prolog

11.4K 710 43
                                    

                 " pihak kami telah memilih anda bertiga sebagai pelajar pertukaran ke Violette Highschool. Kamu dipindahkan ke sana untuk bersaing dengan 3 pelajar terbaik Violette High. Walaubagaimanapun, kamu tetap akan mengambil peperiksaan SPM di Scarlet High memandangkan kamu sudah mendaftar di bawah kami "

3 gadis itu tercenggang membaca surat yang diberikan oleh pengetua sekolah itu.

" Seriouslah kena pergi Violette? "

" Nah, dorang memang tak bagi pilihan ke macam mana? Rasanya boleh bantah ke tak? "

Dua gadis itu memandang ke arahnya. Ingin menanti jawapan yang keluar dari mulut gadis itu.

Aria terdiam sebelum mengeluh perlahan.

" Rasanya dah tak boleh bantah kut. Mak ayah kita dah tanda tangan " ujar gadis itu tenang.

Aria Natasya. Gadis berambut ikal, tinggi lebih kurang 160cm, berwajah manis, kulit cerah bersih dan hampir sempurna. Riak wajahnya yang dingin membuatkan orang takut untuk berteman denganya walaupun sebenarnya dia ok sahaja mau berkawan dengan semua orang.

Berbeza pula dengan yang satu tu.

Afiya Allysa. Gadis berambut lurus hingga paras dada dengan potongan rambut gaya wolf cut. Tinggi sama seperti Aria, lirikan matanya tajam menusuk kalbu dan mempunyai wajah dingin. Sangat dingin dengan orang yang tidak dikenalinya. Kalau boleh, tidak mahu ada urusan dengan ramai orang. Hanya orang terdekat sahaja.

Anis Melisa. Gadis berambut lurus hingga paras bahu, tinggi 157 cm, berwajah manis dan berpewatakan lembut namun boleh jadi sedikit kasar pada masa tertentu. Wajahnya putih bersih dan mempunyai lesung pipit di pipi kananya. Peramah, baik hati dan menjadi merpati kepada mereka yang ingin berurusan dengan kedua kawan baiknya itu. 

Ketiga-tiga gadis ini datang dari keluarga biasa sahaja. Tidak terlalu kaya dan tidak terlalu miskin. Ketiga-tiga mereka merupakan pelajar cermerlang Scarlet High yang sentiasa mendapat kedudukan tertinggi dalam pelajaran.

Berbalik kepada cerita,

" Suka hati dorang je tanda tangan " dengus Afiya kasar.

" Lah tu mak ayah kau kut, memang suka hati dorang lah " bidas Anis selamba.

" Suka tak suka kita kena pergi juga. So get ready, aku rasa mak ayah mesti dah carikan rumah so prepare je lah barang nak bawa pergi sana " Aria melipat kembali surat dari pihak sekolah tadi sebelum disimpan ke dalam file.

Afiya mengeluh berat. 

" Last year of school will be the worst year of my highschool life "




Bunyi bola keranjang yang dilantunkan ke tanah memenuhi keseluruhan gelanggang itu.

" Kau dengar ke cerita panas dekat sekolah tadi? "

" Cerita apa? "

" Students Scarlet nak hantar 3 pelajar masuk Violette minggu depan "

Zupp

Bola yang dibaling masuk ke dalam jaring goal.

" Students Scarlet? " soal lelaki yang menjaringkan goal tadi.

Aryan Haz Qalish. Seorang lelaki dengan tinggi 181. Mata hazelnya dan lirikan tajamnya menjadi idaman gadis-gadis di sekolah. Senyuman sinisnya juga merupakan salah satu daripada tarikanya. Dengan memegang status pelajar terbaik Violette Highschool, mustahil tiada satu orang pun pelajar yang berminat denganya. Namun semua ditolak mentah-mentah. Kononya belum bersedia untuk apa-apa komitmen selain belajar.

Afiq Azz Qalish. Berketinggian 179 dan berbadan tegap. Matanya yang tajam dan senyuman menggodanya mampu mencairkan mana-mana gadis yang bercakap denganya. Sebut sahaja nama Afiq Azz Qalish, mesti semua pelajar akan terbayang gaya ' flirty ' dan nakal lelaki itu.

Berbeza pula dengan Arif.

Arif Ash Qalish. Mempunyai ketinggian yang sama seperti Afiq. Kalau Afiq flirty, Arif pula sombong, dingin, kasar, panas baran. Namun rupa parasnya juga tidak kalah. Dengan wajah dingin, pandangan yang tajam dengan suara yang garau. Wah siapa sahaja boleh menolak fakta tentang kekacakan jejaka ini.

Ketiga-ketiga lelaki ini merupakan pelajar terkenal di Violette Highschool. Bukan sahaja terkenal kerana rupa paras, mereka juga terkenal kerana kecermerlangan dalam akademik dan sukan. Mereka bertiga merupakan anak kembar tak seiras kepada pasangan usahawan dan ahli politik terkenal, Dato' Amir dan Datin Amira.

" Haah students Scarlets. Katanya untuk bersaing dengan top 3 sekolah kita " jelas Arif.

" Siapa top 3 sekolah kita? " Soal Afiq lagi.

Seketika mereka bertiga terdiam. 

" Kau bodo ke? "

" Haa lupa kita lah top 3 hehe " Afiq tersenyum tidak bersalah.

Aryan yang memandang kedua kembarnya itu hanya menggeleng perlahan. Kalau orang di sekolah tau perangai tak betul adik-adiknya itu tidak tau la apa tanggapan mereka.

" Daddy dah tau ke pasal hal ni? " Soal Aryan sambil mengelap peluh yang mengalir di dahinya.

" Dah "

Mendengar suara tua itu, ketiga mereka menoleh ke arah punca suara tadi.

" Dorang pindah masuk Violette untuk bersaing dengan kamu " ujar lelaki itu datar.

" Make sure, not to let them win. Or else.. "

Mendengar kata-kata lelaki itu, Aryan, Afiq dan Arif hanya mendiamkan diri. Masing-masing tunduk memandang lantai. Mereka tahu apa yang dimaksudkan dengan lelaki itu. 

' or else, you will get your sweet punishment '











— 🦋 —

Buku ini sedang dalam proses suntingan. Ada beberapa bab yang sudah di edit namun masih banyak yang belum. Jadi sekiranya terdapat banyak kesalahan bahasa dan plot yang berbeza, maafkan saya hehe ><

Ingin diingatkan lagi cerita ini merupakan cerita pertama saya dan jalan cerita mungkin akan sedikit berterabur dan tidak logik.

Sekian, itu sahaja dari saya. Happy reading 🤍





21 September 2021

Diranatasyaa

Presenting to you

Violette High : Class Of Lies

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now