chapter 36

2.3K 368 44
                                    

Aria, Anis, Afiya dan Adriana duduk di bahagian tepi gelanggang bola keranjang ini sambil melihat 10 orang lelaki di dalam gelanggang melawan satu sama lain. Pasukan pertama ialah pasukan kelas 5 Fulvous iaitu Firhad, Awish, Qey, Shah dan Larry manakala pasukan kedua ialah pasukan 5 arsenic iaitu Aryan, Arif, Afiq, Adrian dan Danial.

" Go Danny go Danny " Dania yang turut berada disitu memberi sorakkan kepada Danial. Afiya dan Adriana memasang riak wajah menyampah. Ini lah akibat bucin. Apa tu bucin? Buta cinta.

" Untung betul Danial dapat Dania, semangat lain macam " ujar Aria sambil menyuapkan jeruk mangga ke dalam mulutnya.

" aku yang untung dapat dia " jawab Dania dengan pandangan penuh cinta kepada danial.

Aria dan Anis tersenyum sebaliknya Afiya dan Adriana masih dengan riak wajah menyampah.

" By the way apa perempuan tu buat dekat sini? " Soal Dania sambil menunjuk ke satu arah yang berlawanan dengan mereka.

4 orang itu menoleh sebelum masing-masing mengerutkan dahi.

" Laira? Apa dia buat sini? " Soal Afiya menyampah. Afiya ni dari tadi menyampah. Mari kita positive mungkin Afiya sedang mengalami tekanan jiwa.

" Laira kan couple dengan budak 5 Fulvous " celah sofea. Salah seorang pelajar kelas 5 arsenic juga.

" Serious lah? Siapa? " Soal Adriana ingin tahu. Ya lah, setahunya Laira merupakan peminat Aryan nombor 1 sejak mereka tingkatan 2 dan Laira tingkatan 1. Baguslah kalau gadis itu sudah move on tapi siapa lelaki bertuah yang gantikan tempat Aryan di hatinya.

" Tak silap aku dia couple dengan mamat sabah tu, siapa eh nama dia? Shah? " Jawab Sofea pula.

" Oh, habistu kau buat apa sini? " Tanya Afiya pula. Ya lah, berdasarkan dari cerita yang dia dengar dari Adriana, Sofea ni geng single abadi. Hampir semua lelaki dia reject. Jadi apa pula yang dia buat dekat sini?

" Heh teman perempuan gedik ni lah " jawab sofea lalu memandang Dania tajam. Dania tersenyum sumbing.

Afiya mengangguk faham sebelum pandanganya kembali fokus pada permainan di hadapanya. Anis pula dari tadi fokus dengan permainan itu, sebenarnya fokusnya lebih kepada Arif. Sejujurnya dia rindu mendengar suara lelaki itu bercerita dengan dia. Masa mereka masih dalam hubungan, setiap malam Arif akan call dia dan bercerita tentang aktiviti harianya kepada Anis sementara gadis itu membuat kerja sekolah atau mengulang kaji.

Namun selepas mereka putus, jarang sekali lelaki itu menegurnya. Mereka mungkin dalam kumpulan yang sama dan selalu berkepit tapi Arif langsung tidak menegurnya. Dia sendiri pun malu untuk menegur lelaki itu.

Anis mengeluh sebelum menoleh ke kiri untuk mengambil jeruk mangga Aria. Tiba-tiba telinganya menangkap jeritan beberapa orang memanggil namanya.

" Anis jaga jaga "

" Arghh Anis "

" Anis bola "

Anis memandang ke hadapan sebelum matanya menangkap sebiji bola bergerak ke arahnya. Matanya ditutup lalu tanganya naik untuk menghalang bola itu dari terkenanya.

1 saat

2 saat

' aik? Kenapa tak ada bola ni? '

Anis kembali membuka mata sebelum matanya bertembung dengan sepasang mata milik Arif. Lelaki itu memandangnya risau sambil tanganya memegang bola yang sepatutnya kena pada wajah Anis tadi. Anis menelan air liur.

" Kau ok tak? " Soal Arif risau.

Perlahan Anis mengangguk.

" Okok, pergilah sambung main " balas Anis lalu menunduk.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now