chapter 33

2.4K 384 100
                                    

Aria, Afiya, Anis, Adriana, Aryan, Afiq, Arif dan Adrian berjalan keluar dari balai ketibaan. Masing-masing menarik luggage sendiri. Mereka berlapan mengenakan kaca mata hitam, sengaja mahu acah macho. Lagipun sekarang baru jam 1 tengah hari dan matahari pula masih terpacak di atas kepala.

" Woi woi, nak jalan pergi mana " tegur seorang lelaki bersama 1 lagi lelaki di belakangnya. Dua-dua memandang mereka sambil mengerutkan kening.

" Eh abang, maaf maaf tak nampak " ujar Afiya sebelum ketawa lalu menyalam lelaki itu.

" Ha yang kau? Taknak salam? " Seorang lagi lelaki menegur Aria. Aria tersengih sebelum menyalam abangnya itu.

" Haa kenalkan ni abang Aria, nama dia Izz Nadhir. Ni pula abang Afiya nama dia Faris Aiden " ujar anis sambil menunjuk ke arah 2 orang itu.

" Abang dia pula ada dekat kereta, nama dia Zafiq Mikhael " celah Izz.

" Ha yang ni pula Aryan, Arif, Afiq, Adrian, Adriana " Afiya memperkenalkan mereka berlima kepada Izz dan Faris.

" Uish, Adrian Adriana bhai. Couples ke ni? " Usik Faris.

Adriana tersedak sementara Adrian hanya sekadar tersenyum.

" Kami punya hubungan pelik sikit bang, dia suka saya, saya tak suka dia " ujar Adrian sambil menjeling Adriana.

" Bila masa aku suka kau? " Sangkal Adriana.

" Ha gaduh gaduh, sini dahlah panas korang nak gaduh pula " tegur Afiq.

Yang lain ketawa lucu.

" Dahlah jum blah, aku rasa zaf dah jadi kepam tunggu dekat sana " ujar izz sebelum melangkah mendahului mereka bersama Aria disebelahnya. 8 orang tadi ikut melangkah di belakang mereka berdua.

" Oh jadi tu lah Aryan? Pandai kau pilih yang handsome eh " Bisik izz kepada Aria.

" Mestilah aku pilih yang handsome, takkan pilih yang kepam macam kau " balas Aria pedas.

Izz berhenti melangkah. Yang lain turut berhenti.

" Kau kata aku kepam?! " Jerit nya lalu menarik perhatian orang ramai. Membulat mata Aria apabila abangnya itu menaikkan suara di hadapan orang ramai.

" Orang tengok malu laa gila " marah Aria sebelum menarik tangan Izz. Izz hanya mengikut. Dia masih tidak boleh terima panggilan kepam daripada adiknya itu. 

" Kau tau tak Aria kau tu anak pungut jee " teriaknya sambil masih ditarik Aria. 

" Diamlah kau tu accident je " ujar Aria tanpa melepaskan lelaki itu. Malu dia apabila orang lain memandang mereka berdua.

" Er maaflah ye, dua orang budak tu memang macamtu, mereng sikit. Maklumlah dua dua anak pungut " ujar Faris kepada mereka berlima. Afiya dan Anis sekadar tersenyum lucu.

Selepas 30 minit perjalanan, mereka akhirnya sampai di Csilla homestay yang terletak betul-betul di tepi pantai. Air lautnya bewarna biru sementara pasirnya bewarna putih. Satu kata yang sesuai untuk menggambarkan tempat itu adalah

 Satu kata yang sesuai untuk menggambarkan tempat itu adalah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now