"Assalamualaikum kelas!" Ustazah Zalzea meletakan semakan buku di atas meja guru di hadapan. Dua orang pelajar lelaki dan perempuan masuk ke dalam kelas.
"Kenalkan diri." Arah Ustazah Zalzea.
"Saya Aina Nurainis. Dari MRSM Lenggong. Saya pindah ke sini kerana mendapat tawaran dari sekolah ini selepas mencapai pointer terbaik sekolah." Anis melambai tangan. Nasib semalam dia dan Fateh berjaga hanya untuk menghafal skrip. Kaca mata besar dibetulkan sedikit.
"Aku Zulimie Al-Khattab. Sama jugak dari MRSM Lenggong. Aku pon terpilih selepas dapat pointer tertinggi tiga kali berturut." Fateh memperkenalkan diri. Penipuan nama terdasyat kerana menggunakan nama bapanya. Janji ada nama.
"Memandangkan kelas sains semuanya penuh mereka akan ditempatkan didalam kelas kamu. Jangan bergaduh dengan mereka. Jangan cuba yang menggatal ajak couple nanti saya tazkirah awak semua." Semua mengekek ketawa kecuali Reysha dan Medyna. Mereka saling berpandangan menyampaikan sesuatu yang berat.
"Oi yang berdua pengawas tu bangun." Ustazah Zalzea menundung jari pada Medyna dan Reysha.
"Kamu berdua berdiri dekat tengah-tengah taman sekarang sampai habis kelas saya. Saya tak suka orang bersembang dalam kelas saya." Tangan Ustazah Zalzea tepat menunjukkan tengah kawasan lapang taman yang bergitu panas terik.
"Maaf ustazah tapi situ terlampau panas." Reysha garu kepala. Terbakar beb kulit sejam setengah bawah matahari.
Ustazah Zalzea tarik senyum sinis. "Panas lagi azab api neraka kelak." Zass ! Sentap satu kelas dengan ayat itu.
Medyna berdiri mengemas barangnya. "Panas lagi azab orang munafik. Saya keluar dulu ustazah." Sempat Medyna membidas Ustazah muda tersebut.
Ustazah Zalzea ketap gigi geram. Dasar kurang ajar! Wajah Kyle dipandang lama .Itulah penyejuk hatinya.
Empat puluh minit sudah berlalu Medyna masih berdiri di tengah panas yang terik bersama Reysha yang sudah mahu pengsan .
"Medyn aku dah tak tahan. " Reysha memaut bahu Medyna selepas pandangannya kian menggelap. Kepala sudah bergitu sakit. Pertama kali seorang Reysha berdiri di tengah panas terlampau lama.
"Tahan sikit Rey. Lepasni kita buat aduan." Badan Reysha yang kian memberat bersandar di badannya di tolok sedikit.
Setakat berdiri di tengah panas selalu dia lakukan sewaktu di kem. Lebih dari dua jam pun dia pernah .Dia selalu dilatih tanpa belas ehsan menjadikan dirinya tidak mudah koyak dengan aktiviti -aktiviti fizilal yang mencabar.
Tiba- tiba tubuh Reysha melorot jatuh ke tanah. Pengsan. Medyna berdecit perlahan. Dia pun sudah tidak larat kerana dari semalam dia tidak menjamah apa-apa makanan.
Dengan tenaga yang berbaki Medyna memapah Reysha dan membawanya ke bilik rawatan yang agak jauh dari situ. Pandangannya pun kian kelam tapi cepat-cepat diusir perasaan ingin pengsan itu. Reysha perlu diselamatkan terlebih dahulu.
Pintu bilik rawatan diketuk kuat dan terjatuh Reysha dari pelukan Medyna. Medyna juga turut rebah. Pandangan di balam-balam .Samar -samar dia melihat dua orang dengan panik datang ke arahnya dan Reysha.
Syafiq dan Harith kehulu -kehilir dihadapan katil Medyna. Gadis itu tanpak bergitu pucat. Pek air dicucuk di tangan menambahkan risau mereka. Nasib di bilik kesihatan disediakan cukup peralatan hospital bersama ahli perawat yang terpilih jadi tidak perlu Medyna dibawa ke hospital .
"Shit, aku tak rasa Medyn akan berdiam diri." Syafiq mengangkat wajah selepas lama mereka diam berfikir.
"Tengoklah muka dia pucat gila plus terbakar. Denda tu terlampau kejam." Sayu hatinya melihat sekejur tubuh terbaring di atas katil tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
You're My First
Teen Fiction! WARNING ! *! This Story contain a SELF HARM / FAMILY PROBLEM / MENTALHEALTH ISSUE *! Terdapat banyak ciri -ciri negetif di dalam cerita ini dan mengandungi konflik yang berat. *! Hanya rekaan semata -mata dari imaginasi penulis. ...