chapter 35

2.3K 371 52
                                    

Aria dan Aryan berjalan beriringan menuruni tangga. Ingat mahu pakai lift tapi malangnya lift penuh dengan pelajar 5 Glaucous yang mahu menuju ke makmal sains. Menurut pelajar tingkatan 4 tadi, cikgu Ahmad telah memanggil mereka berdua ke pejabat pengurusan hal ehwal murid. Jadi terpaksalah dia dan Aryan yang pada masa itu sedang menjawab latihan fizik untuk bangun dan keluar dari kelas.

" Kenapa eh cikgu ahmad suruh kita jumpa dia? " Soal Aria dengan wajah cemberut.

" Entahlah, ada lah tu dia nak suruh " balas Aryan ringkas.

Aria hanya mengangguk.

Sedang elok mereka berbual, tiba-tiba mereka terserempak dengan dua pelajar tingkatan 3 yang mahu naik ke atas.

" Aku dengar ada pelajar pertukaran 3 orang, astaga handsome gila nak mati "

" Ye aku tau, tak silap aku dorang exchange dengan 3 pelajar terbaik kelas 5 Glaucous, Tania, Tiara dengan Terisa "

" By the way pelajar pertukaran tu dari sekolah mana? "

" Crystals Highschool "

Mendengar perkara itu, langkah Aryan terhenti. Matanya terbuka luas. Aria yang sedar Aryan berhenti terus menoleh.

" Kenapa Aryan? " Soal Aria. Aryan tidak menjawab sebaliknya menoleh ke arah budak tadi.

" Apa nama budak pertukaran tu? " Soal Aryan. Dua pelajar tadi menunduk apabila menyedari pandangan tajam Aryan. Aria yang melihat kejadian itu mengerutkan kening.

" Er kami taktau lagi nama dia siapa " jawab salah seorang dari mereka.

" Oh ok, thanks " jawab Aryan sebelum kembali menoleh ke depan.

" Kenapa Aryan? " Soal Aria sekali lagi. Aryan menoleh memandang Aria sebelum tersenyum.

" Tak ada apalah " jawabnya ringkas. Aria mengangguk faham. Pelik juga dengan Aryan. Dari haritu dia nampak tertekan namun apabila ditanya dia akan jawab.

" Tak ada apa "

" Aryan ok je "

Mereka berdua kemudianya diam sepanjang perjalanan.


Pintu pejabat ditolak oleh Aryan sebelum dia masuk ke dalam pejabat itu. Riak wajahnya dingin memandang 3 pelajar lelaki yang baru bertukar ke sekolah itu. Aria disebelah menelan air liur apabila merasakan aura dingin yang kuat dari 2 belah pihak.

" Long time no see, Aryan Haz Qalish " tegur salah seorang dari mereka bertiga. Aryan hanya mendiamkan diri.

Pintu pejabat dibuka dari luar lalu masuklah cikgu ahmad bersama 3 fail bewarna kuning.

" Oh kamu berdua dah sampai " ujar cikgu ahmad sebelum duduk di mejanya.

" Kenapa cikgu nak jumpa kami? " Soal Aryan mendatar.

" Cikgu nak minta tolong kamu berdua untuk bawa 3 orang ni round sekolah. Dorang bertiga ni pelajar pertukaran dari Crystals highschool. Kamu bertiga tolong perkenalkan diri " kata cikgu ahmad bersama senyuman nipis.

" Fahmi Iqbal bin Dato' Amar "

" Rayyan Izhan bin Dato' Amri "

" Harith Iskandar bin Dato' Haqim "

" Ha saya rasa kamu kenal mereka bertiga memandangkan mereka bertiga merupakan sepupu kamu, kan Aryan? "

Aryan mengangguk perlahan.

" Ok tu je, kamu bertiga boleh keluar " ujar Cikgu Ahmad sebelum menghulurkan 3 file kepada Fahmi, Rayyan dan Harith "

Keluar sahaja dari pejabat, Aryan mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Adrian.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now