chapter 25

2.3K 427 36
                                    

Aryan melangkah keluar dari bilik. Jam menunjukkan waktu 3 pagi. Mata digosok. Tekaknya terasa kering, kakinya melangkah ke arah dapur.


Selesai membasahkan tekak, Aryan kembali ke atas. Dalam perjalanan ke biliknya, dia terhenti apabila melihat pintu bilik Arif terbuka sedikit. Perlahan, pintu itu ditolak. Cahaya daripada lampu tidur Arif menjelaskan pandangan Aryan.

Aryan melangkah mendekati katil adiknya itu. Arif tidur terlentang. Tanganya diletakkan menutup mata. Aryan menggeleng apabila tubuh tidak berbaju Arif terdedah begitu sahaja sedangkan pendingin hawa sudah sejuk. Perlahan, Aryan menaikkan selimut hingga ke paras dada.

Mungkin terasa ada pergerakkan, Arif tiba-tiba mengubah posisi tidur nya menghadap ke kiri. Serentak, wajah Aryan berubah. Matanya melekat pada belakang Arif yang penuh dengan kesan tali pinggang. Kenapa? Setahunya mama dan papanya sangat jarang memukul Arif kerana Arif ialah anak bongsu sedangkan dia ialah anak sulung dan dialah yang selalu dipukul.

" Aryan "

Aryan menoleh. Wajah mengantuk Afiq menyapa pandanganya.

" Kau buat apa dekat sini? " Afiq mengerutkan keningnya. Dia terbangun kerana ingin minum namun belum sempat dia turun, matanya ternampak pintu bilik Arif yang terbuka. Bila masuk ada pula Aryan disini. Pelik.

Aryan tidak menjawab sebaliknya memandang semula ke belakang Arif. Afiq juga turut memandang ke arah yang sama, serentak matanya yang kini layu terbuka luas. Cepat-cepat Aryan menutup mulut nya. Bukan boleh percaya Afiq ni nanti kang dia bangunkan si Arif susah lagi.

Aryan menarik Afiq keluar dari bilik. Perlahan pintu bilik Arif ditutup. Aryan lalu menarik Afiq ke biliknya memandangkan bilik Afiq saja yang paling dekat sekarang.

" Kau asal ni gila?! " Marah Afiq namun suaranya masih lagi dikawal. Aryan menarik nafas geram.

" Tu belakang Arif tu kenapa? Dia tak pernah kena pukul macamtu tau " sambung Afiq.

" Mana aku tau gila " balas Aryan kasar.

" Mama.. " perlahan suara Afiq keluar. Dia duduk di katilnya.

" Tapi Arif buat apa? " Aryan menyoal.

" Aku tak tau " Afiq menggeleng perlahan.

Aryan mengetap bibir.

He's hiding something from us.


Arif memandang pelik dua lelaki di hadapanya kini. Mereka berdua memandangnya tajam. Dia melepaskan keluhan ringan. Kalau bukan sebab mereka perlu berkumpul setiap pagi untuk bersarapan dengan mama papanya, sudah lama dia meninggalkan meja makan ini.

" How's school? " Soal dato' amir sambil menyuap sandwich ke dalam mulutnya.

" Everything is fine, papa " balas Arif tenang. Tanganya mencapai jus oren sebelum diteguk.

" How's the girl? "

Serentak, Aryan dan Afiq berhenti mengunyah.

" Ingat kan apa aku suruh? " Dato' amir memandang mereka bertiga satu persatu.

" Mestilah dorang ingat, I sendiri yang perhati dorang " datin amira yang dari tadi mendiamkan diri tiba-tiba menyampuk. Matanya memandang Arif, bibirnya tersenyum penuh makna.

Aryan dan Afiq yang memandang kejadian itu mula curiga.

Like I said before, he's hiding something from us.


Selesai makan, kembar bertiga itu keluar dari rumah. Afiq mencapai tangan Arif, Arif menoleh. Kening sebelah diangkat.

" Kau sorok apa dari kitorang? "

Arif tersenyum sinis sebelum menarik kasar tanganya.

" Arif Ash Qalish ! " Aryan memanggil nama penuh adiknya itu.

" Apa? "

" Kau sorok apa? "

" Mana ada apa-apa "

" Habistu belakang kau tu kenapa "

Arif terdiam. Macam mana pula dorang boleh tahu?

" Aku tanya belakang kau tu kenapa " Aryan menyoal sekali lagi. Arif mendengus kasar.

" Bukan urusan kau "

Arif naik ke atas motorsikalnya, tidak mengambil masa yang lama, dia terus pecut meninggalkan kawasan rumah. Aryan dan Afiq memandang satu sama lain sebelum masing-masing menayang wajah kecewa.

Dua lelaki itu naik ke atas motorsikal masing-masing. Tidak lama kemudian, dua motorsikal itu pula yang berjalan meninggalkan rumah banglo itu.

Di suatu sisi, sepasang pasangan diam-diam memerhati kejadian itu. Sang lelaki mengeluh kasar.

" U pukul dia ke? " Soal dato'amir. Matanya menikam tajam bola mata isterinya itu.

" He takes responsibility for his brother wrongdoing. Maybe he loves his brother too much sampai sanggup bagi i lepaskan marah dekat dia " balas datin amira sinis.

" Tu apa yang you suka right? "

" Oh yes, I love watching people who destroyed themselves for someone they love "

Dato' amir terdiam. Dia tahu isterinya tidak sama dengan wanita lain. Datin amira pelik, dia suka tengok orang merana sebab cinta. Sebab tu jugalah, dia tidak pernah cintakan isterinya. Because he know if he did, he'll destroy himself for her. 


Aria dan Afiya memandang pelik gadis di hadapan mereka ini. Sejak semalam, Anis bertingkah pelik. Dia diam sahaja, mood pun melayang. Balik sahaja dari suatu tempat, mereka perasan yang anis menangis. Namun belum sempat bertanya, Anis sudah masuk ke dalam bilik.

" Kau ok ke anis? " Soal Aria takut-takut. Anis sekadar mengangguk. Aria dan Afiya memandang antara 1 sama lain.

" Jujur je lah halamak dengan kitorang je pun " pujuk Afiya. Anis berhenti menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya. Afiya dan Aria terdiam.

Perlahan wajah Anis berubah merah. Anis menunduk. Cairan hangat mengalir membasahi pipinya.

" Eh eh maaf aku tak bermaksud nak buat kau terasa " Afiya mula gelabah. Cepat-cepat dia berdiri lalu memeluk anis. Anis masih lagi menangis.

" Kau kenapa sebenarnya anis? " Soal Aria lagi sekali.

Anis memegang dadanya.

" He broke me "

Afiya dan Aria tersentak. He? Who?

" Siapa? " Afiya menyoal. Matanya memandang wajah anis yang sudah basah dengan air mata.

Anis menggeleng sebelum berdiri.

" Bagitau cikgu aku sakit. Aku nak cuti harini " ujar anis sebelum naik ke atas meninggalkan Afiya dan Aria terpinga-pinga disitu.

" Dia sorokkan sesuatu dari kita ke? " Afiya memandang Aria. Aria mengeluh.

" I'm afraid so "

————

Harini takde banner sebab line aku tak kuat hehe.

By the way jangan lupa vote tau.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now