofea , kenapa cakap macam tu ? Ibu tak pernah ajar Sofea biadap ." Kata Ibu Liz dengan lembut.

"Sorry ibu Sofea tak boleh control." Kata Medyna senada . Dia tiada mood untuk bercakap dengan sesiapa.Sampai sahaja di rumah dia terus masuk ke dalam  bilik untuk menunaikan solat isya' . Beg tangan yang aku bawa bersama semasa datang kerumah ibu diambil. 

Dalam hati Medyna menyumpah diri sendiri. Macam mana dia nak bertahan kalau ubat dia tak bawa? Matanya dipejam seketika apabila memori hitamnya cuba menyergah minda cepat -cepat dia membuka mata . Tanggannya menggil kuat. 

Aku tak akan boleh tidur tanpa ubat ! 

Medyna mengambil keputusan untuk keluar menenangkan fikiran pada waktu malam.

Hoddie hitam dipakai dan dipadankan dengan seluar slack hitam . Kunci kereta diambil . Perlahan lahahan dia membuka pintu rumah persis perompak. 

Dia harus mencari ketenagan !

You're My FirstWhere stories live. Discover now