chapter 39

2.1K 377 41
                                    

Anis membuka pintu bilik khas. Wangian bilik itu menyapa rongga hidungnya. Seperti yang dikatakan oleh Aria, bilik itu kelihatan kemas. 2 gadis itu masuk ke dalam bilik.

" Ceh senggugut konon " perli Anis. Aria ketawa kecil sebelum menuju ke meja paling depan. Tanganya ligat membuka-buka laci meja itu untuk mencari kunci kepada almari di mana Aryan meletakkan kertas-kertas haritu.

" Tapi tak sangka pula senang macamtu je Arif nak bagi kita guna bilik ni kan " kata Aria sambil mataya fokus dengan kerjanya.

" Haah, takpelah mungkin takdir memudahkan kerja kita " jawab anis seraya memandang Aria yang sudah memulakan kerjanya itu.

Aria hanya mengangguk setuju sebagai balasan.

" Aku jaga pintu " ujar Anis lalu duduk di kerusi sebelah tingkap. Tingkap gelap itu menghalang orang luar untuk melihat isi dalamnya jadi dia tidak perlu risau untuk memandang ke luar.

Satu persatu laci meja dibuka namun dia hanya menjumpai report card mereka bertiga serta beberapa file yang berisi sijil-sijil mereka sejak tingkatan 1. Buntang mata Aria melihat ketebalan file yang berisikan sijil mereka bertiga. Bukan main tebal lagi, dia yang active dari tingkatan 1 pun belum tentu dapat mengumpul file setebal ini.

Latest file berisi sijil dikeluarkan sebelum satu persatu sijil itu ditiliknya. Aria mengerutkan kening, ada sesuatu yang pelik. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya sebelum sijil-sijil itu digambar.

" Aria cepatlah " tegur anis yang sudah mula tidak sedap hati. Aria tersentak sebelum menyusun semula sijil tadi ke dalam file lalu diletakkan di tempat asal.

Laci ketiga dia buka sebelum sejambak kunci terletak elok di dalam satu bekas. Kunci-kunci itu dikeluarkan lalu dia bergerak mendekati almari di mana Aryan meletakkan kertas-kertas yang hampir disentuhnya haritu.

Code almari dia lihat sebelum dia membelek kunci yang mempunyai code yang sama dengan almari itu.

PPT0622

Setelah beberapa minit, Aria akhirnya menjumpai kunci itu. Dengan perasaan yang berdebar-debar, Aria membuka kunci almari sebelum tanganya menarik pintu almari tersebut. Beberapa helai kertas menyapa pandangan matanya. Cepat-cepat tanganya dimasukkan ke dalam almari untuk mengambil kertas itu.

Kertas tadi dibawa ke meja. Anis yang melihat kertas itu juga turut bergerak ke arah Aria. Kertas itu diletakkan di atas meja sebelum Aria menilik isi kertas itu. Keningnya berkerut.

" Apa benda ni? Nota chemistry? " Soal Anis hairan.

" Kenapa Aryan nak sorokkan nota chemistry ni dari aku? " Soal Aria semula. Anis diam. Dia sendiri tidak tahu mahu menjawab apa.

Ting

Telefon bimbit Anis berbunyi, menandakan ada mesej yang baru masuk. Cepat-cepat anis membuka telefonya sebelum membaca mesej yang dihantar oleh afiya dari ruang notification.

Afiya Allysa <3

Anis kitorang nak naik atas ni, stop plan.

Terbuntang mata Anis membaca chat yang dihantar oleh Afiya itu. Cepat-cepat dia menunjukkan mesej itu kepada Aria sebeleum mereka berdua bergegas menyimpan semua kertas tadi ke dalam almari sebelum almari itu dikunci semula.

Aria berlari ke atas kerusi sebelum memulakan lakonanya sementara anis bergerak ke meja depan sebelum meletakkan kunci ke dalam laci semula. Telefon dikeluarkan sebelum dia melabuhkan punggung pada kerusi di hadapan Aria.

Aria menutup wajahnya menggunakan bantal sementara Anis mencuba untuk mengawal semua rentak jantungnya yang sudah seperti orang baru lepas lari 10km.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now