chapter 08

3.4K 523 65
                                    

Selesai perhimpunan, kami berlapan diarahkan untuk berkumpul di bilik mesyuarat pelajar bersama 4 orang AJK tinggi pengawas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai perhimpunan, kami berlapan diarahkan untuk berkumpul di bilik mesyuarat pelajar bersama 4 orang AJK tinggi pengawas. Selepas perhimpunan nanti, kami kini telah sah memegang jawatan sebagai ahli MPP.

Aku duduk di sebelah Aryan. Kami berdua sama-sama membisu sementara Afiya dan Afiq masih lagi sibuk bergaduh tentang hal yang tidak penting. Aku sendiri tidak tahu mereka bergaduh pasal apa. Anis dan Arif pula dari tadi aku lihat sibuk mengumpat pasal orang-orang di sekolah ni. Entah sejak bila lah dua orang tu mula berbaik. Tapi baguslah. Adriana dan Adrian pula berbual santai dengan AJK tinggi pengawas.

Tiba-tiba, pintu dibuka. Cikgu ahmad, iaitu guru kanan hal ehwal murid dan Cikgu Moon masuk ke dalam bilik. Serentak kami semua berdiri dan menunduk hormat.

" Haa duduk-duduk. Cikgu nak bincang sesuatu " arah cikgu ahmad.

" Macam yang kamu tahu, minggu ni aktiviti sukan akan diadakan dan cikgu tahu sebahagian daripada kamu semua terlibat dalam aktiviti tu. Jadi goodluck lah ye. Cuma yang cikgu nak cakap bukan pasal aktiviti ni, cikgu nak cakap pasal minggu depan. Sepanjang minggu depan, aktiviti orientasi bagi pelajar tingkatan 1 akan diadakan. Jadi cikgu nak ambil kamu semua untuk jadi facilitator untuk aktiviti tu " ujar cikgu ahmad tenang.

Aku lihat Adriana dan Adrian sudah mula bersandar. Dari riak muka sahaja aku boleh tahu yang dorang berdua sama sekali tidak berminat untuk menjadi faci. Ye lah, sepatutnya kitorang semua rehat minggu depan.

" Lambatnya buat orientasi cikgu, selalunya bukan orientasi dibuat minggu kedua ke ? " Celah Arif yang juga nampak tidak berpuas hati.

" Memanglah nak buat minggu kedua, tapi disebabkan ketua pengawas kita ni ambil cuti sakit dan ahli MPP pun belum dilantik, siapa yang nak jadi faci masatu ? " Balas cikgu moon.

" Alah cikgu bulan, takboleh tangguh lagi satu minggu ke ? " Pujuk Adrian. Aku tersengih. Dia ni manja semacam je dengan cikgu Moon.

" Takpayah nak mengada " balas cikgu moon. Cikgu Ahmad tersengih.

" Nanti cikgu bagi markah lebih " perlawanya. Adrian membuat muka tidak puas hati.

" Kamu rancang lah segala macam jenis aktiviti untuk orientasi tu ye. Dan selama minggu orientasi, kamu digalakkan untuk tinggal di asrama. Alah seminggu je pun " jelas cikgu Ahmad lagi.

" Cikgu kalau saya duduk asrama nanti ada hantu kejar saya macam mana " gurau Adrian.

" Takdenye hantu nak kejar kau, hantu tak kacau species dia " sampuk Adriana. Adrian tercengang.

" Kau nak gaduh ke adriana clarissa ? " Ujar adrian bersama senyuman manis.

" Taknak gaduh dengan hantu " balas Adriana.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now