chapter 46

2.2K 385 38
                                    

Wajah isterinya yang sedang elok menyuap sesudu nasi ke dalam mulut dipandangnya tajam. Seleranya mati selepas mendengar penjelasan daripada isterinya tadi.

' I upah budak untuk bagitau 3 orang budak perempuan tu je. Yang tahu dorang bertiga bukanya orang lain. Janganlah risau sangat '

Nada tenang daripada penjelasan itu membuatkan Dato' Amir geram. Sejak berkahwin dengan Datin Amira belum pernah wanita itu membuat sesuatu di belakangnya seperti ini.

" U tau tak apa yang U dah buat? Those girls ugut anak U untuk report polis!! " Tengking Dato' Amir.

Kunyahan Datin Amira terhenti. Keningnya terangkat memandang Dato' Amir.

" Dorang nak report polis? " Soal Datin Amira terkejut. Dati Amir tidak menjawab sebaliknya tanganya naik memegang kepala. Pening dengan sikap wanita ini.

" Takkanlah dorang sanggup nak lapor " ujar Datin Amira lagi. Dato' Amir tersenyum sinis.

" Zaman sekarang tak macam dulu Amira. Zaman sekarang bukan cinta yang hancurkan manusia, tapi duit. Kalau dorang report kita, dorang akan dapat fame, dengan fame tu dorang boleh buat duit " tegas Dato Amir. Datin Amira terdiam.

" Jadi kita nak buat apa ni? " Soal Datin Amira perlahan.

Dato Amir terdiam.

" Kita terpaksa libatkan budak berdua tu kalini "





Seorang gadis berjalan melalui sebuah lorong yang gelap. Hanya cahaya dari lampu jalan yang menemani gadis itu. Dia berjalan terhuyung-hayang bersama se tin air minuman alcohol yang merupakan tin entah keberapa yang diminum oleh gadis itu.

" Wah malamni ada makanan lah " 3 orang lelaki yang duduk melepak di lorong itu tersenyum nakal.

Gadis tadi terdiam. Dia tidak tahu apa yang terjadi saat ini. Otaknya tidak mampu mencerna apa-apa lagi.

" Hai cantik, malamni nak teman abang tak? " Seorang lelaki bergigi rongak dan berbadan kurus mendekati gadis itu.

Gadis yang dalam keadaan separuh sedar itu tidak memberikan riaksi apa-apa. Hanya diam. Matanya tertutup separuh namun tanganya masih memegang erat tin alcohol tadi.

" Dia mabuk ni. Makin best lah kita main " celah seorang lagi lelaki bermisai.

" A-Aryan? Is that you? " Gadis itu mula bersuara. Tanganya naik mengusap wajah lelaki bermisai tadi.

" Hahaha kenapa u ada misai? Aria bangang tu tak cukurkan untuk u ke? " Sambung gadis itu lagi.

3 lelaki itu tersenyum sinis.

" So she just got her heart broken huh? " Lelaki ketiga pula mencelah. Badanya lagi besar berbanding dua lelaki tadi.

" Macamni lah remaja zaman sekarang. Broken sikit minum, broken sikit minum. Lemah " ujar lelaki bergigi rongak tadi.

" Kau cakap orang kau pun buat benda sama " perli lelaki bermisai tadi.

" Eh diam lah pak samad "

" Eh nama bapak jangan main eh "

" Nak gaduh boleh gaduh kat tepi, bagi aku enjoy perempuan ni dulu " lelaki berbadan besar tadi menolak rakan-rakanya ke tepi sebelum menarik tubuh gadis tadi.

" Er.. ni Afiq kan? Afiq kenapa u makin gemuk? Aryan tengok adik u makin gemuk macam giant " gadis itu ketawa lucu. Wajah lelaki berbadan besar tapi merah menahan geram.

" Macam giant tu aku setuju tapi bodoh gila perempuan ni ingat lelaki gemuk tu aku "

3 lelaki tadi tersentak sebelum menoleh ke arah punca suara. Afiq dan Aryan dengan tenang berjalan ke arah 3 lelaki itu. Masing-masing memegang batang kayu. Bersedia untuk memukul lelaki lelaki tadi.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now