Majlis akad nikah secara kecil -kecilan hanya diadakan dirumah .Cukup memanggil saudara terdekat atas arahan Medyna sendiri .
Medyna berdiri di hadapan cermin baju kurung moden yang simple dihiasi dengan manik -manik Swarovski ciptaan Tengku Melisa dipandang kagum . Muka yang tercalit makeup tipis disentuh perlahan . Tak sangka umurnya semuda ini akan menjadi isteri tak sampai beberapa jam lagi . Selepas ini dia kan memikul tangungjawab yang besar sebagai seorang isteri. Bersediakah dia ? Dengan keadaan mentalnya yang tidak stabil .
Medyna mengeluh dan kembali memandang cermin .
"Hey termenung apa lagi tu?" Medyna terus berpaling ke arah pintu apabila ada suara menyapa telinganya .
"Kau buat apa dalam ni? Kan lelaki kena tunggu luar ke?" Soal Medyna polos.
"Nak lepas rindu .Lepas ni dah tak boleh tidur tengok movie sekali dah. Nanti kau mesti akan berkepit dengan suami kau lepastu kau tinggal aku yang dah sememang -memangnya single ni." Kata Syafiq berjauh hati . Mungkin bagi Medyna ayat dia hanya gurauan tapi tidak baginya ,dia benar -benar memaksudkannya . Medyna seorang sahaja kawan perempuannya dan dia akan rindu saat bersama kakak kembarnya itu.
"Jangan buat ayat sedih boleh tak? "
"Aku ada lah cerita sikit- sikit pasal kau dekat Harith . Nanti kau cerita lah selebihnya apa yang patut dia tahu dari kau."
"Kau rasa dia boleh terima kekurangan aku?" Soal Medyna .
"Percaya dia. Aku yakin dia boleh terima masa silam kau." Kepala Medyna dipegang perlahan .
"Aku terlampau hodoh dan jijik untuk dia jadikan isteri ,Syafiq."
"Semua orang ada kisah silam tersendiri, baby."
"Tapi..."
"No, tak ada tapi -tapi Medyn. Jangan jadi buruk lagi di hari perkahwinan kau tolong .Cukup buruk setiap hari . Bagi la jadi cantik sikit harini." Syafiq menolak sedikit bahu Medyna supaya kembali bersemangat.
"Yang kau kata buruk ni paling cantik dekat sekolah tau." Medyna membaling bantal yang berada di atas katil ke arah Syafiq.
"Ya Allah budak dua orang ni .Ingatkan tengah bersiap boleh pulak korang main gusti dengan pakai baju kurungnya. Jom turun pengantin lelaki dah sampai . " Bebel Tengku Mikael .
Medyna menelan air liur kesat .Perasaan takut dan gugupnya kembali . "Guys, I'm scared" Kata Medyna perlahan .Wajahnya ditundukkan .Tangan yang memegang bunga mula mengigil takut.
Tengku Mikael ,Tengku Mirsyad dan Syafiq memandang sesama sendiri . "Maybe tak pernah dibuat orang lagi but it's okey kita jadi yang pertama buat ni walaupun memalukan sikit kot." Kata Tengku Mikael yang membuatkan Medyna memandang ketiga -tiga jejaka yang berhadapan dengannya itu dengan tanda tidak faham.
"Kami pimpin baby sampai bawah dan sampai duduk atas pelamin." Sambung Tengku Mirsyad pula dengan yakin .
"Shall we ,princess?" Tangan dihulurkan pada Medyna .
Dengan teruja Medyna menyambut huluran tangan Along dan angahnya itu manakala Syafiq menjaga veil yang meleret dibelakang . Mereka menuruni tangga dengan penuh berhati -hati .Suyup -sayap terdengar suara orang yang memenuhi ruang tamu rumah agam itu . Medyna berhentikan langkahnya membuatkan ketiga -tiga jejaka itu turut berhenti .
"Why?" Soal Syafiq
"Ramai ka dekat bawah?" Soal Medyna takut .
"Dalam tiga puluh orang? Campur dengan family kita sekali." Kata Tengku Mikael tenang.
YOU ARE READING
You're My First
Teen Fiction! WARNING ! *! This Story contain a SELF HARM / FAMILY PROBLEM / MENTALHEALTH ISSUE *! Terdapat banyak ciri -ciri negetif di dalam cerita ini dan mengandungi konflik yang berat. *! Hanya rekaan semata -mata dari imaginasi penulis. ...