chapter 29 - the truth

3K 426 140
                                    

Information for this chapter :

Chapter ini ialah chapter di mana dira akan reveal semua kebenaran. Reveal semua rahsia.

Jadi sila pay attention ♡


3 fail berisi kertas dilemparkan keatas meja belajar mereka bertiga. Masing-masing menunduk memandang kertas tersebut.

" Ni kertas soalan dan skema jawapan untuk trial bulan depan. Makesure korang hafal dan buat betul-betul. Papa taknak kamu kalah dengan 3 orang perempuan tu " kata Dato amir sebelum bergerak keluar daripada bilik.

3 beradik itu terdiam sambil memandang 3 file yang berisi kertas soalan dan skema jawapan untuk peperiksaan percubaan spm bulan depan. Masing-masing tidak tahu harus ambil kertas itu atau tidak.

Inilah kebenaranya. Selama ini, mereka memang dikenali sebagai pelajar yang bijak. Tidak dinafikan lagi bahawa mereka memang bijak tetapi mereka tidaklah sebijak yang orang lain sangkakan.

Semua pertandingan yang mereka sertai selama ini. Semua hadiah dan pencapaian mereka selama ini, semuanya atas berkat orang dalam yang memberikan soalan terlebih awal kepada mereka.

Sejak mereka tingkatan 1, Dato Amir mengupah orang dalam untuk mengambil setiap soalan untuk peperiksaan atau quiz dan diberikan kepada mereka bertiga. Sebab itulah kenapa mereka selalu menyiapkan kertas peperiksaan dengan lebih awal. Semuanya kerana mereka sudah hafal semua jawapan daripada soalan itu.

Bersalah? Sudah tentu lah mereka rasa bersalah. Pernah juga Arif mencuba untuk menjawab tanpa menggunakan khidmat penipuan itu namun hasilnya, markah dia tetap drop. Walaupun dia masih berada di dalam senarai top 10 pelajar terbaik namun penurunan tetap penurunan.

Apabila hal itu sampai ke telinga dato' amir dan datin amira, mereka sendiri yang memukul Aryan dan Afiq. Ya memang Arif yang buat hal tetapi bagi dua pasangan itu, perasaan melihat orang lain menanggung sakit akibat perbuatan kita lebih sakit daripada kita sendiri yang merasakan sakit itu.

Sejak dari hari itu, Aryan, Arif dan Afiq tidak lagi berani membantah mereka. Aryan dan Afiq bukan sahaja dipukul, mereka malah tidak diberikan makan selama 3 hari, dikurung di bilik bawah tanah dan Arif langsung tidak dibenarkan untuk mendekati mereka.

Sadis bukan?

" Aryan, aku ... "

Aryan menoleh memandang Afiq yang sudah tertunduk.

" Aku taknak ambil kertas ni "

Aryan terdiam. Lidahnya kelu.

" Tapi Afiq kalau kau tak ambil kertas ni kita semua akan kena " bantah Arif. Afiq mendiamkan diri. Dia penat dengan semua ni. Hidup nya inarat dikawal ketat oleh orang tuanya sendiri.

" Rasanya apa abah buat sekarang eh? "

Aryan yang tersentak terus menolak Afiq kasar lalu memandang ke arah pintu bilik yang tertutup rapat. Jantungnya berdegup laju.

" Kau bodoh ke Afiq? " Marah Arif.

Afiq ketawa palsu. Air mata jantanya yang sudah lama tidak mengalir kini terkeluar juga.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now