chapter 31

2.4K 403 23
                                    

Aria duduk bersebelahan dengan Aryan sambil membuat latihan matematik. Aryan di sebelahnya hanya santai bermain telefon pintarnya.

" Aryan, ajar jap ni. Aria tak faham lah " pinta Aria sengaja. Aryan menjeling sebelum meletakkan telefon ke atas meja.

Kerusi didekatkan dengan Aria. Pen Aria diambil sebelum dengan selamba dia menjawab soalan itu. Aria mengetap bibir.

" Aria suruh ajarkan, bukan jawabkan "

" Haih sama je kan "

" Tak sama "

Aryan mengeluh.

" Ok macamni.... " Aryan kemudianya mengajar Aria cara menjawab soalan itu. Aria terangguk-angguk mendengar. Telinganya menganalisis penjelasan Aryan.

Sebenarnya, dia sudah tahu cara menjawab soalan ni namun sengaja dia tanya. Tidak sangka pula Aryan tahu cara menjawab soalan ini. Maknanya, selama ni Aryan tak tipu. Dia memang pandai.

" Faham ke tak? " Soal Aryan menyentakkan aku. Aku sekadar mengangguk sebagai balasan. Aryan kemudianya melepaskan pen Aria lalu kembali fokus pada telefon bimbitnya.


Arif dan Afiq duduk bersebelahan sambil sibuk bermain game bersama sementara Afiya dan Anis pula duduk di hadapan mereka sambil sibuk membuat latihan sejarah.

Dalam diam, Afiya menyiku lembut Anis lalu membuat isyarat mata. Anis yang faham akan maksud Afiya terus memulakan rancangan mereka.

" Apa ni Afiya? Yang ni aku lupa lah maksud dia " ujar Anis tiba-tiba. Dia boleh sahaja menggunakan kuasa google tapi kalau guna kuasa google gagal lah plan.

" Apa? Maksud apa? " Soal Afiya pura-pura tidak tahu.

" Orde baharu " jawab anis sambil menunjukkan istilah itu kepada Afiya.

" Nyah aku pun lupa. Benda ni kita belajar masa form 4 kan? Aku mana ingat " balas Afiya selamba.

" Ehem Arif~ " anis memanggil lembut lelaki itu.

" Nak apa? " Balas Arif acuh tak acuh. Matanya fokus pada screen telefon.

" Apa maksud Orde baharu? Soalan sejarah " soal Anis sekali lagi.

" Haih tu pun taktau ke " celah Afiq.

" Lupaa lah "

" Orde baharu tu rancangan jepun untuk Singkirkan imperialis barat di asia dan anjurkan perkongsian kuasa serta kekayaan yang lebih adil dalam kalangan negara di Asia " jawab Arif tanpa memalingkan kepalanya.

Anis memandang Afiya yang turut memandangnya.

" Sekatan ekonomi pula? "

" Tak silap aku sekatan ekonomi tu tindakan menghentikan perdagangan. Dulu semua harta milik Jepun di wilayah yang dikuasai British, Amerika Syarikat, Belanda dibekukan sebab nak elak jepun dapat bahan mentah untuk industri dan operasi perang " kalini giliran Afiq pula yang menjawab.

" Ohh okay thanks " jawab Anis. Dia berlawanan mata sekejap dengan Afiya sebelum kembali membuat latihan.

" Bodo aku dah kalah, ha korang lah ni " Afiq membaling lembut telefonya ke atas sofa.

" Eh kitorang pula " Jawab Afiya tidak puas hati.

" Korang lah siapa lagi "

" Eleh kau yang noob "

" Kau kata apa? Kau sini jap "

Pantas Afiya bangun sebelum berlari mengelilingi bilik. Afiq yang geram mengejarnya laju. Afiya mengatur langkah keluar dari bilik sebelum akhirnya sampai di belakang rumah. Afiya menghentikan langkahnya. Nafasnya tercungap-cungap. Di hadapanya kini terletak sebuah kolam renang yang sedikit dalam. Dia sudahlah tidak pandai berenang. Ni kalau jatuh dah boleh prepare batu nisan.

Violette High : Class Of LiesWhere stories live. Discover now