BAB 17

207 7 0
                                    

Harini Medyna dan Harith perlu pergi fitting baju di butik Tengku Melisa . Tudungnya dirapikan sebelum purse dan phonenya diambil .Medyna menuruni tangga dengan riang .Harap tiada lagi yang boleh merosakan moodnya .

"Nak pergi mana?" Tanya Tengku Shah .Medyna mengalihkan muka  memandang daddy nya yang tengah makan sarapan pagi .

"Butik mommy ,fitting baju dengan Harith ." Balas Medyna bersahaja.

"Jangan buat maksiat pulak dalam kereta .Kamu berdua tu belum halal lagi .Jaga air muka daddy." Pesanan daddynya itu merentap jiwanya kuat ,sakit dan terlampau sakit . Moodnya hancur serta merta .

"Insya allah ,Medyn masih ingat pegangan agama yang Ibu pernah ajar dulu . Assalamualaikum." Medyna terus berlari keluar ke kereta Harith .

Tengku Shah terdiam . Dia sudah salah cakap dan bukan niatnya untuk menuduh tapi haih . Susah diungkapkan .

"You're late " Medyna menjeling Harith .

"I'm late sebab di.." Kata -kata Harith dipotong dengan tindakan Hani yang melompat dari belakang ke atas riba Medyna .

Medyna terkejut seraya tertawa kecil . "Hai ,cutie " Medyna menarik pipi tembam Hani .

"Hye pretty .l'll be your personal assistant today so are you okey now?" Soal Hani polos.

"Yes Miss Hani . Sebelum jadi doktor awak tu pergi duduk belakang pakai seat belt . Bahaya lah duduk depan ramai -ramai " Hidung Hani dicuit manja .

"aye-aye boss." Hani kembali ke tempat duduk belakang kembali . Harith yang memerhati ketawa kecil comel cara Medyna layan Hani .

"Apa gelak -gelak? Jalan lah." Medyna membetulkan suaranya. Malu dilihat sebergitu.

Sepanjang perjalanan mereka hanya melayan telatah Hani yang banyak bercakap itu .Kalau orang luar nampak mungkin sudah di lebel keluarga bahagia . 

"Hani sayang kita dah sampai ." Medyna membuka seatbelt yang dipakai Hani dan mendukungnya . 

"Meh aku dukung ,Hani ni berat kesian kau." Harith menarik Hani dari dukungan Medyna dan berjalan dahulu meninggalkannya terpinga -pinga .

"Hey ,Hani slim okey tak gemok pon ." Hani telah membuat muka cemberutnya ingin merajuk .

"Hani tak kesian akak cantik? Dia kan baru keluar hospital .Kesian dia." Kepala Hani digosok perlahan .Medyna yang disebelah dijeling .

"Kau memang tak ada baju lain ek? Menyeramkan lah semua hitam ." 

"Suka hati lah .Sebuk." Medyna menjeling menyampah.

"Sampai pun kamu berdua nih ,meh masuk ." Mommy membuka pintu luas .Medyna terus masuk dan duduk di atas sofa yang disediakan .

"Tengku dan Cik Harith nak tema warna apa?" Tanya pekerja Tengku Melisa seraya tersenyum manis.

"Hitam ,Putih !" Jerit Harith dan Medyna serentak .

"Ada ke orang akad nikah pakai baju warna hitam ,Medyna? " Soal Tengku Melisa. Anaknya yang satu itu terlampau obses dengan warna hitam. 

Medyna terdiam sebentar memikirkan tema apa yang sesuai dengan mereka. "Harith ada cadangan?" Harith tersenyum kekok . 

"Akad nikah selalunya orang buat putihkan? So akad nikah putih nak?" Harith menanya pendapat Tengku Melisa.

"Akad memang orang pakai putih and mommy dah ready dengan beberapa design yang minimalis sesuai dengan baby. Cuma reception ja so pilih dua colour and decide nak buat tema apa . Mommy pergi belakang jap nak amik design baju nikah." Hanya tinggal mereka berdua kerana awal- awal lagi mommynya mengajak Hani ke belakang .

"Aku nak hitam." Putus Medyna

"Ingat majlis berkabung?" 

"Suka hati la. Aku yang nak pakai." Medyna tak nak kalah.

"Okey boleh so majlis belah family aku warna pink." Harith sengaja ingin menguji Medyna kerana dia tahu dari kecil Medyna amat membenci warna pink .

Medyna membuat muka geli ." Aku tak nak kahwin." 

"Kalau tak nak kau kena tukar colour." Putus Harith .

"Kau nak tema apa?" Soal Medyna.

Harith menayangkan senyuman kemenangan. 

Medyna hanya akur . Hampir dua jam mereka bergaduh memilih warna dan tema majlis dan riuh satu butik dengan suara mereka bertekak walaupun majlis resepsi akan dilakukan selepas tamat persekolahan.

"Abang and kakak cantik I'm hungry." Hani memegang perutnya . Harith menepuk dahi , dia lupa kehadiran Hani . Jam ditilik sudah menunjukkan waktu tengah hari .

"I'm hungry too. Kesian Hani dapat abang yang memilih macam perempuan ni." Medyna mencuit pipi Hani .

"Kahwin sekali ja seumur hidup . Dah la jom pergi makan tapi kau belanja." Harith tayang senyuman manisnya pada Medyna .

Medyna hanya menggeleng ." Mommy ,Medyn pergi dulu ." Tangan mommynya disalam .

Tengku Melisa menarik senyuman kecil." Hati -hati ." Kepala Medyna yang berlapit tudung digosok pelahan .

Medyna hanya mengangguk .

Mereka memilih untuk makan di salah sebuah restoran masakan kampung . Medyna yang sedari tadi meriba Hani yang sedang tidur dipandang lama oleh Harith tanpa disedarinya . Medyna mengangkat muka dari memandang ke arah phonenya apabila rasa diri diperhati . 

Gulp .Harith sedang merenungnya . "Eherm .Free ja dapat dosa zina mata." Medyna mengeluarkan ayat pedasnya . Tak malu tengok anak dara orang?

"Sorry . By the way tak berat ke kau riba Hani ? Meh aku riba dia pulak ." Harith menawarkan diri.

Medyna menggeleng laju. 

"Lepas kita erm kahwin nak duduk dengan family ke sendiri?" Soal Medyna segan tambahan pula menyebut perkataan kahwin.

Tak sempat Harith menjawap hidangan yang mereka pesan tiba . Harith menghadiahkan senyuman pada pelayang itu dan kembali memandang Medyna .

"Week day duduk asrama macam biasa and weekend balik rumah aku atau gilir -gilir balik rumah family , tu terserlah pada kau . Aku ikut je mana yang kau rasa selesa." Makanannya dimakan .

"Kau ada rumah?" Soal Medyna lagi.

Harith mengangguk ."Papa bagi tapi maaflah kalau kau tak selesa nanti sebab tu rumah biasa ja and aku jarang balik situ ." 

"Sokay , asalkan tak menyusahkan daddy tu pun dah cukup." Kata Medyna perlahan tapi masih jelas didengari oleh Harith. 

"Apa? Aku tak dengar?" Tanya Harith pura -pura dan muka polosnya ditayangkan .

Medyna menggeleng laju . Nasib tak dengar.







You're My FirstWhere stories live. Discover now