chapter 21

2.5K 409 31
                                    

Aku melangkah masuk ke dalam Mayar Hall

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku melangkah masuk ke dalam Mayar Hall. Berdasarkan pengetahuan aku, mayar hall ialah tempat di mana penduduk kampung mayar selalu menyambut hari perayaan ataupun dijadikan tempat sebagai mesyuarat AJK kampung.

Dewan ini luas, bersih pula tu. Di hadapan dewan ada sebuah pentas dan di hadapan pentas ada beberapa orang dalam lingkungan umur 20 tahun ke atas sedang memandang ke arah pelajar yang baru masuk. Seorang lelaki tua juga turut ada bersama mereka. Mungkin dia adalah ketua kampung disini.

" Selamat tengah hari semua, sila duduk memgikut kumpulan yang telah diagihkan " arah seorang lelaki. Wajahnya bersih, sedikit hitam manis dan berbadan tegap.

Kami semua bergerak mengikut kumpulan masing-masing. Sebenarnya kumpulan sudah diagihkan sejak di sekolah lagi. Setiap kumpulan ada 10 orang, maksudnya ada 6 kumpulan memandangkan dahlia highschool hanya menghantar pelajar seramai 20 orang.

Aku, Aryan, Afiya, Afiq, Anis, Arif, Adrian dan Adriana satu kumpulan bersama dania dan danial. Jadi mungkin mata kami akan sedikit berbulu melihat aksi manis pasangan ini. Susah.

" Psst psst, Aria. Lelaki tu boleh tahan handsome juga kan " Afiya berbisik sambil menunjuk ke arah lelaki berbadan tegap tadi.

Pap

Afiq menutup mata Afiya menggunakan telapak tanganya. Afiya terdongak ke belakang.

" Tak payah nak gatal sangat " marah Afiq. Aku tersengih.

" Eleh kau, jealous lah tu " Afiya menepis tangan Afiq. Afiq menjeling.

" Takde masanya aku nak jealous " balas Afiq. Seh takde masa konon.

" Ok saya nampak semua dah berkumpul dalam kumpulan. Sebelum itu izinkan saya memperkenalkan diri, saya Haris. saya bertugas sebagai ketua fasi untuk aktiviti kamu kali ini " semua pelajar di dalam dewan terdiam. Fokus mendengar ayat daripada lelaki yang bernama Haris itu.

" Kenalkan, ni Zarif, Iqbal, Haira, Zahra dan Irene. Setiap dari kami akan menjadi Fasi bagi setiap kumpulan "

Serentak semua fasi bergerak ke hadapan kumpulan masing masing. Dan Fasi yang bernama Iqbal tadi, bergerak ke hadapan kumpulan kami.

" Ada apa apa masalah, cari fasi kamu, boleh je cari fasi lain but first, cari Fasi kamu dulu. Faham? "

" Faham " kami semua membalas serentak.

" Ok next, kita akan bincangkan tentang peraturan. Ada beberapa peraturan yang saya nak tekankan disini. Kamu semua diminta untuk menjaga pergaulan masing-masing, memakai pakaian yang sopan, bersikap baik kepada sesama sendiri. Jangan gaduh tau. Jangan mengambil barang orang lain, jaga barang-barang sendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan.... " Jelas Haris. Aku yang mendengar sudah bosan. Setiap kali aktiviti mesti ayat sama sahaja yang dilemparkan oleh fasi.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now