chapter 37

2.2K 388 33
                                    

Balik sahaja dari mall, Aryan terus menuju ke bilik mandi untuk membersihkan badanya. Selesai membersihkan diri, Aryan keluar dari bilik mandi dan menyarungkan baju.

Ting

Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada bunyi mesej masuk. Perlahan Aryan mencapai telefonya sebelum aplikasi Whatsapp dibuka.

Aria 🤍🦋

Thanks for today :3 me love you <3

Aryan tersenyum sebelum membalas pesanan itu. Baru sahaja dia mahu menutup aplikasi itu, Afiq pula menghantar mesej kepadanya.

Afiq bengap

Ar, datang study room Ar.

Aryan mengerutkan kening. Jarinya bergerak-gerak untuk menghantar balasan.

Malas. Nak buat apa?


Tidak menunggu masa lama, Afiq sudah menjawab.

Datang je lah astaga

Aryan melepaskan keluhan sebelum keluar dari bilik. Langkah diatur menuju ke bilik belajar yang disediakan oleh papanya, dato' amir.

Pintu dibuka sebelum matanya menangkap 5 orang lelaki di dalam bilik itu. 2 orang semestinya Afiq dengan Arif namun 3 orang lagi ..

" My dear Aryan " Harith bangun dari duduknya sebelum berura ura mahu memeluk Aryan. Aryan dengan kasar menepis tangan itu sebelum masuk ke dalam bilik. Pintu ditutup.

" Apa korang buat sini? " Soal Aryan lalu duduk di salah satu kerusi yang terletak berhadapan dengan Fahmi dan Rayyan.

" Saja nak melawat, tak boleh? " Soalan dibalas soalan boleh Rayyan. Aryan mendengus kasar. Susah betul mahu berhubungan dengan monyet yang tidak faham bahasa.

" Aku datang sini sebenarnya nak tanya kau satu benda " ujar Fahmi sebelum menyilangkan kakinya.

" Tanya lah " balas Afiq lalu melabuhkan punggung di sebelah Aryan.

" Kenapa kau tak datang family meeting minggu lepas? " Soal Fahmi dingin. Matanya menikam tajam mata Aryan.

" Kalau kitorang datang pun nak buat apa? Tadah telinga dengar sindiran orang tua tu? " Jawab Arif dalam nada yang sama.

" Dah 3 tahun korang tak datang, nenek asyik suruh kitorang pujuk korang balik. Aku muak kau tau tak " Harith duduk kembali di sebelah Fahmi.

" Tu bukan keluarga aku, atok sendiri tak mengaku kitorang as keluarga dia. Well memang betul pun. So buat apa aku nak balik macam orang tak tau malu dekat rumah tu? " Jawab Aryan kasar.

Fahmi melepaskan keluhan.

" Kau memang tak bersyukur kan? Kira baguslah papa amir tu ambil korang, besarkan korang, bagi semua keperluan yang korang perlu. Korang dapat kasih sayang yang orang lain tak akan dapat " ujar fahmi geram.

" Kasih apa? Kasih sayang? Ar, kasih sayang ar " Afiq ketawa sinis di hujung kerusi.

" Dia cakap kita dapat kasih sayang, auch " Afiq sudah ketawa terbahak bahak.

" Asal kau ni? " Harith memandang Afiq pelik.

" Tak, aku rasa lawak juga lah. Kasih sayang. Ha betul la kasih sayang " jawab Afiq cuba menutup kebenaran. Baru dia ingat yang mungkin datin amira sedang mendengar perbualan mereka saat ini.

" Macamni lah ye Fahmi, kitorang taknak datang meeting tu sebab kitorang memang taknak. Mama dengan papa pun dah pujuk, kitorang je yang taknak. Kau sendiri tau apa yang atok pernah buat dekat kitorang dan kau sendiri tau kesalahan kau dekat kitorang " Aryan bersandar. Sejujurnya saat ini yang dia fikirkan hanyalah tidur. Sungguh dia penat menemani Aria ke sana dan kesini dari tadi.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now