chapter 42

2.3K 395 78
                                    

Aria menghempaskan badan ke atas katil. Malam esok selepas sekolah majlis perpisahan mereka akan dilangsungkan dan minggu depan dia akan kembali ke Scarlets high. Kejadian 2 hari lepas terimbas semula dalam fikiranya.

Dia keluar dari tandas sebelum bahunya melanggar seorang lelaki lalu beg tanganya terjatuh. Lelaki itu kemudianya menghulurkan semula beg itu kepadanya dan meminta maaf. Sempat Aria memandang wajahnya yang ditutup separuh oleh mask. Mata mereka bertembung beberapa saat sebelum lelaki itu pergi meninggalkanya.

" I'm sorry, my bad "

Suara itu kerap terulang-ulang di dalam kotak fikiranya. Aria menutup mata, cuba meningat gerangan si pemilik suara.

Tiba-tiba, sesuatu yang tidak masuk akal muncul di kepalanya. Mata kembali dibuka sebelum dia bangun dan melangkah ke arah meja nya. Beg tangan yang sering dipakainya kemana-mana dicapai sebelum isinya semua dikeluarkan.

' macam mana kalau dia nak bagitau aku sesuatu dan sengaja langgar aku? '

Ya. Itulah perkara yang berada dalam fikiranya sekarang.

Mata gadis itu melilau mencari sesuatu yang janggal di balik semua baranganya sebelum sehelai kertas bewarna pink digulung masuk ke dalam pandangan matanya. Perlahan jarinya mencapai kertas tadi lalu gulungan kertas dibuka.

FB.secretFHIQ.10/10.warn.

Keningnya berkerut. Code apa pula ni? Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk. 2 orang gadis melangkah masuk ke dalam bilik.

" Aria makan maggie jo- " kata-kata Afiya terpotong apabila memandang keadaan meja Aria yang bersepah.

" Kau buat apa Aria? " Soal Anis sebelum mendekati gadis itu. Kertas di tangan Aria diambil sebelum isinya dibaca.

" Anis, cari tahu maksud Code ni " arah Aria. Anis mengangguk sebelum keluar dari bilik untuk mengambil Ipadnya sementara Afiya masih lagi terkebil-kebil memandang barangan yang bersepah di depan matanya.

" Tolong aku kemas " Ujar Afiya apabila melihat Afiya masih kaku tidak beriak.

" Kau kemas lah aku nak masak maggie " tolak Afiya sebelum beredar dari bilik itu. Aria mencebik. Makan kalau boleh no. 1.


3 gadis itu duduk di balconi bilik Aria sambil menikmati udara malam dan keenakan maggie cup. Anis mengeluarkan Ipadnya. Code tadi ditilik semula.

FB.secretFHIQ.10/10.warn.

Anis mengetap bibir. Apa ke susah sangat code dia ni.

FB?

FB tu apa?

Ipad dibelek-belek. Dia tidak tahu aplikasi apa perlu dia gunakan untuk mencari maksud disebalik code ini. Tiba-tiba, matanya terpandang satu aplikasi.

Facebook.

Facebook?

FB : Facebook ke?

Cepat-cepat jarinya menyentuh icon aplikasi itu.

" Oi Aria suruh cari maksud code, bukan suruh online facebook " tegur Afiya sambil menyuapkan sesudu mee maggie tomyam ke dalam mulutnya.

" Kau diam jap Afiya " arah Anis. Afiya mencebik.

Anis menekan button search sebelum tanganya lincah menaip sesuatu.

' secretFHIQ '

Profile pengguna pertama dia tekan sebelum tanganya meng-scroll ke bawah hingga ke posting yang bertarikh 10 October 2021.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now